Wednesday, December 30, 2015

its about the end.


I think its been so fast 2015 is about to end. too much thing happened to me. seriously.
tapi sememangnya aku rasa aku dah mulakan tahun ni dulu dengan baik dan berakhir dengan kehambaran. Sebenarnya aku sangat rindukan perasaan yang dulu. Sentiasa gembira. Ma perasan perubahan aku sekarang. Always be moody kelaut serabut. Well, ada cerita aku kongsi but there's no one i could tell them like i used to tell to him. hahaha. Sakai la kau husna.
Nak tulis dalam diary aku tak rajin macam dulu. Aku cuma nak cerita, need someone to hear. lol. Sudah-sudahlaahhh.

oke! now, apa cerita nak buat in 2016? Still got no plan, perhaps just go with the flow.
I'm not the knid yang suka plan dah sekarang ni. Go gamble. Lagi seronok. Too much thing i learn from you dear. Thank you for all those experience. And i hope i still can continue those time and having some more adventure things with you. Hoping that will be on fine day. gosh!

Alhusna, U can be the best! ;)

Wednesday, November 18, 2015

lifeless duh


seriously aku taktau apa dah jadi dengan cuti sem aku ni. Ya Allah bosannya. Nak balik Arau? Lagi aku takut. Its good to be lifeless at home, Alone without seeing anyone yang boleh menyakitkan hati, jiwa raga ni. lulz
Macam teruk sangat lah. Result sem 3 haritu dah keluar, so so la. Next sem memang kena struggle hard punya, Ayah banyak kali dah compare result dia dulu dengan aku. Gosh! Malunyaa
Dalam sejarah, cuti sem ni aku tak keluar hangout dengan sesiapa. Masalah duit satu hal, takda teman lagi satu hal. Sadisnya hidup kau Alhusna. Lagi sadis duduk rumah, fon silent je. Takda sapa ke nak wasep ke hape ke. hahahahaha. kesiannya kau.
Well, alhamdulillah aku masih hidup sampai ke hari ni. Means, hidup mesti diteruskan walau apa pun jadi. Tapi perit memang perit. nak buat cemana bruh. T_T
Aku ada jugak plan nak keluar. Tapi. tah ah..
alhusna. alhusna. kau sabar sikit boleh tak. setahun je lagi nak habis diploma. Sabar..

Thursday, October 22, 2015

sem break again


i'm done with semester 3. Penat sangat. Semester ni rasa macam laju sangat. Dok terkejar sana sini assignment bagai tau-tau dah habis sem. Stress jugak sebab semua kena hadap sorang-sorang. Sadis gak memalam buta aku dok serabut tak boleh study, keje banyak semua. I need someone T_T
I need him. again..

Cuti ni plan nak kerja, tapi ayah pulak tak bagi. Aku taktau nak buat apa kat rumah ni. Ada la some plans tapi taktau bakal jadi ke tak. But plan to improve myself, it will happened! Tak sabar nak tunggu hasil. Ya Allah, rindunya aku nak cerita macam-macam like we used to. Tapi mimpi jelah. Apa pun kau buat takkan ubat keputusan dia. *crying
keep sabar dan sabar alhusna..

Tuesday, September 22, 2015

study week

assalamualaikum,

gosh! too many thing to do before this semester final exam. matilanakkk
Don't know where to start first. Kelam-kabut la alhusna kau ni. Itu nak buat, ini nak buat. macam la kau ada sploh kaki sploh tangan. Study week yang sepatutnya dua hari aku dah buat jadi seminggu dengan skip class. Mampus la. Final ni memang kena score habis-habisan kalau tak melepas lah kau.
Untuk subjek yang aku repeat last sem, Patho, 2 test aku score. Tapi untuk Test 3 aku tak ambik, memang kena berbudi bicara dengan Sir Azizi laa. Jangan la kejam sangat sir T_T
Yang lain, InsyaAllah aku boleh buat, Dupdap jugak la jantung ni.

Balik kali ni sepanjang perjalanan dari Alorstar aku tidur, sedar-sedar dah dekat Pantai Remis.
Padahal malam tadi tidur lena jugak tak hengat! Rindu manusia yang teman aku balik hari tu.
Bila lagi kita boleh balik sekali lagi? Banyak benda aku nak cerita, tapi bila nak cakap tu tak terluah sebab selalu kena marah. T_T So, dari aku merepek cakap bukan-bukan yang tak berpekdah baik diam je lah. Memang semua benda aku cakap takda pekdah pun bagi dia. So, abaikan je cerita aku.

Dengan apa yang dia suruh aku buat dan jangan buat, aku akan ikut. Nak hidup dengan orang kena ikut rules orang tu. Dari dulu lagi alhusna kenapa degil sangat. Shit to yrself T_T
last but not least, keep improving yrself, do yr work, stop proscrastination. :)
daa...

Sunday, May 31, 2015

ransome.

assalamualaikum.

Hari ni hari terakhir Mei. Tinggal lagi tak sampai seminggu lagi cuti sem dah habis. Cepat sungguh.
Macam-macam jugak yang jadi dekat aku ni. Sampai aku sendiri tak terhandle dengan semua benda ni. The most thing is masalah hati. haha! Gila sungguh aku ni. Tak habis-habis. -_-
Next sem apa perancangan yea.. Aku dah buat list. Harap-harap tu dapatlah buat semua.

-Naikkan pointer.
-work out lagi! (for now aku dapat dah kurangkan lemak. Baju form 1 aku muat balik. haha!)
-Focus study!
-buat budget kewangan supaya tak pokai untuk cuti sem akan datang. -_-''

Ok, tu je. Tah pape punya plan lah. Tapi cukuplah, banyak-banyak nanti tak tercapai.
Cuti kali ni mendap gila aku rasa. Kalau buat benda yang produktif pun, macam pagi keluar, petang siram pookk kat luar, jogging, malam still need something to do. Tapi takde benda pun yang dibuat melainkan baca novel, layan movie, main game. bleerghh.. Masalah aku susah nak tidur awal.
Nak pegi kacau orang memang tak ah. Sebab aku masih bermasalah dengan hati. haihh la a.d. Patah hati ku..

Aku malas nak packing barang ke hape. Nanti-nanti lah. Jumaat dah kena gerak pi Loqstaq. Kak Mizah pun, kenapa cari orang kedah. Tak mau balik awaiii.. T_T
apa lah nasib diri ku yang malang oh Tuhan...

Friday, May 22, 2015

the power of du'a

assalamualaikum.

Lately, I felt really dissapointed with myself. I realize too many wrong things I've done to people around me. This week totally a tough week for me. I got my 2nd semester result and it was not going well. I need to repeat 1 subject. Its the subject I hate the most in semester 2. But, I to go through it tho.

Dekat sini aku nak cerita, berdoalah dalam setiap apa yang berlaku. Aku pernah rasa Allah betul-betul makbulkan doa aku sekelip mata. Rasa dia, tak tergambar seronok nya, Sampai menitik air mata. Malam keputusan final exam tu keluar, result aku keluar dulu. Aku sedih sangat. Aku cerita dekat kawan-kawan aku, Mira, Tasha. Tapi diorang tak cek lagi. Aku tak boleh sabar. Aku nangis..

Aku bagitau AD. Masa tu result dia pun tak keluar lagi.  Dia tenangkan aku.
Dia ingatkan aku suruh ambik wudhuk semua then tidur. Letak je phone, aku terus ambil wudhukm aku solat sunat. Malam tu aku rasa Allah betul-betul bagi petunjuk pada aku. Suruh aku usaha lebih lagi. Aku doa sangat-sangat there will be no dismiss for him. No any repeat. Give me strength to go through next semester smoothly and I tell Him everything. Alhamdulillah. AD called me and give me a really most delight news for me. Subhanallah. Allah tunjuk pada aku.
Selama ni banyak keluhan aku dengar dari dia. Katanya totally tak boleh buat time exam, aku buat hal kacau fikiran emosi dia. Bukan aku nak kata disebabkan doa aku dia berjaya. NO.
Its about aku dapat berita gembira, dan Allah dah tenangkan hati aku untuk malam tu. And mak dengan ayah pun tak marah, diorang bagi kata-kata semangat kat aku.
Berdoalah. Allah Maha mendengar. :)

peace be upon you.

Wednesday, May 6, 2015

alkisah kenduri kendara

assalamualaikum.

This time, aku dapat datang kenduri cousin kawin. Rasanya ada 4 aku miss sebab susuk jauh nun di utara. Tapi, tak berapa nak meriah. Pertama kali tak banyak kena buat kerja, duduk tepi je time hari kenduri. Lagipun maybe sebab buat simple je.

                                        

Yang penatnya malam lepas kenduri tu, Semua pakat datang rumah buat BBQ. Tapi petang tu aku kena keluar dengan abang Adam, Dia lah pun yang paling rapat dengan aku banding dengan akak abang sedara yang lain. Dia baru je kawin and aku miss jugak waktu tu. Wife dia tak ikut sebab mabuk. Almaklum pengantin baru~
Ape lagi pegi shopping barang basah dekat pasar malam Manjung, pergi Giant pulak tak dilupakan aiskrim TimTam dan semertinya aku tak kena keluar duit. Bahagia~
Lama tak jumpa, sembang sampai keluar topik pasal aku. Dia tanya la AD macam mana semua sebab dia dah pernah jumpa. Most cousin aku tau pasal dia. Abang Adam kemain bagi kata semangat kat aku. Sebab dia pun kawan dengan wife dia dari time belajar lagi. Nak jadi contoh la kiranya. ahaha!
InsyaAllah..

Seronok sangat malam tu makan tak hengat tengah dalam misi pengurusan badan. -_-''






New bride

The children keep playing.
Habis sepah rumah.
Lepas ni tak tau lah bila lagi dapat kumpul. Raya mungkin?
Lagi seronok kalau tambah family, dan dah kenal masing-masing. Tunggu jelah.

Thursday, April 30, 2015

Cuti-cuti kenduri.

assalamualaikum.

Disebabkan aku bosan takde benda nak buat, aku decide nak update blog. Padahal takde cerita pun.
Camni lah. Minggu ni dikira cuti panjang jugak untuk para pekerja dan pelajar sekolah. Aku memang dah cuti pun. Waktu kat kampus takde pun cuti-cuti ni. haishhh!

Esok bermulalah aku jadi orang gaji dekat rumah sendiri sebab ramai konco-konco sedara-mara nak datang. Kenduri kahwin lah katakan, dan malam lepas kenduri tu rumah aku lah jadi tempat bertandang makan-makan walaupun agak jauh dari Ayer Tawar ke Lekir ni. Takpelah, bukan selalu.

Hari ni jugak dah masuk 2 hari tak dapat contact dengan AD. Rasa macam.. kurang sesuatu. Kalau contact, gaduh. Bila tak, rindu. Pebenda la kau ni husna. Banyak benda aku nak story kat dia. Aku malas nak story dalam blog. Wutevaa lah.

Harapan aku untuk cuti panjang diorang ni, jangan lah nak sepahkan bilik aku, ruang tamu, dapur dan sebagainya. Tak larat lah nak kemas wahai saudara mara ku sekalian. Tak larat jugak nak dengar suara emas dari mak tu. hehee. sori mak.

p/s; aku masih berusaha gigih untuk kurus! go husna go!

kalau rajin aku tulis lagi. daa

Thursday, April 16, 2015

end of semester 2.

assalamualaikum.

Lama dah tak update blog. Alhamdulillah pukul 11.00 malam tadi selamat sampai rumah. Rindu gila-gila-gila kat bilik aku. Yang pasti aku lagi rindu ADMS. Tapi tak pasti dia rindukan aku ke tak. haha! Syok sendiri lah aku ni.

Semester 2 dah habis. Gila cepat aku rasa Sem ni. Apa aku belajar pun dapat tak dapat je. Haru betul.
Masalah datang bertalu-talu. Hadap je semua, Paling banyak masalah hatilah. Sedihnyaaaa..
Aku rasa menyesal sangat-sangat banyak buat salah. Kadang-kadang aku main buat je. Tak fikir. Tu la, lain kali letak jangan letak kat lutut. Kan dah menyesal. Bukan boleh putar balik masa.

Kali ni cuti 2 bulan. Aku tak tahu nak buat ape. Tapi yang pasti, aku nekad nak turunkan berat badan and get my real body shape. haha! Kurus husna kurus!!

Tuesday, January 6, 2015

heartache.


yo wassup. grr. wjats going on with my mind?!!
dunno lah. Is it me or not me kenot handle the anger feeling anymore. kenot hear my voice? its make u feel crazy all the day. yeah. i know. u've told me before.

Salah sikit, bamm!.
tak cakap. bamm!
banyak cakap pun, bamm!
ape ni. haish.
Bukan nak cari salah, tapi tolong la considerate sikit boleh?
Janganla menghukum sampai macam ni sekali.
I know, I'm the one make u to be like this. Janganla pulak kata aku meroyan tahpape ni.
Hmmm.. sabar syiro, sabar.
He promised u. Yes! U cannot give up. Be tough.

HAARRRGGGHH!!!!