Tuesday, December 17, 2013

Government Trolling.

Brand new trolling level : Minister

For education : If you don't agree with our education plan, send your kids outstation.
For law : If you don't like the law, please get out from the country.
For property : Don't buy house if you think house is getting more expensive.
For election : Election is a must, if you don't like the system please stay in the jungle.
For food : If chicken price increases, eat fish or meat. If vegetable price expensive, grow your own vegetables.
For fuel : If fuel price increases, please stay at home or don't use car.
For electricity : Electricity rate increases then don't use electric if you think is expensive.

Latest!!
If toll payment increases, use ordinary road LAH!!

They are trolling Like A Lou Sai 
Give them a clap.


This is shit!

Monday, December 16, 2013

After SPM.


assalamualaikum :)

hallo peeps.
How long eh blog ni dah tak ber-update. Right now i'm just feeling macam nak menaip. so, thats the reason i'm blogging.

Hurm.. okeh! Sepanjang cuti ni, memang aku rasa masa bejalan macam tu je. Tah ape benda aku buat hari-hari pun tak tau. Bosan tau tak. B to O to S to A to N.
Nak kata ajak ayah gi holiday, ayah busy sangat. Hari tu sempat pegi Shah Alam, KL. Tu pun sebab kak Finas kawin. Kalau tak mau mengelamun je aku duduk rumah ni hari-hari. Nak suruh aku bukak buku, sekolah dah habis la. Nak baca buku masakkan pulak ke? -.- Baik suruh ma ajar je.
Plan cuti ni, nak ambik lesen kereta+moto, then cari kerja.

Haihh.. sebang pasal kerja ni, tang mana aku nak kerja pun taktau. Bukan apa, duduk rumah ni, bukan takdak kerja nak buat, tapi tulah. Nak gaji! Takkan la nanti nak hangout dengan kengkawan semua nak menadah duit kat parents. Haish. Tak suka lah. Nak jugak rasa duit hasil titikpeluh sendiri. Acewah!

Dan, cuti ni, badan aku dah makin mengembang. Nak pegi jogging pun, malaihh. #bayangkan
Takdak kawan nak ngajak jogging. Asya dah la takdak. Ngade ikut kakak dia pi Sabah.
Badan gemok bising. Tapi nak pegi exercise malas. Ape nak jadi ni husna... -..-''
Tambah pulak semalam dah balik kampung dekat bruas, ambik buah bebanyak. Rambutan aku rasa dah tak termakan dah. Mana dari kampung ayah lagi. Buat jual best jugak.

Nampak ayah tu. haha! Chameleon.

Hujan hujan ailang gigih jugak pi kait langsat tu.
Hasil kait manggis dapat 2 plastik. jadilaa. :)
So, nothing much pasal aktiviti cuti aku nih. So boring. 
Kerja! kerja! Aku mengharap sangat dapat. 
oke daa. peace yaw!

Tuesday, December 3, 2013

11.12.13

 Bulan Disember 2013 ini ada 5 hari Isnin, 5 hari Selasa dan 5 hari Ahad.

Peristiwa ini HANYA berlaku sekali dalam 823 tahun!!! MasyaAllah

Ia dipanggil 'MONEY BAGS'.

Kita satu-satunya generasi yang telah melihat ...

01/02/03 02/03/04 03/04/05 04/05/06 05/06/07 06/07/08 07/08/09 08/09/10 09/10/11 10/11/12

& akan menempuh tarikh

11/12/13 dalam masa seminggu saja lg ...
Anda boleh menjadi salah seorang yang pertama untuk memberitahu. Maha Suci Tuhan yg menjadikan alam...

Perkongsian khas dari kami untuk dikongsikan kepada anda…♥

credit: Remaja Pencinta Dakwah






Monday, December 2, 2013

alhamdulillah.

Assalamualaikum :)

waaa! hari ni sejuk gila cuaca. Sebab hujan kot. Awan pun mendung jee. Sampai ke petang ni aku dok beselimut satu badan even dah jadi bibik kemas dapur semua, ma pulak keluar shopping dgn ayah. Memang buat kerja senseorang lah.

Boleh pulak tadi terbukak Facebook, eh! ada orang post dekat wall aku. Pernah dulu aku post dendam dia nih Clik here and here.
But, alhamdulillah, semua dah selesai. Dari sebelum SPM lagi aku dah baik. Bayangkan dekat 2, 3 tahun aku dengan dia tak betegur. Even satu kelas. #bayangkan.

klik gambar utk tumbesaran yg sihat.
Lega hoi lega. Dulu aku ingat memang di tak puas hati dengan result pmr aku. Tah pasal ape tah. Benci gila dekat aku. Nak kata aku cari pasal, waktu form 1 dulu je kot. Alahaii.. Tu zaman otak tak matang. Sadisnyaa~ Yelah, aku suka cari pasal dengan orang, aku mintak maaf pun, tak sudi nak maafkan aku. Aku tau aku ni sapa. Besar kot dosa aku buat semua orang.

Sekarang ni pulak, dah sakit macam-macam datang kat aku. Sakit satu badan. Haih..
Nak buat macam mana lagi. Aku tak pernah lupa dekat kawan-kawan aku. Macam mana jahat pun, aku ingat. Aku yg selalu dilupakan. Bila ada hal, baru cari aku. Kalau tak, haram nak tegur. It's fine. Aku tak ambik kesah pun semua tuh. #Dry #Heart
go die.

Thursday, November 28, 2013

freedom. eh?

assalamualaikum!

Riang ria sungguh habis exam semalam. eh. yeke semalam? rasa macam dah lama je. hihi
First and foremost, diucapkan tahniah kepada kami semua dah habis jawab paper bio dengan rasa gemilangnya. Keluar dewan semua senyum tak hingat ape dah. Cuma dayah adnan yg hotsetap tuh frust sebab discuss pasal data untuk paper 3 bio salah. -.- Tu laa. sape suruh bincang.

Preparation for the last paper.

See that?!

Muka bahagia habis exam. Freedom katenye :)

Kahkah! seems funny kot

Jamuan kecil-kecilan. Bihun singapore!

Entah bila lagi dapat makan-makan macam ni.
And this kantin, we'll miss the Nasi Keli!

Lepas hantar buku teks semua, rasa macam tak percaya pun ada dah 5 tahun aku sekolah kat situ. Padahal waktu sekolah rendah aku memang taknak sangat sekolah kat situ. Sebab aku nampak ramai bebudak dok melepak, ponteng, gengster bagai. Tapi rupanya, ada bagusnya. Macam-macam orang aku jumpa kat sekolah ni. Ni baru kat sekolah. Dunia luar nanti? haih.

Balik rumah semalam, memang packing habis semua kertas-kertas untuk exam sebelum nih. Cuma ada la tinggal sikit, sayang nak buang kot. Tambah kimia dengan addmaths. Cikgu Nazem! Cikgu Mior! haha
So, memang bilik aku dah clear. Baru ada rupa bilik. Sebelum ni dah macam kapal karam. huh!
legaa..

Hah! and tadi.. Balik je beli barang dengan ma, terus lena atas katil. Tetibe kejut, nak belajar bawak kereta tak? and aku pun macam... Boleh jugak! eksaited. haha
Cuak pun ada. Boleh ke aku bawak nih. Then lepas ayah tunjuk, aku pun try la. Nervous siaa.
Nasib la oke je. Dah la kat kawasan rumah aku ni banyak simpang sana sini. Ade pulak tadi, sorang pakcik ni, bawak moto tak tengok depan, dok tengah-tengah. Nasib je aku tak langgar. Ciss..
Cuma tadi, ayah tak ajar nak reverse je, haha! Ayah kata bahaya -.-

So, lepas ni, nak duduk rumah layan movie,cerita apa yg ada dalam laptop nih. Nak hangout, nanti lah dulu..
Kerja pun... err.. Nanti-nanti lah. just wanna relax first.

Adios amigos!
xoxo :)

Saturday, November 23, 2013

3 years, 3 months

assalamualaikum :)

tak sedar pulak dunia blog aku dah sampai 3 tahun. Blog ni lah jadi teman, tempat aku meluahkan banyak benda. Sebab, nak tulis dalam buku, aku malas nak pegang pen. Aku lebih suka pilih menaip atas papan kekunci. Daripada aku takda laptop sendiri, masih pakai pc, sampailah ke ada laptop satu-satunya kesayangan aku ni.

Sekarang, aku kurang nak berblog. sibuk dengan kehidupan alam realiti. Dan ada pendengar yg sudi mendengar masalah luahan hidup aku. haha.
Aku tak kesah ada orang baca atau tidak blog ni. Hidup aku bukan menarik mana pun. Mungkin ada sedikit maklumat harap dapat membantu orang yg TERsinggah kat sini.

Sebelum ni pun, sebenarnya aku dah hidup dalam blogging ni dari sekolah rendah. Tapi, entah macam mana boleh terformat, Tapi, entry dulu-dulu tersangatlah kebudak-budakkan. Jadi, biarlah..
Hidup mesti diteruskan! Semoga orang-orang di luar sana bahagia dengan kehidupan mereka.
Bahagiakan diri sendiri baru nak bahagiakan orang lain. :)
Sayang diri sendiri baru nak sayang orang lain.
Jaga diri, Selamat beramal!

dedaa!
xoxo

Sunday, November 17, 2013

Gaul kacau hingga sebati. eh.

Hai. asssalamualaikum.

Tajuk seems like nak masak. Hurm.. Bukan lah.
Aku nampak pergaulan antara lelaki dan perempuan semakin melampau. Agak kasar bunyinya,
Iyalah. Tak rasa segan nak berpegang-pegang tangan nak peluk bagai. Semua mula dari berpegang.
Aku ada jugak ramai kawan-kawan lelaki. Tapi, tak adalah sampai nak pegang-pegang. Selagi aku boleh elak, aku elakkan. Jangan sengaja. Nak kena nasihat, nak berbuih mulut. Nanti meluat pulak,
Antara lelaki dan perempuan, ada batasnya, Semua yg belajar pendidikan Islam haruslah tahu kan.

Sabda Rasulullah
“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).

Zina Hati
Jika dilihat dari terjemahan melayu yang lainnya pula ada yang mengatakan merindui dan mengingini. 

Baiklah, mari kita lihat dulu mengapa ia dinamakan zina hati. Berbalik kepada Al-Qur’an: “janganlah kamu mendekati zina” (al-isra’:32)

Lalu, apa yang dikatakan hadis tadi semuanya menjurus kepada zina dan semuanya adalah dilarang dalam Islam bertepatan dengan ayat ini dalam kalimah “mendekati”. Dari sini, kita dapat faham bahawa apa yg dikatakan sebagai zina hati itu ialah “perasaan dalam hati yang mendorong ke arah penzinaan”. Harap maklum.

Kemusykilan : “Adakah apabila kita minat seseorang, lalu hati kita asyik teringat padanya, itu termasuk zina hati?”

Al-jawab: Islam adalah agama yang menghormati fitrah manusia. Rasanya semua maklum. Namun fitrah itu juga bukanlah sewenang-wenangnyanya diikuti sehingga menimbulkan fitnah. Dalam keadaan ini, perasaan minat pada manusia itu adalah fitrah. Lalu, adakah itu termsuk fitrah yang dilarang atau yg dihalalkan?

Jawapannya, perasaan minat kepada seseorang itu bukanlah termasuk zina hati. Ianya termasuk dalam fitrah manusia yang mana amat dihormati oleh Islam dan halal jika tidak secara berlebihan (contohnya x makan, x minum, samapi tinggal solat, termenung x tentu pasal, dan lain2). Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menjaga wara’nya ataupun amat takut dengan taqwanya akan rosak, lalu eloklah dijauhkan. Ini kerana, walaupun perasaan itu tidak haram ianya boleh merosakkan kesempurnaan ibadah seseorang dan kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan, ianya halal selagi tidak memudharatkan diri.

Kemusykilan : “Abeh tu, apakah yang termasuk dalam zina hati?”

Al-jawab: Perasaan minat juga boleh termasuk dalam zina hati. Aikk? camne lak tuh? tadi cakap tak…
Ia boleh jika kita minat padanya sehingga kita terbayang-banyang pada minda, ataupun kelopak mata kita. Inilah yang ditafsirkan oleh hadis tadi sebagai membayangi. Membayangkan seseorang yang kita minat pada otak akan membawa kepada benda yang lebih melarat. Lebih-lebih lagi jika kita membayangi aurat si dia. Lalu, itu secara jelasnya termasuk dalam zina hati. ianya adalah HARAM dan dilarang keras dalam Islam.
(Rujukan: Minhajul ‘Abidin karya Imam Ghazali dan Hikam ibnu ‘Atoillah)

KESIMPULAN
Sesuatu yang kita wajar jaga semestinya kita perlu jaga. Begitu juga perkara-perkara yang dikatakan halal dalam islam tapi boleh mendatangkan kepada haram. Sekiranya kita mampu dan berdaya untuk menjauhkan daripadanya, jauhkanlah dan jagalah dirimu.

Seperti juga kemusykilan tadi. Perasaan minat tidak boleh dilawan kerana ianya akan meletup dan memudharatkan diri serta orang lain. Tapi, sebaiknya DIKAWAL. Contoh terbaik ialah bagaimana Imam Syafie’. Ketika dia mengadu kenapa pada hari itu dia susah untuk mengingati hafalannya. Apabila disuruh mengingati dosanya, lalu teringat dia tatkala dalam perjalanan, dia TERnampak betis seorang wanita yng kainnya ditiup angin. Seperti kita maklum, pandangan pertama itu bukanlah haram, tapi walaupun halal, tetapi ianya tetap mendatangkan kesan kepada hatinya.

Namun, bagi mereka yang sudahpun dilanda oleh perkara-perakra seperti ini dan tidak dapat lagi menjauhkan diri, lalu disarankan janganlah terus sahaja melawan perasaan dengan alasan tadi. Sesudngguhnya, apa halal itu tetap halal sekiranya kita dapat KAWAL. Tiada salahnya memendam perasaa pada seseorang. Tetapi janganlah sehingga berlaku kesan pada diri sendiri dan manusia skeliling yg tidak elok.
TAPI, PERASAAN ITU TIDAK SALAH.. YANG SALAHNYA IALAH PERBUATAN YANG LAHIR DARIPADA PERASAAN ITU.. 

Jadi, kenalah jaga setiap perhubungan tu. Jangan sampai boleh menimbulkan fitnah.
Aku takut perhubungan yg tidak diredhai Allah, takkan kekal lama. Mari kita saling mengingati.
Kalau tidak, apa guna kawan, kan? Jagalah. :)

//ps: esok paper maths. Doakan semua calon spm smkbs berjaya dgn cemerlang. InsyaAllah. Fighting!
-syirahusna.

sumber maklumat: Blog Dahagakan Ilmu Islam

Anugerah ALLAH

Assalamualaikum w.b.t

Tadi aku terbuka siaran TVAlHijrah dan sedang berlangsung rancangan "Dengan Basikal Aku Menjelajah". Tah kenapa aku rasa tertarik nak buat entry pasal ni. Subhanallah sugguh cantik anugerah alam yg diberikan untuk manusia nikmati. Tadi, dia ke Iceland. Tempat yg saaaangatt cantik. Aku cuma tengak dari luar kotak tv pun terpegun, inikan si pengembara yg sendiri melihat dengan mata beliau. Dan lihat ais yg mula mencair di sana, semua punca manusia.

Manusia yg tak mengenal erti syukur. Tak reti menghargai. Kita buat sesuka hati kita tanpa memikirkan kesan atas orang dan makhluk lain. Dengan hadiah yg Tuhan bagi pun, tak dapat kita nak hargai betul-betul, inikan hadiah dari makhluk ciptaan Tuhan tu pulak. Aku sedar. aku pun sering kali seperti itu. Alasannya, manusia mana yg tak pernah buat silap. Tapi, kenapa tak pernah nak belajar dari kesilapan tu. Kenapa kau masih nak ulang perkara yg sama juga? Ibarat masyarakat sekeliling enat buat kempen nak selamatkan alam, kau sedar, kau tahu. Kau ikut buat kempen tu sama, tapi, kau jugak yg buat masalah tu. MANUSIA...
Aku cuba relate kan dari cerita tadi, dengan benda yg jadi di sekeliling aku. 

Ya. Manusia sering alpa, lalai, lupa.
Dan manusia tu, perlukan bantuan untuk sering ingatkan dia, bantu dia. 
Ada yg berfikiran, "Kau pandai. Takkan benda remeh tu pun tak reti?"
Tak terfikirkah dia, tak semua benda dia pandai. Kalau kau bijak dalam hal pelajaran, belum tentu kau bijak dalam pergaulan. Oke. Ini benda umum. Tah kenapa aku berkata begini, haihh..

Allah dah tentukan segalanya. Qada dan Qadar. Tapi kita diberi peluang untuk memilih.
Kita manusia ada akal. Fikir secara waras. Tahu mana baik, mana buruk. 
Syaitan iblis sentiasa ada untuk menggoda. Minta bantuan Allah untuk tetapkan hati. Kuatkan Iman. 
Jangan berterusan leka. Hargai segala yg sudah Tuhan berikan. Jangan kita rosakkan. 




Monday, November 11, 2013

random

Baru-baru ni, aku rasa macam something wrong somewhere. tapi aku tak tau kat mana.
Kekadang rasa serabut, kekadang oke je. Perhaps, sebab exam. 
Tapi before this, tak de pun aku macam nih.
Tak pernah sepanjang aku hidup ni, mimpi pelik-pelik. Tapi sekarang, macam-macam masuk. 
Rimas ah. Ape dah jadi nih. 

Ya Allah, jauhkanlah aku dari gangguan syaitan. Lindungilah aku.
Jauhkan aku dari perkara-perkara yg melalaikan. 





Go away!

Thursday, November 7, 2013

spm 1

assalamualaikum.

lama jugak aku tak menaip. hah! For SPM, 2 paper finished already. haha! see.. The truly malaysian language. Just now, today essay for continuous writing have a title "Truly Malaysia". So, I just chose it to be my essay. Remembering the youtube videos and the ads "excuse me sir, Your Malaysian is showing" haha!
Then, the directed writing. Huh! I'm sweating. My mind turn into the blue sky without cloud. BLANK! The format also I forgot. Huhhh. I hope I've made the best.

Just need some rest. next paper, sejarah. Rabu khamis. goodluck!
jadual yang pelik!
KBAI.


Thursday, October 31, 2013

SPM 2013

assalamualaikum. salam sejahtera. salam 1 malaysia.
ewah. macam ahli politik pulak. one day nanti maybe? ==, boleh kee..

SPM lagi bape hari lagi nih. Persediaan? Dalam 70% ada lah kot. Science subject gua belom ready lagi nih! Sembang je duduk kelas sains. Tapi result tak penah nak lawo. cehh.
Tapi aku taknak result yang tak lawo tu untuk spm aku nanti. Nak kena touchup bebanyak lagi nih. Kasi blusher, liner bagai lah! hewhew :3
Tambah la cuak parents mengharap dekat aku. Well, anak sulung. Responsible biasa lah. Sapa taknak berjaya weh. Tipu ah kalau ada manusia yang memang taknak berjaya then nak duduk kat rumah ngabih kan boreh mak bapak je kan. Malu kot. Ishh.. Risau.. risau..

So, kepada sesiapa yg mungkin ada membaca, aku mintak maaf banyak-banyak kalau pernah buat salah. Selalu sangat rasanya aku buat salah kat orang nih. Bukan sebab nak exam aku mintak maap. Tapi, aku manusia biasa, sesalu buat salah. Tak ada manusia yang sempurna rite? Harap dosa aku dengan rakan-rakan sekalian diampunkan.

"Kalau berdosa dengan manusia, kita kena mintak ampun dari manusia"
 Kita bertaubat setelah berdosa dengan Allah, InsyaAllah Dia ampunkan. Tetapi dengan manusia? Fikir-fikirkan :)

Apa aku harap, result SPM 2013 SMKBS akan jadi yg TERBAIK sepanjang adanya sekolah tu. Dan aku harap, aku salah seorang daripadanya. Husna! Kau boleh. yeah. hihii

Kepada rakan-rakan seperjuanganku di medan pertempuran nanti, semoga kita bersama-sama berjaya tempuhi peperangan tersebut dengan cemerlang. InsyaAllah kita boleh!
Kita menggalas harapan mak ayah, cikgu-cikgu semua. Sudah hampir tamat masa untuk kita mengutip semua alatan dan senjata. Semoga tidak terbunuh di medan nanti. Fisabilillah :)
Doa. Usaha. Istiqamah. Tawakal.




Wednesday, October 9, 2013

Don't Forget

You're down and out
you just can't cope
You wanna shout
you lost all hope
On your knees, begging please
You turn and pray to find your way

Hey, you make doa Allah’s there

whoever you are cos he cares
Then you forget to say thank you Allah ,
You forget to say Insyallah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands
Alhamdulillah

lets flashback lets backtrack
to a time like yours and mine
The story of the three
who long to be
to be free of their misery

T
o the poor he opened the doors
gave him plenty of His bounty

Then you forget to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands Alhamdulillah

Can’t you see His promise to you
Can’t you see His promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don’t lose hope in Allah
If you remember Allah in prosperity
He’ll not forsake you in adversity
Be mindful of Allah
He’ll guide you to all that His good

Then you forget, to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands, Alhamdulillah
you're down and out
you just cant cope
you wanna shout
you lost all hope
On your knees
begging please
You turn and pray
to find your way


sang by: Farid Sanullah

Saturday, October 5, 2013

Hurted.

assalamualaikum.

Today wasn't a really nice day for me. In the beginning, everything was fine. i'm doing some chores, homework, then need to send ma brotha to tuition. As usual, after we've sent him, we'll going to shop. So, just decide to go to Aeon. okey. everything still fine. Until I met Cikgu Norainee that had been teaching History me in form 2 I thought? I can't run anywhere. Then she stare at me, walking and stopped. hurgh.

So, just go to her and salam lah. She asked me where I'm studying now. And I answered I'm form 5 sc. How can replied ''Tak pegi kelas yg dekat sekolah tu ke?" Whatt?!! I just smiled and just say no lah. Deep inside of my heart, "Apahal pulak cikgu ni tetibe nak tanya, ma ayah ada kat sini, mati la aku...!" Yaa. i'm so frustrated. I didn't tell my parents bout that class. Then, that cikgu tell my parents bout that. Hate it!!

Alhamdulillah, my mom still calm. And said to me, its okey u're not in the targeted student. So, u'll not study in pressure. Oke mom, I didn't mean to make u disappointed. argh!
I can't stand to bear my anger right now. Sheit!

Friday, October 4, 2013

hari istimewa.

assalamualaikum.

Hari ni, agak pelik. Aku terjaga sendiri pukul 6 pagi. Selalu bukan main susah aku nak bangun. Maybe sebab tidur awal semalam kot. Siap-siap pergi sekolah macam biasa, dan lupa tarikh hari ni. Tengok jam baru tau. 4 haribulan rupanya. eh! Hari ni birthday Ayah! How can aku boleh terlupa. Sebab ayah takda kat rumah. Hari ni baru balik dari Pangkor. I'm so excited the long way home. Maklumlah.. Jalan kaki kot. Laju-laju jalan harap ayah tak balik lagi. Sebab kalau tak nanti tak best la. Tengok kereta ayah takde. Means, tak sampai lagi. Mungkin petang nanti kot.
Rasa macam nak buat kek. Ayah jeles tengok anak dia buat cupcakes untuk mak je, ayah tak buat puns. Let's mess up the kitchen. yeah! ^0^Y

-I love u so much.
-Without u, me didnt exist in this world.
-Im proud to be yr daughter.
-i'll try my best to make u proud of me.
-Hope we'll be happy family till jannah :)

Happy  50th birthday,  Mr.Halyubi!
Moga sentiasa dirahmati Allah :D

Thursday, October 3, 2013

tambah tolak darah bahagi

assalamualaikum. :) *eksyen sapu-sapu sawang yg menutupi ruang blog aku nih.

yo! lihat countdown tepi tuh, lagi sebulan nak SPM hoi. Cuak.. cuak..
Trial? haihh.. banyak subjek aku menaik. kot? tapi sikit sangat. nasib fail 1 jeh. gila kau!

perlu tengok sini balik. taaraa!
cool down. keep calm husna. you can do it! jangan overconfident pulak eh!


Proved by uncle einstein!



Friday, September 27, 2013

jadi..

assalamualaikum.

Gundah-gulana perasaan tadi tunggu cikgu bagi kertas fizik 2. Semalam dah dimaklum cikgu nak bagi malam ni. Datang pulak tadi bawak anak dia sekali, si Zaid tuh. Buat malu je kat dia result semua teruk. Fine. Paling tinggi haruslah Ikmal, 93. Aku? setakat 35.
Nasib bukan yang TERrendah. Macam biasa, cikgu Mior paggil nama dari yang terendah. Lama jugak tunggu nama aku disebut tadi. Syukur jelah. Setakat mana yang kau usaha, banyak tu lah kau dapat. Tak perlu kot aku nak nangis, Tak ada guna pun. Subjek yang aku Gagal, Fizik & Addmaths. Dua-2 cikgu Mior ajar. Ape yang tak kena taktau. Aku kurang sangat buat latihan nih. Masa ada lagi sebulan Sempat lagi nak naikkan prestasi. Pasal kelas tambahan tingkatan 5 hujung minggu tuh, agak kecik hati jugak la. Fine. Ambik la bebudak 50 above. haihh..
Jadi.. Biarlah, percubaan dah lepas. Nak hadap lepas ni SPM. Usaha!

Wednesday, September 25, 2013

Think.

THINK ABOUT IT !!!!

There was a blind girl who hated herself because she was blind.
She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her.
She told her boyfriend, 'If I could only see the world, I will marry you.'
One day, someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything, including her boyfriend.
He asked her,’ Now that you can see the world, will you marry me?'
The girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected that. The thought of looking at them the rest of her life led her to refuse to marry him.
Her boyfriend left her in tears and days later wrote a note to her saying: 'Take good care of your eyes, my dear, for before they were yours, they were mine.'
This is how the human brain often works when our status changes.
Only a very few remember what life was like before, and who was always by their side in the most painful situations.

Life Is a Gift
Today before you say an unkind word -
Think of someone who can't speak.
Before you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat.
Before you complain about your husband or wife - Think of someone who's crying out to GOD for a companion.
Today before you complain about life -
Think of someone who died too young.
Before you complain about your children -
Think of someone who desires children but they're barren.
Before you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep -
Think of the people who are living in the streets.
Before whining about the distance you drive
Think of someone who walks the same distance with their feet.
And when you are tired and complain about your job -
Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.
But before you think of pointing the finger or condemning another -
Remember that not one of us is without sin and we all answer to one MAKER.
And when depressing thoughts seem to get you down -
Put a smile on your face and thank ALLAH you're alive and still around.
GOD Bless You...

credit to: Aliah Safra.

Monday, September 23, 2013

renungan wahai sahabat.

Catatan ini aku ambil dari blog orang lain. untuk renungan :)

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


Kawan baik 
Bukannya senang mencari kawan yang baik

Bukan senang juga menjadi kawan yang baik

Kawan yang baik tak akan mengumpat di belakang kawan baiknya
Kawan yang baik tak akan cemburu dengan kejayaan kawan baiknya
Sebaliknya kawan yg baiklah yg plg banyak membantu utk mencapai kejayaan

Kawan yang baik tak akan mempengaruhi kawan baiknya utk buat pekara buruk atau sia-sia
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya utk buat kebaikan

Kawan yang baik adalah org yang di cari bila susah atau senang
Kawan yang baik tempat meluah perasaan yang tidak dapat diluahkan kepada kawan biasa

Kawan yang baik tak akan memaksa kawan baiknya utk sentiasa berada disisinya
Kawan yang baik tak akan melarang larang kawan baiknya utk berkawan baik dengan org lain

Kawan yang baik tak akan cemburu jika kawan baiknya ramai kawan baik kerana kawan yang baik tahu apa yang baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya

Kawan yang baik tahu cita-cita kawan baiknya lalu memberi semangat dan dorongan
Kawan yang baik jika mengetahui kebodohan kawan baiknya lalu memberi pengetahuan
Kawan yang baik jika mengetahui kealpaan kawan baiknya lalu memberi peringatan dan petunjuk
Kawan yang baik sentiasa berada saat kawan baiknya bahagia dan tetap bersama bila berduka..

Dan jika kita hendak mendapat kawan yang baik, kita terlebih dahulu menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.


Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.


Friday, September 20, 2013

patience



 
When you're tempted to lose, PATIENT with someone.
THINK! How Patient Allah has been with you all the time. :) 
 

Thursday, September 19, 2013

bacalah.

amalkan baca Surah Al-Rahman -> selepas solat Subuh

 Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meridhai nikmat yang dikaruniakan padanya.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5/187).

Malam Jumaat amalkankan baca Surah Al-Kahfi.
 Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali jum`at. (H.R Hakim didalam Mustadrak) 

Surah Al-Waqiah -> Sebelum tidur
 Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "

Doa sesudah membaca surah al-waqiah

Erti doa surah al-waqiah
“Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”

kelebihan surah Al-Mulk

Imam Muhammad Al-Baqir (sa): “Bacalah surat Al-Mulk, karena surat ini menjadi penyelamat dari siksa kubur.”

Ibnu Abbas berkata: “Pada suatu hari ada seseorang menghampar jubahnya di atas kuburan dan ia tidak tahu bahwa tempat itu adalah kuburan, ia membaca surat Al-Mulk, kemudian ia mendengar suara jeritan dari kuburan itu: Inilah yang menyelamatkan aku. Kemudian kejadian itu diceriterakan kepada Rasulullah saw. Lalu beliau bersabda: Surat Al-Mulk dapat menyelamatkan penghuni kubur dari azab kubur.” (Ad-Da’awat Ar-Rawandi, hlm 279/817; Al-Bihar 82/ 64, 92/313/2, 102/269/



sumber: Facebook, Blog

Thursday, September 12, 2013

End of Trial.

Alhamdulillah. Selesai sudah percubaan SPM. Aku harap ada peningkatan dari exam-exam yg sebelum ni. Much effort aku dah letak. Hoping for all pass. Pleaasee taknak nampak G dah T_T
Debaran masuk dewan masih belum tamat. SPM masih menunggu..

Habis-habis terus cabut. Byebye meja!
Esok nak datang sekolah ke tak ye.. hurmm.
Jangan la dapat result dalam minggu nih. Dah la esok ada class Papa Mior kesayangan tuh. erk!
Addmaths? Fizik?!! !@$#W$^%

Doakan aku!  /m(>.<)m\

Saturday, September 7, 2013

Happy belated birthday to me! :D

assalamualaikum blogging world!

yeay! exam untuk basic subject semua dah lepas. Next week, get ready for the real war! Killer subject. -..-'' takda masa nak update blog. study is the most important now!

Anddd.. i would like to wish happy belated birthday to me :P gediknyaaa
Tarikh keramat tu dah lepas 3 hari yang lepas. 4 september. 4996
Tahun ni there is no birthday cake. Selalu orang sambut birthday ada kek kan? T_T sokayy..
Sekian lama tak dapat hadiah hari jadi dari mak ayah, dan tahun ni tersangat aku tak sangka. Siap dapat kad lagi. Terharuuu! I've made my dad cry. Love you ayahh :*
Ma tau anak dia nak beli jam mahal-mahal, pakai duit sendiri, kedekut.
Tak sangka pulak sampai 3 sekali dapat. One from ma parents, zati, dan nazrul.


Really unexpected dapat hadiah bebanyak ni. maluuuu i! (◡‿◡✿)
Aku tak mengharapkan hadiah. cukup sekadar ucapan menandakan yang aku mesih diingati.
Oh before i forget, thanks amin bagi tafsir Al-Quran ni even aku dah ada tapi kecik lagi comel :3


Alhamdulillah.. Allah masih kurniakan aku usia dan masa untuk hidup di bumiNya sampai ke hari ni. =☽
 "Untunglah mereka yang ditarik nikmat hidup di dunia sesungguhnya kurang amalan lagha yang mereka lakukan" 



Dan hari ni lepas tusyen, aku, alia, una, nisa panjangkan langkah ke PizzaHut. 
Konon macam celebrate birthday waa. huhu! Tapi duit kena keluar jugekk. :P


My kakak manja. bubu ≧ω≦

siap sedia hadapi hari-hari mendatang. (◕ ‿ ◕)
Terima kasih semua sudi hadir dalam hidupku dan sentiasa mengajar aku untuk menjadi lebih dewasa. (◉◡◉)

Sunday, September 1, 2013

hanging together w/ girlprengg

well haluu earthings.

long time no see. eh!
Since Akira ira is with me for 3 days, we've plan to hangout together with Alia too. The complicated plan finally accomplished with a last minute changes. Haiyyaa.

Arrived there at 2.30 sumthing. huh! suddenly we saw junior gegurlss in the KFC. what to do. "buat donno lah". Then, we've met Danial stright going upstairs buying Coolblog. yumyum!
Alia with ira blah going Popular, danial and me? haha! Strolling around while chitchat. blablablaaa.. then, bought some books and preparation things for SPM!!


Afterwards, weolls BR-ing. BaskinRobbins yaww.
For the first time okeh i entered there. :P But, im not interested to buy some. Just slightly ate their icecream >_<




then! Syakirin arrived. hoho. oke dah. poyo speaking broken. driver sudah sampai, weolls pun rushing pergi GMPS. wa tusyen derr. nasib waktu tu sir hasnin pun baru sampai. lewat half an hour siaa. 4.30 kot! habis je tusyen, aku sensorang kena tunggu ira dgn syak. ada ka patut depa pi tengok wayang? hampehh. Sampai je, diorang amik aku, then Asar dekat masjid stiawan. Fuhh! time nak balik rumah, kemain gelap dengan hujan lebat. Sejukk!

suwit-suwit maa. ihiks!
hai! kami penumbang belakang jerr.
Alhamdulillah, pukul 7 sampai ke rumah. Mekaseh sesangat dekat Syak sebab ikut karenah gegirls yang comellss nih :P
Best sangat dapat keluar dengan korang. Tak perlukot nak hangout reramai. Kalau tak crowded jadinya. Senang setakat keluar 3 4 orang je. :)


Doakan kami berjaya! ^^V



Thursday, August 29, 2013

Hari koku terakhir. :)

assalamualaikum earthings!

penat hilang lepas dapat tidur lepas balik sekolah tadi. Feeling heaven lega. This year, aku tak jaga gerai langung. Setakat tolong-tolong gerai member waktu pagi, then blah merayap+makan+tangkap gambar -.-''

Dah 5 tahun dah aku dekat sekolah ni. Nak SPM dah pun. Takut jugak rasa nak keluar dari zaman sekolah ni. Permulaan kehidupan. This year, sambutan meghiiahh sangat boleh laa..
Alhamdulillah, aku duit aku hangus RM10 JE. Tu pun belanja orang. Aku, orang belanja pulak. haha! Macehh bangat belanja aku. Muka tak maluuu. >.<


Balik tadi, sunyi je ghumah. Bosan. Ma pun puasa. Mula plan dengan zati petang tadi nak pi rumah dia buat Sej Paper 3. So, lepas mandi sume, landing tidur jap, nak pegi la. Pulak dapat text dia kata buat petang esok. Nak pegi tusyen Bio pun, haishh. Letih ya amat. Tak pegi, sambung tidurr. Hehee.

So, lets get ready for SPM trial bebeyh! Wish me luck


p/s: err.. abang, can i have the picta in ur camera? tak baik kedekut. okeh.

Saturday, August 24, 2013

Broken Angel ❤

i think i'm in love with the voice of the singer. Helena~
and the arabic guy, Arash

I'm so lonely, broken angel
I'm so lonely, listen to my heart

من... دوست دارم
به چشمِ من... گریه نده
نه نمیتونم
بدونِ تو... حالم بده


I'm so lonely, broken angel
I'm so lonely, listen to my heart

One n' only, broken angel
Come n' save me, before I fall apart


تو هر جا که باشی... کنارتم
تا آخرش... دیوونتم
تو... تو نمیدونی
که جونمی... برگرد پیشم


I'm so lonely, broken angel
I'm so lonely, listen to my heart

One n' only, broken angel
Come n' save me, before I fall apart

لالا لیلی... لالا لیلی... لالا لالالا

I'm so lonely, broken angel
I'm so lonely, listen to my heart

One n' only, broken angel
Come n' save me, before I fall apart



Friday, August 23, 2013

Jamuan Ghayaa


Aku tak habis lagi dengan ghaya aku. Syawal belum habis lagi. Errr. Dah over dari budak yang tak ambik spm taun ni pulak. lama tak update blog.
As i know, semalam cikgu sembang ada jamuan raya. bukan jamuan sangat la, just bebudak kelas bawak sikit-sikit makanan, kuih-kuih raya bagai, makan kat kantin. Pagi tadi aku bawak sesikit kuih yang ada kat rumah la. Simpan terperap sapa nak makan.

As aku tau, sekolah ni tak pernah buat jamuan raya untuk students. Kesian kan.
Sampai je kelas, depa ajak pi kantin. Ikut je ah. Tengok-tengok cikgu Ros dah bagi barang suruh siapkan sandwich. Picnic apekah pepagi nih? Then datang cikgu rozila dengan lemang dan rendang daging. Ya Allah. Memang lama dah aku kempunan lemang nih. Siap semua, makan time lah! So sad. All the pictures only can saved in our mind. Jamuan terakhir mungkin di sekolah? haha. Dah dengan lemang, sandwich, ada pulak truffle maklong Dayana buat aka Ustzh. Fazilah. HAHA! Layannn~ Then yang lain-lain, kuih raya biasa lah. Kami makan tak tengok orang lain dah. wee~

Cikgu amri tak boleh blah dia bising kat kami kata dah ambik meja kelas dia.
Then kelas dia semua lepak kat pentas kantin tuh. Time kami makan-makan, Amri's class sedang mendengar ceghamah ghaya. Tak nampak pulak depa bawak makanan. haishh. Dah habis kemas semua, cikgu Amri mai kat kami kata, dah ambik meja kami, hulur sikit apa pun dak. And weolls like =0='' pebenda la. Una pun hulur la kuih raya kat diorang. Dah la budak-budak form 1 kot. lalala~

Dan sekarang sampai ke petang aku tak rasa sebutir nasik pun lagi. Lemang tu pulut kan.
Mak posa, so, aku malaih masak. Tunggu la maghrib nanti. Lapaqq~
Nak pi tolong masak-masak. hoho
Adios amigos!
Assalamualaikum ^_^V

psstt. lagu baru aku tukar ni best tau! got it from ma girlfrendd, zatie. again -.-


Sunday, August 18, 2013

Raya terakhir.

Halluu

Hari ni hari Ahad, means hari terakhir cuti beghaya. Dah 2 minggu cuti, nak cuti lagiii!!
Pak Jib! Bagi la cuti lagi untuk pekerja awam ni, hikkhok.

Tadi, Ira dengan Syak kemain suwit-suwit datang bedua naik Honda City. Kemain! haha
Then, Alia pulak sampai. Dah kata mai ghumah aku hujung-hujung cuti, makan kuih ghaye je ah. Nasib ada mak buat pecal, makan je lah. Geram dengan Syak oih. Perli aku kemain. Grrr..

Then, hoho! Adib pulak sampai dengan membe dia, nama pun aku tak tau. Kate, panggil kembar Adib je, so, nama dia Adibah. haha! Adibah tu, sentuh hape pun idak. Saba je ah. Puasa katanya. Nantak kau lahh. Sembang-sembang, tetibe la Ira tanye, Adib balik Teluk Intan ada lesen ke naik moto tuh. Jawabnye, "Lesen Agung". Aku. Alia, Ira pun tah tak paham pe benda la lesen Agung tuh. Bila tanya, katanya, lelaki je tau. Pebenda lesen agung tuh??????????? Mencari jawapan bukan dari Google.

Hari ni dah rasa macam hari buah dan sayur sedunia pulak. Depa datang makan jagung, mangga, pecal. Haha! Kat ghumah aku je ade tau.
Syak pulak kena balik awal. Kata nak jogging ape tah. Bakal ahli Sains Sukan, Macam tu le. Tinggal la Ira sensorang. haha!

Sempat snap-snap gambar. :P


Adib: Tidakk!
haha!



Hihik! Lawak lawak >_<


Syakirah Syakirin
Muka makan kamera. Macam ni ah. -..-
oke daa. bubye. esok sekolah dah wehh.
Sekian. macehh. :P

Saturday, August 17, 2013

Makan lagi!

Alhamdulillah. Hari ni kenyang sesangat+gilagila kenyang!

Know what? Pagi tadi bangun tidur, terus cakap kat ma suruh hanta gi rumah Atul. oke. Waktu tu dah pukul 11. So, agak-agak sendiri aku bangun pukul berapa. :P
Ma kate, lepas ma dengan ayah pegi kenduri ekat sini baru ma hantar.
What?!! Kat belakang rumah ni je 2 kenduri. Mane dengan sembang-sembang lagi, makan lagi. tengok-tengok. dah pukul 12. Baru la pegi rumah Atul. Fine.

Sampai-sampai, ada Una dengan Zati. Je oke Je. Tah suke hati la nak ajak berapa ramai pun Atul kan. Janji dapat spagetti kau. ihik! Atul masak spagetti sedap kot! Boleh bukak kedai dah. Challenge aku nih. Sampai 2 pinggan la aku belasah tadi. Tapi tu kira kurang la sepinggan dari Una. >_<
Aku pun ingat nak balik la. Dah habis sembang sume kan. Dan-dan mak dia tahan ajak makan nasik pulak. Aku dah tahap tak boleh masuk dah, kena makan jugak. Una dah kata sampai nak meninggal rase. Pun bolehh. Mati kekenyangan. -..-

Then, pegi rumah zati tunggu ma dengan ayah balik kenduri kat Venice. Janji denga Asya pukul 3. Pukul 3 ma tak sampai-sampai lagi. Then, call la. Bolleh pulak time tuh ada dekat kedai Tiles. Hampehh. Lama jugak la tunggu. Sampai rumah pukul 3 lebih. Then, call Afiq suruh ambik. Ni pun nasib ada Una. Kalau tak memang ma tak bagi tumpang Afiq. Pulak mamat ni sembang macam keling. Pukul 4 lebih baru sampai rumah aku. Sabaq je lah.
Huntong la Afiq boleh bawak viva dahhh..

Ramai jugak la kat rumah Asya, kengkawan abang dia la. Kengkawan Asya? Aku, Una, Afiq, Amin, Adam. sahaja.
Layanla bihun sup, roti jala, Kuih raya bagai. Nak meletop peghut woih! -.-
Murah rezeki hari ni. Kenyangg. Malam ni, lauk dah siap ada. Pakcik yang kenduri kawin belakang rumah ni bagi lauk free. hehehh. Terbaek!

p/s: aku tak tau macam mana boleh sama kaler dengan Afiq. Dia nak marah aku pakai same kaler dengan dia. Dia nak sama dengan Asya. hahak! AKu dah pakai baju ni dari pagi okeh!

Paksa rela makan!



Tau la kaki kau putih kan Adam.haha 

Kau timbang ape Afiq? 

Tuan Tanah.Sememeh katenye.

Erkk. krik krik


Dengan tuan rumah.

Babai! Balik duluu..

Ahaha! comel comel!
Malam ni, ke Ayer Tawar pulak. Rumah paklong. winkwink ;)