Friday, March 28, 2014

rindu.

hai awak.
lama awak tak contact.
saya rindu la dekat awak.
yang jauuhh kat sana tu.

3 hari.
lama tu awak.
awak janji sehari je nak kite tak contact.
jauh awak holiday kan.
cemburu jugak di hati.

awak, bila nak balik.
hehe.
banyak benda nak diceritakan ni.
oke. saya tunggu awak. :)
terakhir, don't ever over thinking!

♥AmmarDanial

kbye.

Thursday, March 20, 2014

hashtag SPM2013

assalamualaikum wahai rakyat jelata sekalian.

Alhamdulillah, hari ni berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa benda buat aku sakit hati. ergh!
Malam tadi agak sukar utk lelapkan mata. Dan hasilnya pagi tadi mukaku sembap macam belon habis angin.
Sadis betul. Pepagi bangun, otak aku macam tak boleh terima hari ni hari untuk ambik result SPM.
Cuak, takut, macam-macam ada. Iron baju semua, Ira sampai then siap-siap, gerak pegi sekolah.

Satu bencana dah aku tempah. Accident. huaaaa T_T
OK. abaikan. Then sampai sekolah, dah jumpa kengkawan ape lagi, sembang punya sembang, sampai nak pegi ambik result kat atas pun takde sape nak naik. Saba je ah.
Dengan penuh kecuakkan beratur. (bukan beratur pun sebenarnya. semua pakat tolak-tolak turn nak ambik)
Aku pun memberanikan diri duduk. Memang tak tengok slip tu. Aku tengok je muka cikgu. Cikgu yg suruh tengok la slip. oke je. Alhamdulillah. Ada 4A, 2B, 1C, 2D. D tu yg sadisssss gila. Chemist dgn Addmath. memang killer. Biology aku B. hehe. Kalau tak nak lulus tu harapan agak tipis.
Tapi nak dikesalkan tak guna. Kalau nak bandingkan dgn orang atas kita, sampai bila-bila pun asyik sakit hati je. Pandang orang bawah kita, baru rasa syukurnya. Allah bagi setimpal apa yg telah diusahakan. Adalah hikmahnya.

So, for English, weolls got rewards. Alia and me. RM50. sape nak bagi. huahuahua
Dan utk sejarah, Pun sama. Cikgu private I yg bagi. kekeke
Terima kasih atas segalanya. Kawan-kawan yg banyak membantu, cikgu-cikgu.

Perjalanan masih jauh.

sekian.
Assalamualaikum. :)




Thursday, March 13, 2014

no title.

halo.

im kinda boring. ter-amat! dunno what to do. feeling-feeling nak typing tapi takda topic.
Biarlah aku merapu dekat dlm blog ni. Kesah ape aku. Rasanya takde kot yg follow blog aku ni.
So today, as usual kerja. Penat ada. Bosan pun ada, Semua nya bosan~ -.-
Rasa seperti sudah berabad, Kurun mungkin? haha

Aku rindu nak sekolah. Rindu kawan-kawan. Rindu zaman form 3. Tah kenapa dalam bebanyak tahun sekolah, aku rindu zaman tingkatan 3. Waktu tu, semua budak kelas macam family. rapat sangat. Masuk form 4 ramai yg pindah, Haihh.
Life must go on. Past is past. Hanya ingatan sebagai kenangan. Mungkin sejarah boleh berulang?
Whatever~~

Oke.mood menaip aku dah hilang. Mencari benda lain untuk dilayan. APa nak buat nih.
zzzzz...

chiau!

Monday, March 3, 2014

experience.

assalamualaikum! hollapeeps.

it's have been ages aku tak update blog. Nobody cares.  ┐( ̄ー ̄)┌
okeh. sepanjang tak sekolah ni, pengalaman banyak jugak yg aku dapat. Such as kerja, driving license, no cooking, penat yg teramat. fiuh! Macam-macam!
Alhamdulillah, aku dapat merasa semua tu. Tak semua orang dapat pengalaman yg macam kita hadap.

1. Cerita pasal kerja, penat memang penat. Even dekat dengan rumah, rehat satu jam pun sempat balik makan dulu, lepak atas katil bagai. Kerja dekat kedai Ukhuwah. Budak lekir kalau tak tau ukhuwah tu kedai apa aku tak tau la. Duduk dalam tempurung 7 kaki dalam tanah la kot mengalahkan katak. oopss! (⊙.☉)
Tengok macam senang je kerja kat dalam kedai tu. Tak hadap matahari, tempat yg banyak makanan. Tapi, realitinya, nak makan kau bayar sendiri la. Bukan bos tanggung. Angkat barang mengalahkan lelaki. Dah la man workers dalam kedai tu ada 2 orang je. Memang super woman perempuan yg kerja kat situ. Tak payah pergi gym nak sihatkan badan. Angkat kotak-kotak, panjat sana sini, susun barang tu pun kira exercise. fuh!
Mana tak penat nyahhhh. \(´O`)/
Lagi satu. Jumpa dengan ramai orang. Nk menghadap perangai orang macam-macam. Penat nak layan kerenah orang. Sakit hati ada, Geli hati pun ada. sabar jelah.

2. Lesen memandu. Acewah!
Kira beruntung jugak la aku ambik lesen ni tak keluar duit aku sendiri. Mak ayah tanggung. :P
Paling aku tak boleh lupa, mungkin jugak takkan lupa sampai bila-bila. Period pain waktu hari test! Memang separuh pengsan jugak la. Malu sesangat baring depan orang ramai. Tapi sakit tu tak fikir apa dah. Yg fikir aku nak baring, nak tidur, nak rehat sampai sakit aku hilang. Disebabkan ini lah aku fail test motor dan kena repeat lagi sekali. Nak cepat punya pasal. Time nak test kerta tu aku fikir nak cancel je buat. Tapi alhamdulillah, kereta aku pass jalan raya dgn kat litar. hoho!
Pengalaman ambuk lesen dgn kawan-kawan yg dulu waktu sekolah tegur pun tak dah jadi macam BFF.
Dengan JPJ pun baik sesangat dgn weolls. Seronok sangat! ヽ(^o^)ノ

3. Takde masa. Aku dulu waktu sekolah, kalau cuti hobi aku memasak. Tapi sekarang aku nak duduk dapur pegang kuali pun payah dah. Setakat duduk untuk makan. Selainnya, aku habis kan masa dalam bilik. My room is my world. Penat balik kerja, dan aku nak tidur. Aku rindu sangat waktu sekolah dulu. Sampaikan mak pun dah bising bila masa la aku nak belajar memasak. Haih. Entahlah..
Lepas ni, tunggu panggilan PLKN pulak. Kalau dapat panggilan lepas ni. Kalau tak, kerja lagi lah. aku.

Result SPM dah nak keluar tak lama lagi. Memang buat aku tak tenang. Ya Allah. Berikan lah kejayaan kepada diriku untuk ku balas jasa ibu dan ayah ku. Bantulah aku Ya ALLAH. Moga keputusan SPM batch 2013 cemerlang semuanya. Aaamiinn. :)

Oke. setakat ni je. Bila lagi aku nak update, entahlah. InsyaAllah kalau ada kelapangan. Adios! Assalamualaikum  (✌゚∀゚)