Monday, December 31, 2012

Last post in 2012.



2012 akan melabuhkan tirainya. Typical ayat macam dalam tv dah
2013 aku dah naik form 5. Dah form 5 so, tau-2 jelah. Ada exam besar iaitu SPM. 
Risau sungguh aku. Form 4 pun aku dah tunggang langgang. 

Aku sungguh-sungguh nak belajar betul-betul. Taknak main-main lagi dah. Laptop ni racun. Kalau ambik sikit, jadilah ubat. Kalau dah berejam depan laptop nih, masa kau dah terbuang. Makruh membuang masa. 

SO, you have to be a good good student. Always focus in class. No play around, gossiping and blablabla such that. This time you have to make effort by your own. Do not expect other person to help you succeed except Allah SWT. 
You have to prove that you also can success like other ppl. 

Thanks to everyone that had my 2012 such a meaningful year.
Setiap manusia pernah buat salah.
Kita mesti belajar dari kesilapan. *penah dengar tak ayat tuh?
Thanks a lot! Muahh 



You have to achieve the goal. Hope 2013 will be a better year for me. 
9A+ come to mama!! Insha Allah..


Our last picture in 2012.
See ya next year!

Sunday, December 30, 2012

Hari angkut buku.

Yo wassap wassap. Ehem ehem.
Assalamualaikum wahai dunia blog ku yg sunyi sepi gelap dan berbagai lagi lah.

Lame aku pegi holiday. oke tipu. 3 hari je. Later later lah story. Ni pun semalam pukul 9 baru sampai rumah. Teringat pulak hari ni kena antaq buku teks. Bak ang banyok siott!
Alang-2 pi beli skali teruih la. Nak ambik buku teks tu tadi pun bukan main kena berebut dalam bilik boss tu tadi. Parah parah..

Dah hanata sume buku teks form 4 dapat puak form 5 punye. Tebal 2 kali ganda kau. Dengan buku-2 rujukan ambik dari kak fatin fakhira. Buku-2 tulis baru beli. Tahun depan memang mengadap buku jelah kau husna oi. Jangan nak mengadap mukabuku biru tu dah. Benda tu pun tak lalu nak tengok hang gamaknye.

SPM pun dah dekat. Tai kalau ikut mazhab cikgu Nazem, "Sesungguhnya SPM itu masih jauh kalau dikira dengan saat." Memang lah cikgu oi...

Balik je rumah, bilik bukan main besepah tak sempat kemas. Mata dah ngantok. 
Katil memanggil-manggil. Goodnight!


Blog ni rindu kan gamba aku ni. Aku tauu. 
Goyos nak poyos je. hihi

Adios!


Thursday, December 20, 2012

We United!

Long time no apdet. So busy lah. Pegi balik tusyen. Got homework bagai. *sigh. Tired!
Heyy husna. Jangan mengeluh. Mengeluh tu untuk orang yg kalah je. Loserr. U're not rite?!
Dari semalam, aku agak excited nak hang out dengan my old best frend. Her name is Faztul Hazirah aka Atul! Lame kot tak jumpe.

Bape hari seblom ni die call aku. Lepas letak tu terus aku nangis. Rindu sangat-2 kat kau! Uhuk! Over jee. Then, hari ni baru dapat jumpe. Almaklumlah, dia dapat tawaran MRSM. So, we seperated by school. Paling aku tak boleh lupa, form 1 dulu penah gadug sampai adegan tampar-menampar berlaku dalam tandas surau. Tido pulak katil sebelah-2. Memang sakit hati time tuh. Memang lawak ingat perangai tak matang tuh.

Berbalik kepada story asal, lepas tusyen terus pegi umah die. Sesat cari lorong Siakap 6. Nasib tak Keli. Die punye excited kemain. Tak makan tunggu i. Ahaks! Shayunk kau lah!
Habis sume makan-2 umah die, pakcik rahman aka bapak atul hantar pegi Aeon. 
Masuk pintu belakang, terus je sampai pintu satu lagi. Dah macam buat free show pulak semata-2 nak jemput si miera tonggek nih.

Lepas jumpe semua, jalan punya jalan sambil sembang-2. Tak pandang orang lain dah. Punya kecoh jugak la. Naik atas pusing-2 jumpa pulak dengan 3 jejaka kerek nih.
Yeah. bukan terjumpa lah, Dah mengajak pun. So, decide lepak kfc je. Cehh. Steambot, pizza punye banyak. Last2 ke ep si jek. Layan jelah. 

Situasi di ke ep si pulak, kitorang kalau dah bejumpe memang bising. Macam-2 story keluar. Masing-2 cerita pasal sekolah dyorang. Share expiriens la konok nye. 
Sempat pulak mengimbau kenangan Form 1,2,3. (ergh ayaattt)
Gelak tak hingat dah. Memang rindu kan kelas RK yang dulu.

Kali ni aku tak bawak kamera. So gamba memang tak banyak lah. Setakat capture pakai fon je. Huaaa.. Tak best nyee..


We are getting back together


Nice to know them. *winkwink

Dah habis begambar sume, Akem pun mintak undur diri. Cehh. Bizi kemain kau ye.
Wegilrs pon ape lagi. Take sid opportunity to gossiping and annnddd shopping together. 
At 6, we decide to back home. Salam-2 semua, aku nangiss.. huhukk
I'd 3 years together with Atul and that was the best time. U're the one that always help me in studies, life problems and much more. Good to know you dear.



Hope the RK's would always be together as one. 


1RK


2RK


3RK
Typed by,

Friday, December 14, 2012

Kitchen is my Territorry. Beware!

Haihai Haluu!

Huh! Penat kemas dapur tadi. Entah sejak bila aku pun tak tau aku suka sangat duduk kat dapur. Pantang tengok sinki tu penuh dengan pinggan, memang aku bising. And terus tanye "Sapa yang makan tak reti nak basuh pinggan nih. Sumbat satgi dengan pinggan baru tau!" Don't know how it happened. Spontaniously aku akan cakap macam tuh. Adik-2 aku akan jadi mangsa. Sapa suruh hangpa tak reti basuh pinggan mangkuk cawan sendiri. 

Kalau dulu, mak aku suruh tolong masak bukan main malas gila plusplus. Sanggup aku duduk tengok tv je. Atas paksaan tanpa rela, aku pun pegi jugak la. Tak tolong pun, tolong tengok mak aku masak pun jadila. Tapi sekarang dah addicted dengan dapur. Kalau bab makan laju. Ni salah satu sebab aku tak boleh duduk kat rumah je time cuti. Makin gemuk ade lah. Nak makan, masak sendiri. Tak reti, mintak pakcik Google je tologn carikan resipi. Senang dan mudah! Sayang pakcik Google! muahmuah 



For now, aku terfikir kalau aku ade rumah sendiri nanti, dream kitchen aku macam ni.
Tak semesti tunggu aku dah kawin. Nak jugak ada rumah sendiri. Duduk bujang. Best kot!
Not so big, just simple.
Beware. Buat sepah lepas aku kemas, get out from my kitchen!
Macam kitchen hell tuh. Ganas siot!

Next Master Chef will-be :D

Wednesday, December 12, 2012

10 Ways to LOVE


LISTEN - Without Interrupting
SPEAK - WIthout Accusing
GIVE - Without Sparing
PRAY - Without Ceasing
ANSWER - Without Arguing
SHARE - Without Pretending
ENJOY - Without Complaint
TRUST - Without Wavering
FORGIVE - Without Punishing
PROMISE- Without Forgetting

12.12.12

Tuesday, December 11, 2012

the tempang.

2012 dah nak melabuhkan tirai. Cepat siot mase skang nih. Time-2 cuti ni jugak kaki aku buat hal. Tah pasaipa aku pun tak tau. Bangun-2 pagi tadi, kaki aku memang sakit nak jejak lantai. Dah la aku jadi si tempang lagi. Buat kali ke dua dalam tahun ni. Memang sakit tak terhingga. Tapi tak lah seterok orang patah kaki. ==''
Awal tahun hari tu kaki kiri. Ni pulak kaki kanan. Memang dah kena badi Mira panggil aku tempang. Terbukti kata-2 itu adalah satu doa.

First Accident with my bed.
Cilakoss.. -..- 


Secong accident. Dont know the initial cause. T_T 
Dah dua kali kena. Jadi lepas ni kena lebih berhati-hati dalam setiap langkah. Tak lama lagi baik lah ni. Tunggu mase je. Wahai kakiku, maafkan aku kerana mencederakan mu.

Budak Tempang,

Wednesday, December 5, 2012

Aeon Sri Manjung Dibuka!




hoyeah!  Akhirnya, siap jugak mall yg besar tu kat Manjung. 
Aku kira dekat 10 jugak la Hypermarket ade dalam manjung nih. Kalah ipoh wehh.
Tapi dengar-2 cerita lepas aeon ni dibukak semalam, Tesco Billion etc. sume lengang takde orang. Untung la pekerja-2 sume boleh tido. haha

Aku pun tak cadang jugak nak pegi melawat aeon tuh. Tapi alang-2 lepas aku tusyen takde buat ape, aku pun merayap je lah dengan member-2 aku.
Mr H pun ade. Haha. Tapi tak sempat nak sembang lame-2. Makan pun tadi duduk jauh-2.
Sadis betul.

Semalam aku dah tak sedap badan, rase nak demam. Hari ni pergi jugak bejalan. Balik-2 tadi terus demam. Apelah nasib. Dua bulan berturut-2 demamnye.



Aish, jalan dengan depa nih memang gila. Pusing sane, pusing sini. 
Tapi diorang jugak yang tunjuk tempat-2 kat situ. Maklumlah, depa ni pelawat kira terawal la jugak. Dah ronda dulu awai-2. Naseb la tadi tak sesat. Sebab ade diorang.
Memang besar lah Aeon nih.


 Tak sangke dah ja;an dari hujung ke hujung. Jauh tuh..


Lepas jalan punye jalan, perut pun lapar. So, kitorang pilih nak makan kat Pizza Hut.
Dan-2 pulak si Black ni keje sini. Nasib la member. Senang sikit nak order-2 tadi. 
Untung laahh. hehe

Paham-2 la kalau tempat baru, ramai la nak pegi kan. Jumpe pulak ramai budak SMKBS. Adehh. Kami pun nyorok-2 la jugak. Dengan cikgu-2 pun ade jumpe. 


Depan pokok krismes. Kiut je kan badut belakang tuh. hehe
till now then. Nak siap kan keje Fizik. Esok naye kena perli dgn ckgu Ishak.

With love,

Tuesday, December 4, 2012

Kulaan!


Yeay! Hari yang ditunggu-tunggu dah sampai! Kenduri abang Joy. Dah lame takde kenduri kahwin sebelah ayah ni. Bila dah jarang-jarang tuh, kitorang pun berkumpul ramai-2  buat Family Day. Macam-2 games ade.
Memang best sangat-2! Tak rugi sebulan aku tunggu untuk hari ni.


Kali ni memang mostly gempak! Hadiah memang banyak sangat. Kira oke lah ade yang nak seponser kan. Adik beradik ayah aku ramai, ape kesah? HAHA
Tak payah nak pergi jauh-2, rumah nenek aku pun dah cukup jadi tempat aktiviti semua.



Ade jugak abang sedare aku yang punye lah lame tak balik kampung. Menyorok katenye.

Lepas kenduri tuh, stat la macam-2 acara. Aku pun mana boleh lepas join game budak-2. Still 'budak sekolah' what..


Memang acara terus menerus sampai ke malam. Tapi stop la kejap solat Maghrib. -.-
Oghang ghamai pegi tengok bola Malaysia lwn Indon kat stadium, aku dok depan tv sambil tengok sedare-mare main macam-2 lah. Tv pun dibawak ke luar rumah. Memang terbaekk.


Depan tuh ade tv. Sume pakat semangat tengok. Tapi aku sorang je pompuan kat situ. T_T
Lepas tuh bagi-2 hadiah. Siyes haidah aku dapat sume best-2. Memang rugi le ade yang tak balik..




Terselah kegilaannya.


Why do the kids buat muke comell??


Hadiah ni kire cantek. Aku suke!
Bukan talam.

Esok nye, kenduri sebelah lelaki pulak. Mau idak, rumah pengantin laki dengan pompuan, boleh jalan kaki je dah sampai. Selang bape rumah je. Lagi best bile kiri kanan penuh dengn sawah menghijau. Wauu!

Sampai lah ke malam ahad baru aku balik Lekir. Mak aih! Gile kau tak penat. Balik-2 teros tido je. Sampai umah pukul 11 lebih.

Papepun, Kulaan Haji Maseruni Memang TERBAEK!



Tahun depan Insya Allah buat lagi.. Hoyeah!

XOXO
h u s n a

Wednesday, November 28, 2012

Harimau Malaya Bangkit Semula!

Ahoy! Ahoy!
 Semangat bola bhaii minggu nie. Mau idak time kalah dengan singapore arituh, frust tetonggeng jugak! Dah menang dengan Laos nie, bole la terubat sikit dengan masuknya pemain Kedah, pengganti Mat Yo yang Yo-Yo-Ooo je tebayang dah 80K dari Johor gamaknye, Baddrol Bakhtiar! Hoyeahh. Aku suke. XD

Aku memang tak leh tahan tengok ade segelintir rakyat Malaysia yang buat macam-macam pengakuan di laman soosial Twitta n Fishbook. 


Bila dah menang, pulak pi kata kena Hacked bagai. Sudah la wehh. Mana pi janji hangpa?! HAHA

Ade jugak aku usha-2 kat Youtube video-2 Ultras Malaya, penyokong-2 Malaysia, awat la hangpa pi kutuk negara orang. Nak kata negara orang tu anjing la apa lah. Patut la hari tu tak menang. Pasai hangpa la nih.
Nila kalah, kutuk perabih, bukan nak naikkan semangat pemain. Bila menang puji bukan main tinggi melangit.



Pape pon, TAHNIAH Pasukan Harimau Malaya! Jangan hampakan hati rakyat Malaysia lagi lepaih ni noh. Lawan Indon! Indon! Indon!


Lots of    ,

Sunday, November 25, 2012

Melayu di Jalan Melayu.

Hallo!
Dalam minggu ni aku nak bejiwang bagai dalam blog ni.
Tapi hari ni, aku terusha satu video ni kat YouTube. Agak menarik sebab ada mesej tersirat di sebalik video simple nie.



Benda ni memang terjadi dalam Malaysia. Ditipu dalam senyap. Faham-faham sendiri laa..