Tuesday, December 23, 2014

note.


As i know, takde sape berminat nak ambik tahu pasalaku, pebenda aku tweet, pebenda aku sembang.
Tak pulak aku tahu tetibe ade baca tweet aku lepas tu tanya macam-macam kat orang lain.
Dan aku sangat yakin, takde sape baca blog aku. Harap tu takda lah kecuali dia.

And now, muncul pulak one more reason to hate me.
How to solve? Don't ever whatsapp. Whats going on with this life.
Should 2014 ended horrible, terrible and with all this shit.
The one who i care, hates me. Huh!

Syi, u need to be patient, keep strong, just follow the rules.
and u, IF u read this, always be happy with yr life. And take care of everything.
I supposed to not disturbing u. I'm sorry.
I don't know why I'm stupid when I with u.
Gila.

Monday, December 22, 2014

Ingatlah. Kita dulu pun mula sebagai kawan.
Kau pun asalnya nak tolong aku.
Dan, tak pernah merancang. Semuanya secara tiba-tiba.
Jadi aku takut, semua ni akan jadi pada  kau dan orang lain. 🙍

Saturday, December 13, 2014

selamat hari kita ;)

assalamualaikum. haii!

Hari ni baru aku bukak laptop. Sejarah aku semingg tak bukak.hehee
11.12.14 @ hari khamis lepas kira dah setahun me and ammar danial being together. hahaha
Kira last year, tarikh ni dia tengah holiday kat sabah. But, fortunately kami dapat belajar di tempat yg sama, dan dapat la sambut sekali. Kami haritu keluar sehari awal sebab dia esoknya sibuk dengan kelas dan event dia. Its been a year ehh. humm.
By the way, thankyou Ammar Danial Mat Shaid for taught me many things about life, be with me when I have problems that can't be solve by myself, when I don't know how to talk to my parents.




Thanks for everything ma dear :)

Sunday, December 7, 2014

bulan terang.

assalamualaikum.

Since aku dah masuk sem dua, aku tak pernah update lagi kot blog aku ni. kot?
Tah kenapa aku sesaja nak taip taip kat sini. Minggu ni agak tough untuk aku sebab..
Sebab aku tak buleh nak contact orang. Siapa lagi kan. hmm.. Its okay aku faham dia sibuk.

Aku kan, jarang jugak sebelum ni mimpi dalam tidur. Tapi, baru-baru ni, aku banyak mimpi dalam tidur. Mimpi yang macam-macam. Thats make me tidur tak lena. Kejap-kejap terjaga. Aku tak tau lah kenapa. Nak kata ubat tidur aku takde kot. huhu.
Hari-hari aku call ma. Well, rinduuu~
Aku pun rindu kat dia. Simpan...

Aku bagitau diri aku jangan selalu mengharap. Otak aku terima tu, tapi hati still macam menunggu.
Sokay, hoping we'll be fine. everythings will be alright InsyaAllah.
ekarang ni pun, aku tengah dok menaip sorang-sorang atas bumbung depan bilik sambil tengok cahaya bulan yg terang.
ha! aku dapat bukak blog ni pun sebab aku baru langgan Yes! hehe
Line data slow kot. Jadi bilik aku, ecah, mira ni dah macam boleh bukak cc. Yes sorang satu, printer sorang satu. hehee. Ade sesapa berminat? :P

Jumpa lain kali oke blog.
adios amigos.

Syi.

Saturday, November 29, 2014

malam terakhir.

asslamualaikum. hyeee

Malam ni, malam terakhir aku dekat rumah. Barang-barang semua aku siapkan last minute. Malas sangat rasanya nak balik kolej. Nak kena naik turun tangga.
Hari ni, ma buat pizza. Her first trial sebenarnya. Oke lah kan. Sedap!
Akhirnya, penantian aku berakhir jugak petang tadi nak tatap muka awak depan-depan. rindu sebenarnya. maaflah asyik suruh datang rumah je.

Malam ni, ma dok tolong-tolong kemas barang, kalau tak agaknya ade je benda tertinggal.
Tapi barang-barang awak, takkan tertinggal la kan. :D
Setakat ni dah 60% siap. Esok nak kemas bilik semua. Yang penting, Unclebob pekan sabtu.
Ku harap kau adaaa~

Minggu depan dah start kelas untuk sem 2. Moga kita sama-sama berjaya!
Nak kawiiiiinnn~ eh tetibe. hehehe
Itu perancangan masa depan. Yang penting, belajar dulu. ok husna? :)

Aku harap, jangan abaikan malam terakhir aku...

syi. :)

Wednesday, November 26, 2014

MAHA14. vacation.

assalamualaikum :)

Sepanjang aku cuti sem ni tak ke mana. Sangatlah membosankan. Duduk rumah je. Gara-gara adik aku duduk asrama, kenalah tunggu di balik. Barula dapat gi jenjalan. So, ayah bawak kitorang gi MAHA dekat Mardi xsilap aku. Memang penat. Kaki aku sampai cramp lah balik tu.
Seronok memang la, macam-macam ada.
Sampai je shah alam, aku pegi rumah cik mah kat puchong, then esoknya baru gi maha.
Memang pergi awal la pukul 8.30 macam tu. Parking pun dapat dekat. Kalau dapat jauh aku tak boleh bayangkan, petang tu hujan lebat, nak redah air kemain terok.
Makanan tester memang banyak tapi lalu ke ko nak makan semua? Nak muntah la campur macam-macam dengan ramai orangnya.
Aku suka tengok dekat tempat binatang, tak tau la kenapa. Tapi aku tak minat nak jadi veterinar. Gelii!



with mama salad and papa vege



have a nice day!

syi

Sunday, November 16, 2014

change.

assalamualaikum.

hari in merupakan hari yg bosan. seperti biasa, siang aku habiskan masa dengan makan. ish! kata nak kurus. Aku makan tak banyak pon. no appetite.
Cuaca pulak, asyik mendung, hujan. Sama macam perasaan aku ni. Petang tadi aku dok layan lagu
M. Nasir tah kenapa pulak aku rasa tenang je dengar lagu-lagu dia. Sampailah aku tertidur..

Malam ni kan, aku tetibe pulak kena lecture. Amboi macam ada kelas pulak. Haha!
Dengan ayah. But tak serius sangat, tapi aku ambik serius. Totally banyak cakap pasal result exam aku lah. Well, aku tau aku masa tu tak ready lagi. Masih terumbang-ambing. Tapi, InsyaAllah aku boleh buat untuk Semester depan. Ayah kata, jangan cakap tak suka, susah ataupun kata-kata negatif.
Just believe you can do it even you know  its hard for you. Yes. Sama macam apa yg aku cuba lakukan tiap kali untuk baikkan relationship aku. InsyaAllah, it will be oke and you can change yourself to be a better person.

Pesan ayah:
1. Jaga solat.
2. Buat baik dengan semua orang.
3. Fikir positif.
4. Jaga hubungan dengan semua orang.
5. Naikkan pointer!

InsyaAllah aku boleh buat!
Kita sama-sama boleh buat. :)

Syi.

Saturday, November 15, 2014

throwback!

assalamualaikum!

yeay! semalam i pergi date dengan makwe and pakwe i. Akira Ira and Ammar Danial.
Ok. Dari tengah hari sampai ke petang asek hujan je. Aku pun plan awal lagi nak kluar dengan Alia, Akram sekali. Tapi Alia pulak tak sihat. Akram tah. Tetibe tak jadi.
Kitorang pun trus pergi wayang, nonton Big Hero 6. Memang best la! Setara la dengan Frozen, tapi Frozen ala2 pompuan, yg ni robot2 camtu. Unexpected tragedy tetibe jadi bila kitorang dah habis tengok semua then nak gerak masuk kereta tak boleh start. Aku pon risau la. Rupanya aku tak tutp lampu kereta. So careless T_T
Kalau la Ammar takda time tu, aku tak tau la nak buat apa, Dia pun pergi lah panggil pomen nak jump kereta. Dah melayang RM15~

Lepas tu, terus gerak makan. Hujan-hujan kan. mestilah lapaq baq hang. Pergila ke Dapo Berando.
Not bad makanan dia. Kedai pun lawa. Memang kenyang. Sampai la jam pukul 6.30 kami pun gerak balik. Tapi once again, benda tragis jadi. Air aku tumpah dalam kereta dan kitorang berenti depan rumah sapa tah, pakcik tu keluar tengok kitorang. Dah la air milo. Memang bau muntah dalam kereta tadi. Nasib la aku dah cuci tadi. Ya Allah! Aku terlupa aku sidai lapik kaki dalam kereta kat pagar tadi. Hujan tadi! Alamak!! ok bai. Nak pegi kutip sat kat luar.

syi

Tuesday, November 11, 2014

today's life.

hye. halo. assalamualaikum.

okey, Hari ni aktiviti aku sibuk tak jugak tapi oke la. Just chill gitu!
Pepagi aku biasa la malas nak bangun. erk! Tapi aku bangun awal sebab nak pergi sekolah punya pasal ambik sijil SPM. Kalau A aku terberanak lagi dalam sijil ni takpe jugak. Sama jee. T_T
Merempitz dengan Alia naik skuter dia. Hahaa! First time aku bawak skuter kot!
Nasib ttak jumpa sesape pun dekat skolah, sama ada cikgu mahupun junior. Terus ke pejabat and balik rumah. Alia pun rushing nak keluar Xray dengan BFF dia tuuuu..
Aku pulak ke bank, ambik duit then bank in semua, selesai!

Balik rumah siap makan bagai, tetiba teringat ada majalah aku dekat si Akira Ira tu.
Alang-alang tak jumpa lagi, Alia pun ngengade nak ikut, siap beli jajan bagai.
Lepas tu, rasa nak keluar, kami pon pergi je lah dekat Mee Rebus Lekir tu. Kali ke dua aku jejak ke situ. Makan dia, humm.. Nak komen ke? kurengg. Kueytiau tawar.
Mulanya memang ngajak orang lain tapi yg sampai sorang je, Si Akram. Yg lain mungkin tak sudi. Sokay. Penantian yg sadis.

Balik rumah, and tadi waktu makan biasa la sembang dengan ma. This time banyak ma tanya pasal dia. Soalan cepumas pun aku kena. Ma macam tauu je. Kalau tau, bagus lah. Tak payah aku nak cakap banyak lagi. "A tu kat sana aku girlfriend ke? orrr husna girlfriend dia?" AKu jawab ape? senyum. hehee. Tu je mampu aku buat. ALhamdulillah kalau mak ok. Siang tadi pun ada mak puji dia. Adik aku Naim tu, ma kata bukan senang dia nak sembang dengan orang. Tapi dengan dia oke je. Yela, dia takde abang. Abang A tu pun pandai layan sembang dengan dia. Hehehe.
Aku harap, bukan cuma aku yg mengharap. Aku cuma mampu berdoa. InshaAllah.. :)

Syi.

Monday, November 10, 2014

benci.



Aku benci akan perasaan.
Perasaan yg selalu buat aku tak tenteram. Rasa serba salah. Serba tak kena.
Aku benci rasa menyesal akan segala kesilapan aku. Haih..
Mungkin bagi kau makin lama kau biarkan, makin benci kau terhadap aku.
Ya, aku terima. Balasan terhadap aku yg banyak buat salah.

Sakit. Perit. Aku tahu kau pernah rasa semua ni dalam hati kau.
Kini, ia terjadi pada aku. Sakit bila kau tinggalkan aku. 
Apa yg aku patut lakukan? 
Untuk cari ubatnya, hanya kau. 
Sabarlah. Mungkin satu hari nanti, pasti akan terubat.
One fine day...

Syi.

Sunday, November 9, 2014

badday.


Where is the moment we needed the most
You kick up the leaves and the magic is lost
They tell me your blue skies fade to grey
They tell me your passion's gone away
And I don't need no carryin' on

You stand in the line just to hit a new low
You're faking a smile with the coffee to go
You tell me your life's been way off line
You're falling to pieces every time
And I don't need no carryin' on

Cause you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
The camera don't lie
You're coming back down and you really don't mind
You had a bad day
You had a bad day

Well you need a blue sky holiday
The point is they laugh at what you say
And I don't need no carryin' on

Sometimes the system goes on the blink
And the whole thing turns out wrong
You might not make it back and you know
That you could be well oh that strong
And I'm not wrong

Tuesday, October 28, 2014

Clarity.



High dive into frozen waves where the past comes back to life
Fight fear for the selfish pain, it was worth it every time
Hold still right before we crash 'cause we both know how this ends
A clock ticks 'til it breaks your glass and I drown in you again

'Cause you are the piece of me I wish I didn't need
Chasing relentlessly, still fight and I don't know why

If our love is tragedy, why are you my remedy?
If our love's insanity, why are you my clarity?


Walk on through a red parade and refuse to make amends
It cuts deep through our ground and makes us forget all common sense
Don't speak as I try to leave 'cause we both know what we'll choose
If you pull then I'll push too deep and I'll fall right back to you


Why are you my clarity?
Why are you my remedy?
Why are you my clarity?
Why are you my remedy? 


cemburu.



Aku tak faham ada orang cemburu tak tentu pasal. Tak payah nak cakap orang. Aku pun sama jugak.
Tapi, kena hold jugak rasa tu. Sakit oo.. Bila datang rasa tu, mula naik menyampah. Haishh.

Tapi la kan. Ade satu kes member aku ni, dia jadi mangsa cemburu perempuan lain. Means, kawan aku ni perempuan la. Dia tak pepasal kena serang dengan awex member dia, let say Mr. X  jelah.
Memang cakap macam nak cari gaduh. Stalk kemain pulak tuh. Then, tuduh orang ni bukan. Kau dah kenapa? *Eh, aku pulak yg emo.
Haa.. ni nak citer kalau kau jeles dengan pakwe kau tuh, gi settle senyap-senyap dengan dia sudah. 
Tak payah nak serang orang bagai kalau tak tau ape-ape. Behave yourself. Kami tahu awak tu lebih berusia dari kami, jadi fikiran harus lebih matang la patutnya.

Aku faham, kekadang perasaan tu memang tak boleh nak tahan. Hasutan syaitooonn semua tu.
Keep calm. InsyaAllah, everything will be okay. :)

Syi


Monday, October 27, 2014

hipokrit..


Tahu apa maksud hipokrit? Berlakon lebih.
Well, bagi aku, aku benci nak tipu diri sendiri. Kau tak payah nak bajet baik depan semua orang.
Aku belajar dari kesilapan. Sebahagian dari pengalaman. Pengalaman banyak mengajar.

Aku ada betting. Dan aku bet pasal benda yang paling berharga, tak ternilai bagi aku. Aku sayang teramat sangat benda tu. Bukan boleh beli dekat kedai. Memang takkan dapat kat mana-mana.
Aku tahu aku boleh menang. Why not? nothing is impossible. Aku pernah gagal sebelum ni. But now, aku nak tunjukkan tak selalu kau boleh menang.
Hadiahnya? Ouh! The most i need, Aku taknak kalah! Fight for yourself husna! U can do it.
The challenge is not hard for you. Always think for what u need, u want. Its for urself.

ketegaq!



Hari ni aku kena bahan tak pepasal dengan mak. Dah tu sapa suruh ayah taknak dengar cakap aku.
Kisahnya tengah hari tadi ayah aku dok buat air bandung+ais garut.
Then, aku pun nak jugak la. Bukak fridge tengok ada tak susu cair. Aku bagitau la ada.
Tapi macam dah tak elok. Mak aku pun suruh la tengok dulu. Bau, rasa. Ayah aku dakkk. Dia bubuh terus campur dalam air bandung dia tadi. Aku pulak amek la sikit susu tu letak dalam cawan nak rasa. Memang rasa dia dah basi la susu tu even letak dalam fridge, tin dia dah tebuk. Pahit tak tau nak habaq! Lepas tu ayah aku kata susu tu elok jugak. Nak jugak dia menang. Dah lepas tu dia bau baru nak kata "eh! dah tak elok laa.." Aku pun terlepas le, "haaa tu laa ayah. Ketegaq!"
Mak aku pun dok ulang la. Aish. boleh pulak telepas cakap utara.
Lain kali jangan dok ketegaq nohh!!

hurt tho.


Ayat ni pedih. Menusuk kalbu. ;'(

..


Always be my favorite. :)

Janganlah hanya mengukir janji
Sedangkan dikau masih mencari
Adakah benar kata kata
Bukan ungkapan sementara

Kaulah pancaran yang daku rasa
Bagaikan obor yang menyinar
Jika terpadam tiba tiba
Sunyilah insan alam gelita

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu

Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu cukup berharga
Bukan simpati yang aku pinta
Kebenaranmu memutus kata
Agar dapatku abadikan
Untuk pedoman peniti cinta
Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu
Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu
Cukup berharga

advice for the girls. beware!

assalamualaikum and goodevening uolls.
eh,aku rasa bukan ada readers pon. -.-''

Aku ni bukan la reti sangat nak bab bagi nasihat ni. Tapi, rimas, geram tengok ramai pompuan dok tergedik-gedik dengan laki. Orang kata, bukan perempuan la kalau tak gedik.
Weh! Ko nak gedik suka hati kau, tapi tak payah nak over bagai. Menyampah orang lain tengok.
Gedik yang macam mana? Dok renyih nak laki, dok sembang ala manje la konon dengan lelaki.
Lelaki ni bahaya! Kau baru kenal dia seminggu dua, kau kata baik. Kau bukan kenal dia pon sebenarnya.

1. Jangan melayan.
 Tahu apa tu melayan. Maksud aku, kau mesej dengan orang tu, mesej dengan orang ni. Dan carakau mesej tu bukan macam kawan. Memang bukan kawan la kalau kau dah selalu sangat contact. Lepas tu rapat, kau couple dengan dia. Aku tak suka istilah couple tu sebenarnya. Tapi ramai orang faham pebenda kan. Jeezz. Kau cuma menambah masalah kau. Kawan aku pernah buat eksperimen la kononnya. Lelaki dan perempuan, boleh jadi kawan je? Jawapan, tidak. One of them must have some feeling like care or something. Either the boy or the girl. Serius wa cakap lu! Jangan nampakkan yg kau tu murah melayan ramai lelaki.

2. Harapan palsu
Kau tahu apa itu harapan palsu? Kau layan dia bebaik, dia bukan main syiok dengan kau, tuptup, dia heartbroken pasai kau dah ada orang lain. Then, kau pulak rasa bersalah, kau pi bebaik dengan dia pulak. Tak guna la.

3. boyfriend orang.
Hah! Tolonglah, jangan kacau boyfriend orang. Tak fikir ke nanti girlfriend dia tak suka.
Jangan runtuhkan rumah tangga orang. LOL. Ayat akuuu~~
Aku ada kawan yang clash disebabkan twitter. Know what? That jealous feeling. grr..

4. be honest.
Tolong jadi seorang yg jujur. Kau kau tipu, makna kau tipu diri kau jugak. So, its useless.
Be yourself/

Jadi seorang perempuan, banyak kot pantang larang.Itu jangan buat, ini janan buat. But, that all is for your own good. It's up to you to do it or not. Kalau nak yang terbaik. Fikir-fikirlahh.

Adios!
Syi.

Sunday, October 26, 2014

how to be 'tabah'?


u know what bloggie? its hurt to be the one that been left by her lover? hurt too much.
dont have anybody to respond to yr story, to wake u up every morning, to talk before u sleep. to say i love u i miss u when u're really in love. lol. apesal jiwang bhaii..
do u have anybody that u know and doing many things, having many plans to future or something, then, they go.

Aku ada sorang kawan la dekat kolej dulu, Wani. Jemaah 2055.
Dia ade cerita, dulu dia ada boyfriend. Kalau lah ade lagi mamat tu, rase tak masuk uitm dah, Mungkin dah kawin. But, malang tak berbau, boyfriend dia meniggal, accident waktu nak pergi kerja.
Dan just a week before UPU result keluar. I don't know how hurt that feeling. Like suddenly just happened in a second. And she told me, If she had a chance to have some times with him, she really want to solat jemaah that he will be the imam.
Dia sangat tabah. U're a strong girl babe!

But me, i cant. I just cant.
But who cares?

...


walaooo! what a really boring sunday.

so, aku buat benda ni.


Haritu, aku beli la kat popular star paper tu. Dah takda kerja.
So aku pon buat la. Banyak jugak. Dan aku buat laa. Buat sambil mengenang cerita lama.
Sob..sob..
Dan sampai jari aku mengelupas. Okeh. aku pon tak tau awat jadi macam ni, Memang time nak kembungkan benda ni kena tekan. The papers eat my skin!!


Brrr. Dah. layan movie ke movie, Tengok tonton, makan, and.... go die! eh tidur..

guys.

hye hallu. assalamualaikum.

Mood blogging aku tah tetibe rajin nak update 2 3 hari ni.
Aku ada terbaca satu blog ni tadi. Well, its a story bout her life. I dont even care bout it.
Tapi, tu bagi aku idea nak type apa. Guys. Lelaki. Man. Boys. Siapa tak faham apa maksud semua tu?
Of course la semua orang tau kan.

Aku ada ramai kawan lelaki. Dari tadika lagi aku tak pernah masuk sekolah yang sejenis je.
Nak kata ada kawan lelaki yang rapat? Ada memang ada. Tapi tak ramai. Now, aku tak minat ada kawan lelaki rapat dengan aku. Sebab it will be different things after that. I hate heart feeling.
Nak kata aku nak melayan kengkawan aku yang lain, semua sama ja. Takde nak lebih-lebih.
Dan aku tak faham mostly before ada yang bagi present kat aku, nak kata minat la kot. But, aku tak berminat mana. Mungkin respond aku kot yang salah. Haish. Masa bebudak sulu, kau terima je. Main belasah je. Dah orang bagi -_-..Its wrong ok. Do not do it anymore!
Hurmm.. Ada certain orang ada gang diorang. Yes, aku pun ada. But never had a boy lah. Macam semak je. Tambah kalau baru kenal. errrr
Since skolah rendah until now, aku mesti bertiga. Tah kenapa aku pun tak tau.
So now, just chill with your girlfriends. And the 'boyfriend', u'll have it.
One fine day.. Hoping u'll be mine. oopps!

syi.

mati.



ok.aku bosan. tak boleh nak tido. erm. erm. ape nak buat..
not in mood to do anything. malas aku tahap tak boleh kawal. bilik aku dah jadi macam kedai bundle pon ade. banyak belonggok baju. super duper hebat semak nye. aku belum start jogin lagii. ohmaii.
since blablabla thing happen, everythings ruined. ohyeah!
so now, hidup dengan penuh berselerakan. phewphew~!
so lifeless doh.

Saturday, October 25, 2014

polaris.


“I think that we are like stars. Something happens to burst us open; but when we burst open and think we are dying; we’re actually turning into a supernova. And then when we look at ourselves again, we see that we’re suddenly more beautiful than we ever were before!” 
― C. JoyBell C.

I miss my polaris.
syi.

Friday, October 24, 2014

diary.

assalamualaikum. Salam maal hijrah. :)

today i wanna tlak about a diary. almost every ppl have their own diary. At least in the primary school. Just for fun? or for reminding something awesome happened in that day?
I've got some some before. For my own, I haven't finish even a small book. But, I have one that I finished a book with someone. Lie share this diary. To know more each other. sumthin like dat.
But it takes a long time to finished it. 
Its my first time make a share diary. And now, I can re-read all the things that happened before. 
The bad day, a great day. Everything!! I miss the moment when we need to exchange this diary. 
How time flies.. Sometime, it makes me cry. The old things never the same like what happened today. Appreciate what u have, don't until u regret it in the future. That heart feeling on u never change.
"If there's no respond in two or three days, u need to worry. It must be sumthing." :'(
Syi.

its all about feelin

assalamualaikum.

Well, these days, ppl doesn't want to know what other ppl says, think about them. Just go on with their own life. I do hate to hear other ppl's perception on us, but you can take it as a positive other than the negative side.

Broken heart. I do hate much this feeling. Make me stress! Think too much. I can handle it.
Now, I'm in this mood. I just want him to be with me. I know its only fate will point it out for after 10++ years after this. I always pray for the best for us.
I put out all my ego but then, -ve respond I get is "u always lie to me".
When I'm in ego, "u never change" I don't know what's going on inside his head. Everything is -ve bout me?! So what about that other ''person'' ? Everything she said always the truth? Perfect?
Sometimes, yeah, I do jealous. Jealous too much until I hate her. Even u say u doesn't like her.
But, 'u layankan aje'. Argh!! Whats going on with u?! I need u..
Do u need to help the person unrelated to u and didn't ask u for yr help? 'Nak jadi baik tak bertempat?' T__T

I've broke yr heart before, I want to heal it. I want to put out all the pain. But u refused. All the -ve thinking inside yr head says shes not good. She bad, she terrible. Is't only me over feeling on u? Gosh! I'm in pain.




Wednesday, October 22, 2014

Jemaah 2055

hai! assalamualaikum.

Today i wanna talk about Jemaah 2055. Where the name comes from? Aku pun tak tau.
Its just happened bila Wani buat group wasep named Jemaah 2055. haha! Mungkin sebab ramai suka lepak kat bilik tu kot. Memang meriah!!! Pantang biarkan pintu bilik terbukak, ade je yang menyinggah. Nak bandingkan dengan bilik aku, memang selesa lagi bilik sendiri kan. But, disebabkan roomate aku yang asek menyepi dgn handphone dia, aku pun merantau ke bilik 2055.
Tu sebanarnya bilik cik mira alias. Well, dia untung sebab ada rumet yg hapening gila mcam Wani tuh. Oke, nak cerita siket pasal ahli-ahli jemaah ni...

Ketua jemaah. Syazwani Safiee.

This girl, mulut dia tak reti diam. Kalau diam there must be sumthing wrong with her. Nak kata even tidoq pon bercakap punya hebat tak hebat! Dia budak Penang. Donchu eva kutuk penang, dia akan bash budak tu. hehee~ Dia amek kos sains komputer, paling benci akaun dan paling hebat dalam Precal. Obviously! Budak Maktab la katekan dulu. She is a reeaaalllyyy nice! Itu je yang boleh aku describekan. Kalau bolehsemua barang di nak bagi pinjam. Dan tak lupa, always with her RED lipstick!  Ai Lob U wani!!


Pen. Ketua Jemaah? Amirah Alias


Must be her lah. heheee. What to describe? Malas nak cite pasal dia. hahaha

Ahli-ahli kongres:

Ecah!!!

Dia seorang yang obses dengan ladang. ihiks! 
Budak kuale kangsor. Really love malay dramas. Sometimes cepat lupa sesuatu. And a cat lover!!

Mijah!!
Okay. First time I saw her, i'm kinda interested to know her. She's mixed blood. She's my classmate. 
Pernah sekali tu, kitorang lepak kat lobi kolej, sembang punya sembang, mak dia kenal mak sedaraku. What a small world! 

Tasha!!!

Aku takdak gambaq hang. sory tasha a.k.a diana gediks! Kengkadang minah ni blurrrr..
dan tasha! jangan lupe eh. Ko tak suke gelak. so donchu ever gelak!

Azilah!!
Budak ni aku tak tau pasaipa aku geram sangat dengan dia. Rase nak gigit-gigit. Dia comel.
Tapi, kalau tau perangai dia. laallala~ Tau tau nak habaq.
Aku tak puas hati apasal balik awal sangat lepas exam hati tu!! 

Ok. this is the story of jemaah 2055. They are good mate. Teman gaduh, teman sembang, teman makan, everything! hope will stay with uolls till the end of our studies in UiTM Arau!







Love u mucho!
xoxo, Syi.

Tuesday, October 21, 2014

kawan. ok ke tak?

assalamualaikum. :)
hai.

Korang pernah ada kawan? kawan baik, kawan tak berapa baik? ada kawan yg betray? huh!
Aku rasa semua orang pernah mengalami semua benda ni. Ada kawan yg bermacam-macam rupa.

Pengalaman aku. Waktu sekolah rendah dulu, never know what true friends are mean. Rasa semuanya baik-baik belaka. Tapi, aku pernah la, ada kawan duduk sebelah aku, suka sangat curi barang-barang aku. Ape masalah dia ntah. Aku tau mak bapak dia mampu beli barang-utuk dia. mak bapak dia cikgu kot! Nantaklah.

Menginjak dewasa, sekolah menengah, then u know how to know your friends. Ada yg boleh pakai, tolong kita waktu susah senang. Aku ada. Dia banyak tolong aku tambah dalam pelajaran masa nak PMR dulu. Aku kenal dia waktu form 1 dekat asrama. 1 dorm, sebelah katil aku. But, then masuk form 4, dia pindah masuk MRSM. Dia, Fazatul Hazirah. Memang terror maths. Sedih sangat dia takda lepas tu. Susah nak tanya kat budak lain, aku paham kalau dia ajar. Missing u Atul.
Lepas tu, biasa la, ade private problem bagai, aku cerita dengan kawan-kawan rapat aku. I don;t know why aku selalu bertiga dengan kawan-kawan. Dengan Niazara, Dania Zati Syira. The S, Syakirah Safra Syahirah.  Aku sayang diorang sangat. The most to the S!

Dan sekarang, kami berpisah. Masing-masing belajar di berlainan tempat. But, we still keep in touch each other. In university, ada sorang kawan sekolah aku, dulu tak rapat mana, sama tempat belajar dengan aku, satu kos. Best friend to my best friend. Amirah Alias. Now, everywhere I go, must be her. Aku tahu, dia ni ramah, memana aku pergi dengan dia, orang mesti kenal dia dulu. Dia memang menonjol. Dia ramah, mesra dgn semua orang. Tak macam aku. Well, let her be herself, and me, always be me.

Tak semua akan ada waktu kita sedih, feeling down, depress etc. Susah nak cari kawan yang sentiasa ada dalam keadaan kita macam tu. Kengkadang, aku rasa Am I just visible when u need me? Ada masalah kau cari aku. Kecewa. Sedih.Well, Its okay. Allah is always be there for u. Bersabarlah.

I think I have someone I can share all my story. But sometime, he don't wanna hear it. Its okay dari tak dengar langsung. Ammar Danial. Kengkadang, dia bagi kata-kata semangat dekat aku. Tapi ada jugak yg langsung tak membantu. Ape pun, dia banyak membantu. Thankyou me dear.
He has a wide thinking, quite matured enough. hehehh
He's my very very good friend, as what he said to me lately. But, I wanna say, Iloveu. oopps! :P
I hope we'll be together. InshaAllah. Aaminn.. :)

Yeah. this is my story abaout friends. Hope our friendship never ends!
These are some pictures of my buddies!!

my Niazara 

The S!!


Our last nite together. Playing with the shadows.

my dd. 
last patper for SPM!

date? :P

Monday, October 20, 2014

planning.

hai.

ada manusia suruh aku update blog. suka sangat nak baca. haha!
so, nak bagitau. cuti ni, aku ada plan dan mission!
mission aku ada lah nak turunkan berat badan. know what?! baru ni aku beridiri atas penimbang tu and the arrow point to 55kg!! OMG!

plan.
1. jogging every evening.
2. eat everything i want but in small quantity. hope so.
3. pangkor island!!!!!
4. only this what i think for tonite. lol

Dan aku mengharap plan aku akan berjalan dengan baik sekali!! hahahahahha

Aku rindu lepak hari-2 dgn miera kat kolej. haha!
thats all. xoxo.syi.

Sunday, October 19, 2014

nightmare!

ahaoi!! assalamualaikum.

Ni nak cerita. First night aku kat rumah balik untuk cuti sem ni nightmare. Adik aku, dia boleh hilangkan barang kesayangan aku sesuka hati dia je. WTF!! Aku sayang gila kot benda tu. Memory. The most valuable memory to me. Its an iPod. Gift by Ammar Danial. Precious birthday gift. I know its not easy to buy something using our own money in a school life.

Pleasee. Adikku. Kau tolong lah jangan ambik barang orang tanpa mintak izin. Aku benci orang main redah ganggu privacy aku. Nak pinjam, tolong bagitau. Dah hilang apah tak boleh dah.
Mungkin ada hikmah. Suruh aku jaga barang dgn lebih cermat.
Argh! Benci!!! *inhale-exhale~ T____T
ok. Muka bersabar.
Dan aku, nak sabar.. fuhh. payah. haha!
aku harap lepas ni takde benda buruk will never happen again!
xx. syi.

Thursday, October 9, 2014

one thing.

assalamualaikum! :)

hmm. i've been thinking bout these things lately. What do i wanna do in this whole year. that reaaaalllyy wanna do. So, i just want to list them out.

1. backpacking! wherever that i haven't been yet.
2. masuk 'U' (done!)
3. Pass all the exams
4. make my parents proud of me.
5. be happy with ADMS <3 p="">6. have a delightful life :D

haha! ini jeerrpp. oke lah. tu je nak tulis. dedaa. selamat malam dunia~!

xoxo

Thursday, October 2, 2014

Budak Ladang

Assalamualaikum :)

Ada orang rindu post aku kat blog? hehe. Lama tak update.
So, latest story? Macam biasa. Aku kini bergelar pelajar di UiTM Perlis. Budak Ladang!
Doakan aku kekal hingga ke sem 6 dan menggenggam skrol Diploma! InsyaAllah

Aku sampai rumah baru dapat tulis blog ni. Kalau kat sana, jangan harap lah. nak dapat wifi, payah. Takat aku online selalu pakai fon on data jer lah. Kredit fon pon banyak beli data + calling2 with him. heheee

Nak story sikit pasal experience part 1 aku kat UiTM. Kos ladang ni tough jugak la. Dari list subject yg akan kami study sampai part 5 nanti, banyakkkkk!! We'll study all the course that is in the UiTM. Benda yg ada dalam kos geomatik, akaun blablabla.



huh! Susah. But, nothing is impossible. :)

Thats it! Have a nice raya korban everyone.

xoxo. nite.

Monday, July 28, 2014

selamat hari raya

assalamualaikum.

selamat hari raya semua. tahun ni rasa tak semeriah raya yang sebelumnya. mungkin persiapan di rumah semua aku tak dapat merasa. balik rumah tau-tau dah raya. tahun ni buat kali pertamanya, hari pertama raya takda family sedara-mara datang rumah. jadi, aku pun keluar berjalan-jalan beraya rumah kawan-kawan tanpa dirancang. huhu. this time memang "gamble". no plan. semua just go with the flow~
pagi lepas sembahyang raya, duduk kat rumah menanti tetamu tapi takde pun. sampai tengah hari, aku pun masuk bilik layan movie jelah. tau-tau mai member skolah rendah semua. memang kuang asam mai rumah aku tak bagitau ape sedar-sedar depan pagar rumah dah =.=''
then arep abidin mai, ajak keluar beraya. aku pun follow je lah.

banyak rumah jugak kami pergi. dan memang tak rancang. dari sebuah ke sebuah rumah. dan ke rumah aku pukul 9 malam, seterusnya ke rumah terakhir rasyid berakhir pukul 10 malam. penat! tapi ok la dapat tau perkembangan kawan-kawan semua. aku rindu zaman kanak-kanak kumpul duit raya. sekarang, semua dah besar. humm..

aku harap semuanya kembali tenang. aman.
aku berharap sangat-sangat berharap dia dapat faham situasi aku. faham yang aku betul-betul inginkan kita yang dulu. cc: DD

luahan hati.
assalamualaikum

Tuesday, July 15, 2014

Campus life.

assalamulaikum.

Hai! sekarang aku dah berada di alam kampus. Aku budak ladang hoi! agak pelik kos aku ni utk sem ni lelaki cuma 20 orang drpd 100++. Don't know what happned kepada makhluk lelaki yg lain.
Kolej aku? ok ok je lah. Bilik utk 3 orng. tapi aku duduk berdua je. orang kata berdua lebih baik. ya! itu untuk perhubungan bukan untuk bilik macam aku. Sunyi kot. Dia buat kerja dia, aku buat kerja aku. Haih! sabar jelah.

Study? ikutkan hati menang nak lari daripada sains. Tapi nasib aku kurang baik, aku sambung dalam agrotek mcm ayah aku, masih kekal dengan sains. Kimia! Bio aka Plant Science. grr. dulu yes musuh aku. Sekarang?

know what! kat sini wifi payah sangat nak dapat. ni pun aku buat hotspot fon aku. Ni pun kejap ada kejap takda. Aku tak tau boleh publish ke tak nih. huaaaaarghh.
Btw, Salam nuzul Quran semua. :)
Seharian aku agak teruk. Tidur aja. hmm. oke lah. malas nak cite panjang-panjang. tak tau ade ke yg baca. oke. daa. adios! assalamualaikum :D
Selamat hari raya!

Thursday, June 5, 2014

Universiti.

assalamualaikum :)

hai. Hari ni mungkin hari terakhir aku lepak dalam bilik kesayangan aku ni sebelum berangkat ke Perlis.
Macam tak percaya aku dah nak menepuh alam universiti. Ya. Masa pantas berlalu.
Aku akan ke UiTM Arau, Perlis. Diploma in Planting Industry Management (DPIM)
Aku tadi baru je tulis surat untuk adik-adik aku. Dan untuk mak ayah pun ada. Siap "Aku Janji" dengan ayah lagi. Bukan ape, kalau cakap depan-depan, nanti aku nangis. Lepas tu payah sikit nak sampai ke lubuk hati tu. hehe

Siang tadi Alia dengan Ira datang rumah. Macam biasa, kami sembang. Lepas ni payah nak jumpa selalu.
Jauhnya ke utara nak pergi. Aku harap masalah Ira cepat-cepat la selesai dengan H tu ye. :)
Terima kasih jugak kat Alia sebab bagi notebook mickey yg chomel tu.

To u. Yes. My dearest AD.
Saya tak tahu kenapa awak macam ni. Saya tahu saya banyak buat salah silap dekat awak.
Saya cuba berbaik dengan awak. Bergurau dengan awak. Tapi kenapa awak masih tak faham.
Atau awak saje buat macam tu?
Awak ingat saya tak nak lupa apa yg saya dah janji. Saya takut itu alasan untuk awak jauh dari saya.
Maaflah kalau saya bergurau tak kena tempat. Cemburu tak kira masa. Merajuk tiba-tiba.
Saya harap kita sama-sama berjaya. Tak pernah lupa untuk doakan awak.

Bilik, katil, cermin, semuaaanya! Taknak tinggalkan korang. huhuk
Tak apa. Aku pergi untuk berjuang! Mencapai cita-cita ku. :)

Jarang-jarang dapat aku update blog ni. Sampai di sini saja dulu.
Assalamualaikum. Adios amigos! ;)

Monday, May 12, 2014

ignore.

hye peeps!

Aku tah hari ni takdak mood nak buat ape-ape. Feeling confused yg teramat!
Satu nya pasal mana aku nak further study aku. Nak stay in form 6 or diploma. And diploma aku kos Pengurusan ladang. Haihh. Biaq pi lah

Confuse jugak pasal... erm...
Payah aku nak cerita kat sini. Tapi aku takde tempat nak luah. Tapi...
Apa la jadi dengan kau ni husna. -__-''
Balasan ke ape. Aku pun tak paham. Suka hati lah. Malas aku nak kesah sangat. Nanti melarat.
Just ignore the feelings. Shhiit!!

huh! merepek. kerepek. Dah tu je. Kang tulis macam-macam melalut aku satgi. Tapi kesah ape. blog aku.
Hmm. kbai! Adios amigos! Assalamualaikum. Jgn salam pun taknak jawab. -.-


Tuesday, April 22, 2014

Notis.

assalamualaikum.

since aku dah lama gila aku tak menaip dalam blog ni disebabkan kerja, aku kembali manaip untuk memberitahu aku dah nak berhenti kerja. Sebab? Aku dah penat. hee~ act, aku dah malas.
Malas bangun pagi, malas nak kena bebel dengan manusia-manusia yg kerja kat situ, malas nak hadap customer yg macam-macam ragam, and malas nak tengok mak aku bebel "sudah la Na, berenti je lah" haha!

Aku dah google surat/notis  berenti kerja. Malas gila nak buat ayat sendiri. Malas lagi. Virus M! bahaya ni!
Need to find the cure ASAP. hihi
Aku dah print siap nak hantar. Tapi tunjuk kat ayah dulu. Then ayah kata, bak sini laptop. Mana surat tu. Bukak then ayah edit. Mak aih! Kalau aku tahu, lagi senang bagi je kat ayah suruh buat. Takyah aku nak meng-google. Well, aku kan. Mesti la nak simple as possible. Tapi ayah, huh! Ayat tuuu. kena la bersopan-santun sikit. Oke ayahhh!


Tak nampak? pandai-pandai la bagi nampak.

So, bulan depan. Tah la. Aku taktau nak buat apa lepas aku berenti kerja nanti.
Thats all kot.

By the way, to all human out there, do not ever make any prediction before knowing the real situation happened. Cerita tak habis, nak mencelah. Tak tau hujung pangkal, dah nak buat macam-macam andaian.

Oke. sekian. Terima kasih.

Assalamualaikum! :)

Friday, March 28, 2014

rindu.

hai awak.
lama awak tak contact.
saya rindu la dekat awak.
yang jauuhh kat sana tu.

3 hari.
lama tu awak.
awak janji sehari je nak kite tak contact.
jauh awak holiday kan.
cemburu jugak di hati.

awak, bila nak balik.
hehe.
banyak benda nak diceritakan ni.
oke. saya tunggu awak. :)
terakhir, don't ever over thinking!

♥AmmarDanial

kbye.

Thursday, March 20, 2014

hashtag SPM2013

assalamualaikum wahai rakyat jelata sekalian.

Alhamdulillah, hari ni berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa benda buat aku sakit hati. ergh!
Malam tadi agak sukar utk lelapkan mata. Dan hasilnya pagi tadi mukaku sembap macam belon habis angin.
Sadis betul. Pepagi bangun, otak aku macam tak boleh terima hari ni hari untuk ambik result SPM.
Cuak, takut, macam-macam ada. Iron baju semua, Ira sampai then siap-siap, gerak pegi sekolah.

Satu bencana dah aku tempah. Accident. huaaaa T_T
OK. abaikan. Then sampai sekolah, dah jumpa kengkawan ape lagi, sembang punya sembang, sampai nak pegi ambik result kat atas pun takde sape nak naik. Saba je ah.
Dengan penuh kecuakkan beratur. (bukan beratur pun sebenarnya. semua pakat tolak-tolak turn nak ambik)
Aku pun memberanikan diri duduk. Memang tak tengok slip tu. Aku tengok je muka cikgu. Cikgu yg suruh tengok la slip. oke je. Alhamdulillah. Ada 4A, 2B, 1C, 2D. D tu yg sadisssss gila. Chemist dgn Addmath. memang killer. Biology aku B. hehe. Kalau tak nak lulus tu harapan agak tipis.
Tapi nak dikesalkan tak guna. Kalau nak bandingkan dgn orang atas kita, sampai bila-bila pun asyik sakit hati je. Pandang orang bawah kita, baru rasa syukurnya. Allah bagi setimpal apa yg telah diusahakan. Adalah hikmahnya.

So, for English, weolls got rewards. Alia and me. RM50. sape nak bagi. huahuahua
Dan utk sejarah, Pun sama. Cikgu private I yg bagi. kekeke
Terima kasih atas segalanya. Kawan-kawan yg banyak membantu, cikgu-cikgu.

Perjalanan masih jauh.

sekian.
Assalamualaikum. :)




Thursday, March 13, 2014

no title.

halo.

im kinda boring. ter-amat! dunno what to do. feeling-feeling nak typing tapi takda topic.
Biarlah aku merapu dekat dlm blog ni. Kesah ape aku. Rasanya takde kot yg follow blog aku ni.
So today, as usual kerja. Penat ada. Bosan pun ada, Semua nya bosan~ -.-
Rasa seperti sudah berabad, Kurun mungkin? haha

Aku rindu nak sekolah. Rindu kawan-kawan. Rindu zaman form 3. Tah kenapa dalam bebanyak tahun sekolah, aku rindu zaman tingkatan 3. Waktu tu, semua budak kelas macam family. rapat sangat. Masuk form 4 ramai yg pindah, Haihh.
Life must go on. Past is past. Hanya ingatan sebagai kenangan. Mungkin sejarah boleh berulang?
Whatever~~

Oke.mood menaip aku dah hilang. Mencari benda lain untuk dilayan. APa nak buat nih.
zzzzz...

chiau!

Monday, March 3, 2014

experience.

assalamualaikum! hollapeeps.

it's have been ages aku tak update blog. Nobody cares.  ┐( ̄ー ̄)┌
okeh. sepanjang tak sekolah ni, pengalaman banyak jugak yg aku dapat. Such as kerja, driving license, no cooking, penat yg teramat. fiuh! Macam-macam!
Alhamdulillah, aku dapat merasa semua tu. Tak semua orang dapat pengalaman yg macam kita hadap.

1. Cerita pasal kerja, penat memang penat. Even dekat dengan rumah, rehat satu jam pun sempat balik makan dulu, lepak atas katil bagai. Kerja dekat kedai Ukhuwah. Budak lekir kalau tak tau ukhuwah tu kedai apa aku tak tau la. Duduk dalam tempurung 7 kaki dalam tanah la kot mengalahkan katak. oopss! (⊙.☉)
Tengok macam senang je kerja kat dalam kedai tu. Tak hadap matahari, tempat yg banyak makanan. Tapi, realitinya, nak makan kau bayar sendiri la. Bukan bos tanggung. Angkat barang mengalahkan lelaki. Dah la man workers dalam kedai tu ada 2 orang je. Memang super woman perempuan yg kerja kat situ. Tak payah pergi gym nak sihatkan badan. Angkat kotak-kotak, panjat sana sini, susun barang tu pun kira exercise. fuh!
Mana tak penat nyahhhh. \(´O`)/
Lagi satu. Jumpa dengan ramai orang. Nk menghadap perangai orang macam-macam. Penat nak layan kerenah orang. Sakit hati ada, Geli hati pun ada. sabar jelah.

2. Lesen memandu. Acewah!
Kira beruntung jugak la aku ambik lesen ni tak keluar duit aku sendiri. Mak ayah tanggung. :P
Paling aku tak boleh lupa, mungkin jugak takkan lupa sampai bila-bila. Period pain waktu hari test! Memang separuh pengsan jugak la. Malu sesangat baring depan orang ramai. Tapi sakit tu tak fikir apa dah. Yg fikir aku nak baring, nak tidur, nak rehat sampai sakit aku hilang. Disebabkan ini lah aku fail test motor dan kena repeat lagi sekali. Nak cepat punya pasal. Time nak test kerta tu aku fikir nak cancel je buat. Tapi alhamdulillah, kereta aku pass jalan raya dgn kat litar. hoho!
Pengalaman ambuk lesen dgn kawan-kawan yg dulu waktu sekolah tegur pun tak dah jadi macam BFF.
Dengan JPJ pun baik sesangat dgn weolls. Seronok sangat! ヽ(^o^)ノ

3. Takde masa. Aku dulu waktu sekolah, kalau cuti hobi aku memasak. Tapi sekarang aku nak duduk dapur pegang kuali pun payah dah. Setakat duduk untuk makan. Selainnya, aku habis kan masa dalam bilik. My room is my world. Penat balik kerja, dan aku nak tidur. Aku rindu sangat waktu sekolah dulu. Sampaikan mak pun dah bising bila masa la aku nak belajar memasak. Haih. Entahlah..
Lepas ni, tunggu panggilan PLKN pulak. Kalau dapat panggilan lepas ni. Kalau tak, kerja lagi lah. aku.

Result SPM dah nak keluar tak lama lagi. Memang buat aku tak tenang. Ya Allah. Berikan lah kejayaan kepada diriku untuk ku balas jasa ibu dan ayah ku. Bantulah aku Ya ALLAH. Moga keputusan SPM batch 2013 cemerlang semuanya. Aaamiinn. :)

Oke. setakat ni je. Bila lagi aku nak update, entahlah. InsyaAllah kalau ada kelapangan. Adios! Assalamualaikum  (✌゚∀゚)

Friday, February 14, 2014

dot. dot. dot.

apa guna kawan kalau tak menegur kesalahan kita.
apa guna kawan kalau cuma ada bila senang, bila susah entah ke mana.
apa guna kawan kalau tak boleh nak dengar masalah yg kita hadap.
apa guna kawan kalau tak saling mengingati?
kawan or more to sahabat.
tapi, aku pernah ada, kawan yg menganggap teguran sebagai tanda permusuhan.
lepas kena tegur sikit, dia pulak tak tegur aku. haha! bagi aku, itu memang kebudak-budakkan sangat.
dan aku, bukan nak putuskan silaturrahim. orang dah taknak berkawan nak buat macam mana.
asalkan, hak aku dah lepas.

Hukum memutuskan hubungan silaturahmi adalah HARAM dan termasuk DOSA BESAR.

"Kita sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan. Persahabatan Nabi Muhammad S.A.W dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam. Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib. Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan."
 sekian. assalamualaikum :)
salam sayang. syirahusna

Tuesday, January 28, 2014

lari

lari?
dari apa? dah berkali-kali aku cuba, tetap sama.
jawapan yg sama. bukan nak kata penat, tapi.. entahlah.
3 hari. itu masa yg cukup lama buat aku.
mungkin, cara yg sama seperti bekas-bekas yg dulu. sudahlah.
entah apa yg aku rasa. haih.
sabar...

Thursday, January 2, 2014

tahun baru 2014.

assalamualaikum peeps!

hari ni dah masuk hari ke dua tahun 2014. Ada azam baru? ermm.. entah. Mungkin nak kerja dgn keras. kot?

haha! okey. masuk hari ni, kira dah 6 hari aku bekerja. Yeay! Aku dah kerja. Pengalaman baru untuk aku.
Baru aku tau macam mana susah nak dapatkan duit. Kerja dekat mana? Lekir Ukhwah. One's yg duduk lekir tahu la kot. Seriously aku nak bagitau kerja memang penat. Kerja mana yg tak penat. Tidur kat rumah pun penat jugak.
Semalam, aku dapat gaji. Gaji pertama. Even tak fully month boss tu bagi, tapi okey la. Lepas la buat beli charger laptop aku nanti. hihii. :P

Tu je kot sempat aku share. Since aku dah start kerja, nak bukak laptop ni pun takde masa. aceewah! poyos
Sebenarnya, dah 4 hari internet rumah aku disconnect. Hari ni baru sambung balik. agak rindu dekat twitter dengan fesebuk. Rasa tak berhubung dgn dunia. Nak tengok berita tv, paham-paham jelah. Bukan boleh percaya sangat.

Okay. till then. Assalamualaikum :)


gemok ni nak ucap selamat menjalani tahun 2014 dengan tenang walau apa pun yg terjadi :)