Thursday, November 28, 2013

freedom. eh?

assalamualaikum!

Riang ria sungguh habis exam semalam. eh. yeke semalam? rasa macam dah lama je. hihi
First and foremost, diucapkan tahniah kepada kami semua dah habis jawab paper bio dengan rasa gemilangnya. Keluar dewan semua senyum tak hingat ape dah. Cuma dayah adnan yg hotsetap tuh frust sebab discuss pasal data untuk paper 3 bio salah. -.- Tu laa. sape suruh bincang.

Preparation for the last paper.

See that?!

Muka bahagia habis exam. Freedom katenye :)

Kahkah! seems funny kot

Jamuan kecil-kecilan. Bihun singapore!

Entah bila lagi dapat makan-makan macam ni.
And this kantin, we'll miss the Nasi Keli!

Lepas hantar buku teks semua, rasa macam tak percaya pun ada dah 5 tahun aku sekolah kat situ. Padahal waktu sekolah rendah aku memang taknak sangat sekolah kat situ. Sebab aku nampak ramai bebudak dok melepak, ponteng, gengster bagai. Tapi rupanya, ada bagusnya. Macam-macam orang aku jumpa kat sekolah ni. Ni baru kat sekolah. Dunia luar nanti? haih.

Balik rumah semalam, memang packing habis semua kertas-kertas untuk exam sebelum nih. Cuma ada la tinggal sikit, sayang nak buang kot. Tambah kimia dengan addmaths. Cikgu Nazem! Cikgu Mior! haha
So, memang bilik aku dah clear. Baru ada rupa bilik. Sebelum ni dah macam kapal karam. huh!
legaa..

Hah! and tadi.. Balik je beli barang dengan ma, terus lena atas katil. Tetibe kejut, nak belajar bawak kereta tak? and aku pun macam... Boleh jugak! eksaited. haha
Cuak pun ada. Boleh ke aku bawak nih. Then lepas ayah tunjuk, aku pun try la. Nervous siaa.
Nasib la oke je. Dah la kat kawasan rumah aku ni banyak simpang sana sini. Ade pulak tadi, sorang pakcik ni, bawak moto tak tengok depan, dok tengah-tengah. Nasib je aku tak langgar. Ciss..
Cuma tadi, ayah tak ajar nak reverse je, haha! Ayah kata bahaya -.-

So, lepas ni, nak duduk rumah layan movie,cerita apa yg ada dalam laptop nih. Nak hangout, nanti lah dulu..
Kerja pun... err.. Nanti-nanti lah. just wanna relax first.

Adios amigos!
xoxo :)

Saturday, November 23, 2013

3 years, 3 months

assalamualaikum :)

tak sedar pulak dunia blog aku dah sampai 3 tahun. Blog ni lah jadi teman, tempat aku meluahkan banyak benda. Sebab, nak tulis dalam buku, aku malas nak pegang pen. Aku lebih suka pilih menaip atas papan kekunci. Daripada aku takda laptop sendiri, masih pakai pc, sampailah ke ada laptop satu-satunya kesayangan aku ni.

Sekarang, aku kurang nak berblog. sibuk dengan kehidupan alam realiti. Dan ada pendengar yg sudi mendengar masalah luahan hidup aku. haha.
Aku tak kesah ada orang baca atau tidak blog ni. Hidup aku bukan menarik mana pun. Mungkin ada sedikit maklumat harap dapat membantu orang yg TERsinggah kat sini.

Sebelum ni pun, sebenarnya aku dah hidup dalam blogging ni dari sekolah rendah. Tapi, entah macam mana boleh terformat, Tapi, entry dulu-dulu tersangatlah kebudak-budakkan. Jadi, biarlah..
Hidup mesti diteruskan! Semoga orang-orang di luar sana bahagia dengan kehidupan mereka.
Bahagiakan diri sendiri baru nak bahagiakan orang lain. :)
Sayang diri sendiri baru nak sayang orang lain.
Jaga diri, Selamat beramal!

dedaa!
xoxo

Sunday, November 17, 2013

Gaul kacau hingga sebati. eh.

Hai. asssalamualaikum.

Tajuk seems like nak masak. Hurm.. Bukan lah.
Aku nampak pergaulan antara lelaki dan perempuan semakin melampau. Agak kasar bunyinya,
Iyalah. Tak rasa segan nak berpegang-pegang tangan nak peluk bagai. Semua mula dari berpegang.
Aku ada jugak ramai kawan-kawan lelaki. Tapi, tak adalah sampai nak pegang-pegang. Selagi aku boleh elak, aku elakkan. Jangan sengaja. Nak kena nasihat, nak berbuih mulut. Nanti meluat pulak,
Antara lelaki dan perempuan, ada batasnya, Semua yg belajar pendidikan Islam haruslah tahu kan.

Sabda Rasulullah
“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).

Zina Hati
Jika dilihat dari terjemahan melayu yang lainnya pula ada yang mengatakan merindui dan mengingini. 

Baiklah, mari kita lihat dulu mengapa ia dinamakan zina hati. Berbalik kepada Al-Qur’an: “janganlah kamu mendekati zina” (al-isra’:32)

Lalu, apa yang dikatakan hadis tadi semuanya menjurus kepada zina dan semuanya adalah dilarang dalam Islam bertepatan dengan ayat ini dalam kalimah “mendekati”. Dari sini, kita dapat faham bahawa apa yg dikatakan sebagai zina hati itu ialah “perasaan dalam hati yang mendorong ke arah penzinaan”. Harap maklum.

Kemusykilan : “Adakah apabila kita minat seseorang, lalu hati kita asyik teringat padanya, itu termasuk zina hati?”

Al-jawab: Islam adalah agama yang menghormati fitrah manusia. Rasanya semua maklum. Namun fitrah itu juga bukanlah sewenang-wenangnyanya diikuti sehingga menimbulkan fitnah. Dalam keadaan ini, perasaan minat pada manusia itu adalah fitrah. Lalu, adakah itu termsuk fitrah yang dilarang atau yg dihalalkan?

Jawapannya, perasaan minat kepada seseorang itu bukanlah termasuk zina hati. Ianya termasuk dalam fitrah manusia yang mana amat dihormati oleh Islam dan halal jika tidak secara berlebihan (contohnya x makan, x minum, samapi tinggal solat, termenung x tentu pasal, dan lain2). Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menjaga wara’nya ataupun amat takut dengan taqwanya akan rosak, lalu eloklah dijauhkan. Ini kerana, walaupun perasaan itu tidak haram ianya boleh merosakkan kesempurnaan ibadah seseorang dan kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan, ianya halal selagi tidak memudharatkan diri.

Kemusykilan : “Abeh tu, apakah yang termasuk dalam zina hati?”

Al-jawab: Perasaan minat juga boleh termasuk dalam zina hati. Aikk? camne lak tuh? tadi cakap tak…
Ia boleh jika kita minat padanya sehingga kita terbayang-banyang pada minda, ataupun kelopak mata kita. Inilah yang ditafsirkan oleh hadis tadi sebagai membayangi. Membayangkan seseorang yang kita minat pada otak akan membawa kepada benda yang lebih melarat. Lebih-lebih lagi jika kita membayangi aurat si dia. Lalu, itu secara jelasnya termasuk dalam zina hati. ianya adalah HARAM dan dilarang keras dalam Islam.
(Rujukan: Minhajul ‘Abidin karya Imam Ghazali dan Hikam ibnu ‘Atoillah)

KESIMPULAN
Sesuatu yang kita wajar jaga semestinya kita perlu jaga. Begitu juga perkara-perkara yang dikatakan halal dalam islam tapi boleh mendatangkan kepada haram. Sekiranya kita mampu dan berdaya untuk menjauhkan daripadanya, jauhkanlah dan jagalah dirimu.

Seperti juga kemusykilan tadi. Perasaan minat tidak boleh dilawan kerana ianya akan meletup dan memudharatkan diri serta orang lain. Tapi, sebaiknya DIKAWAL. Contoh terbaik ialah bagaimana Imam Syafie’. Ketika dia mengadu kenapa pada hari itu dia susah untuk mengingati hafalannya. Apabila disuruh mengingati dosanya, lalu teringat dia tatkala dalam perjalanan, dia TERnampak betis seorang wanita yng kainnya ditiup angin. Seperti kita maklum, pandangan pertama itu bukanlah haram, tapi walaupun halal, tetapi ianya tetap mendatangkan kesan kepada hatinya.

Namun, bagi mereka yang sudahpun dilanda oleh perkara-perakra seperti ini dan tidak dapat lagi menjauhkan diri, lalu disarankan janganlah terus sahaja melawan perasaan dengan alasan tadi. Sesudngguhnya, apa halal itu tetap halal sekiranya kita dapat KAWAL. Tiada salahnya memendam perasaa pada seseorang. Tetapi janganlah sehingga berlaku kesan pada diri sendiri dan manusia skeliling yg tidak elok.
TAPI, PERASAAN ITU TIDAK SALAH.. YANG SALAHNYA IALAH PERBUATAN YANG LAHIR DARIPADA PERASAAN ITU.. 

Jadi, kenalah jaga setiap perhubungan tu. Jangan sampai boleh menimbulkan fitnah.
Aku takut perhubungan yg tidak diredhai Allah, takkan kekal lama. Mari kita saling mengingati.
Kalau tidak, apa guna kawan, kan? Jagalah. :)

//ps: esok paper maths. Doakan semua calon spm smkbs berjaya dgn cemerlang. InsyaAllah. Fighting!
-syirahusna.

sumber maklumat: Blog Dahagakan Ilmu Islam

Anugerah ALLAH

Assalamualaikum w.b.t

Tadi aku terbuka siaran TVAlHijrah dan sedang berlangsung rancangan "Dengan Basikal Aku Menjelajah". Tah kenapa aku rasa tertarik nak buat entry pasal ni. Subhanallah sugguh cantik anugerah alam yg diberikan untuk manusia nikmati. Tadi, dia ke Iceland. Tempat yg saaaangatt cantik. Aku cuma tengak dari luar kotak tv pun terpegun, inikan si pengembara yg sendiri melihat dengan mata beliau. Dan lihat ais yg mula mencair di sana, semua punca manusia.

Manusia yg tak mengenal erti syukur. Tak reti menghargai. Kita buat sesuka hati kita tanpa memikirkan kesan atas orang dan makhluk lain. Dengan hadiah yg Tuhan bagi pun, tak dapat kita nak hargai betul-betul, inikan hadiah dari makhluk ciptaan Tuhan tu pulak. Aku sedar. aku pun sering kali seperti itu. Alasannya, manusia mana yg tak pernah buat silap. Tapi, kenapa tak pernah nak belajar dari kesilapan tu. Kenapa kau masih nak ulang perkara yg sama juga? Ibarat masyarakat sekeliling enat buat kempen nak selamatkan alam, kau sedar, kau tahu. Kau ikut buat kempen tu sama, tapi, kau jugak yg buat masalah tu. MANUSIA...
Aku cuba relate kan dari cerita tadi, dengan benda yg jadi di sekeliling aku. 

Ya. Manusia sering alpa, lalai, lupa.
Dan manusia tu, perlukan bantuan untuk sering ingatkan dia, bantu dia. 
Ada yg berfikiran, "Kau pandai. Takkan benda remeh tu pun tak reti?"
Tak terfikirkah dia, tak semua benda dia pandai. Kalau kau bijak dalam hal pelajaran, belum tentu kau bijak dalam pergaulan. Oke. Ini benda umum. Tah kenapa aku berkata begini, haihh..

Allah dah tentukan segalanya. Qada dan Qadar. Tapi kita diberi peluang untuk memilih.
Kita manusia ada akal. Fikir secara waras. Tahu mana baik, mana buruk. 
Syaitan iblis sentiasa ada untuk menggoda. Minta bantuan Allah untuk tetapkan hati. Kuatkan Iman. 
Jangan berterusan leka. Hargai segala yg sudah Tuhan berikan. Jangan kita rosakkan. 




Monday, November 11, 2013

random

Baru-baru ni, aku rasa macam something wrong somewhere. tapi aku tak tau kat mana.
Kekadang rasa serabut, kekadang oke je. Perhaps, sebab exam. 
Tapi before this, tak de pun aku macam nih.
Tak pernah sepanjang aku hidup ni, mimpi pelik-pelik. Tapi sekarang, macam-macam masuk. 
Rimas ah. Ape dah jadi nih. 

Ya Allah, jauhkanlah aku dari gangguan syaitan. Lindungilah aku.
Jauhkan aku dari perkara-perkara yg melalaikan. 





Go away!

Thursday, November 7, 2013

spm 1

assalamualaikum.

lama jugak aku tak menaip. hah! For SPM, 2 paper finished already. haha! see.. The truly malaysian language. Just now, today essay for continuous writing have a title "Truly Malaysia". So, I just chose it to be my essay. Remembering the youtube videos and the ads "excuse me sir, Your Malaysian is showing" haha!
Then, the directed writing. Huh! I'm sweating. My mind turn into the blue sky without cloud. BLANK! The format also I forgot. Huhhh. I hope I've made the best.

Just need some rest. next paper, sejarah. Rabu khamis. goodluck!
jadual yang pelik!
KBAI.