Wednesday, November 28, 2012

Harimau Malaya Bangkit Semula!

Ahoy! Ahoy!
 Semangat bola bhaii minggu nie. Mau idak time kalah dengan singapore arituh, frust tetonggeng jugak! Dah menang dengan Laos nie, bole la terubat sikit dengan masuknya pemain Kedah, pengganti Mat Yo yang Yo-Yo-Ooo je tebayang dah 80K dari Johor gamaknye, Baddrol Bakhtiar! Hoyeahh. Aku suke. XD

Aku memang tak leh tahan tengok ade segelintir rakyat Malaysia yang buat macam-macam pengakuan di laman soosial Twitta n Fishbook. 


Bila dah menang, pulak pi kata kena Hacked bagai. Sudah la wehh. Mana pi janji hangpa?! HAHA

Ade jugak aku usha-2 kat Youtube video-2 Ultras Malaya, penyokong-2 Malaysia, awat la hangpa pi kutuk negara orang. Nak kata negara orang tu anjing la apa lah. Patut la hari tu tak menang. Pasai hangpa la nih.
Nila kalah, kutuk perabih, bukan nak naikkan semangat pemain. Bila menang puji bukan main tinggi melangit.



Pape pon, TAHNIAH Pasukan Harimau Malaya! Jangan hampakan hati rakyat Malaysia lagi lepaih ni noh. Lawan Indon! Indon! Indon!


Lots of    ,

Sunday, November 25, 2012

Melayu di Jalan Melayu.

Hallo!
Dalam minggu ni aku nak bejiwang bagai dalam blog ni.
Tapi hari ni, aku terusha satu video ni kat YouTube. Agak menarik sebab ada mesej tersirat di sebalik video simple nie.



Benda ni memang terjadi dalam Malaysia. Ditipu dalam senyap. Faham-faham sendiri laa..

Friday, November 23, 2012

*sigh


  


Haihh.. Pepagi lagi dah mengeluh. Even hari ni hari aku cuti dari tusyen yang Isnin sampai Khamis tu, tetap tak best!
Why do people always be sulky with me? Dah tau aku ni bukan kaki pujuk. Oke. aku tau. ni memang salah aku. Tapi aku dah mintak maap kan?

Argh! Kebabian apakah ini? Kenapa mesti benda-benda ni semak dalam otak aku?!
Please delete all the virus and the unknown things in ur mind husna!
Hope they will not ever come back!


Monday, November 19, 2012

Today is the DAY.

Hari ni maybe hari yang ditunggu-tunggu budak-2 darjah 6 yg ambik UPSR. Yang tak ambik tu buat tak tau jelah.  Termasuklah adik aku. Kalau nak dubandingkan dengan trial, ade peningkatan. Tahniah ye dik! Akak tak reti nak cakap depan-2 tapi akak ucapkan tahniah sangat-2 sebeb dapat buat kami tersenyum dengan keputusan kamu walaupun tak straight A.  1A4B tu pun kire oke lah. Lelaki kan..
Kepada yang dapat 5A/7A tahniah  sebab dah buat yang terbaik. Heishh. Takpe lah, aku dulu pun bukan bagus sangat pun result upsr aku takat 4A1B je. Be proud of what u have done. There shouldn't have any regret. Bersyukurlah dengan apa yang dapat.

Sunday, November 18, 2012

Serabutlah!


Haihai! Ahad yang bosan. Bosan pun tak bemaksud aku takde keje berfaedah nak dibuat. Tah kenapa hari-2 yang mendatang ni aku rasa sangat runsing.
Kadang-kadang, aku sendiri tak faham dengan diri aku sendiri. 
Hati kata lain, mulut kata lain. Fikir yang lain, mintak yang lain.

Cuti dah start seminggu yang lepas. Tapi aku masih duduk di rumah.
Dalam perancangan, aku akan ke tuisyen. Argh! 
Sedar la sikit result kau bukan bagus sangat sampai kau nak goyang kaki duduk kat rumah  
tak pun pergi merayap dengan kengkawan tak tentu pasal.
Mesti lah kena isi dengan sesuatu yang bagus. Mana kau pergi, ilmu jangan tinggal. 
Pesan mak takkan aku lupa. 
Tapi sape tak nak pergi lepak dengan kawan-kawan time cuti ni. 
Rindu dengan diorang *sobsob. Bila mau keluar tak tau.
Duit pulak nak masyuk dari mana pulak. Nak cari kerja lah mamaa T0T
Serabutlah!

Nak bukak buku bila ada kat rumah memang impossible. Bosan nak mamp** lah bace buku sensorang. Ape la aku dah buat sampai jadi macam ni. Tension sebab bosan. =_=''

Hobi memasak aku dah lama ditinggalkan. Atas sebab kewangan. 
Aku ni dah la jenis kedekut dan malas nak mintak. Nak mintak duit kat ayah nak beli barang masak, malas sesangat. Payah nau nak bukak mulut. 
Last-last pakai duit sendiri. Pokai lah aku!!
So then, just forget to heat the oven anymore.
Tapi teringin je bila tengok kat kedai. Nak beli, fikir balik, aku boleh buat sendiri..
Lagi serabut!

Thursday, November 15, 2012

#PrayForGaza






Israel guna media sosial (Twitter, blog, youtube) untuk " live update " serangan ke atas Gaza. Sumber dari twitter tersebut juga mengatakan Israel akan menutup sambungan internet di Gaza untuk menganggu komunikasi dan operasi bantuan di sana.
2 thousand years war that will never end.
Ya  Allah, selamat kan lah rakyat Gaza. they will always be in my prayers.
     

Hijrah. *open new book


Hari ni dah 1 Muharram tahun baru 1434. Maksudnye dah bukak buku baru.
Tinggalkan lah segale perangai tak elok tu.
Dah masuk tahun baru dah. Tak lame lagi tahun Masihi pun same jugok.
Dah masuk form 5. Tua dah kau.
             Mase sekarang ni tak lalu-2 je dah. Naik kereta api pulak.
Macam mane pon, usia makin meningkat. Hargailah waktu-2 yang ada tu.


Typed by:

Tuesday, November 13, 2012

bosan!@#%$%^$

Assalamulaikum
Hari ni memang teramat lah bosan.
Aku tak tau nak buat ape.
Jadi aku pun taip macam nie.
Pun takde sebab.
Sebab aku bosan lah.
Satu lagi, sebab aku rindu.
Rindu dekat membe-2 aku.
Aku nak hangout merayap tah ke mane-2.
Tapi duit tengah kering. 
Jadi, lupekan jelah niat tu.
Last sekali, aku rindu sangat-2 dekat budak name die H.
Kalau awak bace, saye nak jumpe awak lah.
Nak tuntut hadiah saye.
Dah lepas 2 bulan dari tarikh tau.
Lastly, .......tu je. 
Babai.

Monday, November 12, 2012

12.11.12

Date dalam minggu ni cantik-2 nombor dia. Dan hari ni, 12 November 2012. Ramai pulak yang lahir kat tarikh ni. First of all, nak ucapkan hepy birthday dekat Sarah, Dayah dengan Arep. Sedar sikit diri tu dah kian men-tua. hehe
Hari ni jugak adik bongsu aku pergi berkhatan. Lawak betol bila tengok dia dok terbaring je depan tv. Tak boleh nak bergerak. Padan muka kau dik oii. Duduk la kau kat situ sampai ke besok. Lepas ni akak harap kau makan la macam orang lain. Jangan nak bajet western sangat. Kau nak jadi mat saleh celup..? Ni status yang ditaip oleh ayah aku kat Fesbuk dia.  Terbaik la yah!
Nampak nye, tak ke mane lah aku minggu ni. Jadi waktu ni la nak habiskan bace novel-2 yang menunggu mase untuk aku bace. Mari membaca!

Wednesday, November 7, 2012

Winter Holiday!

Assalamualaikum! :))))))

Panjang senyum tuh. Well, dah habis exam. Macam ni lah. 3 minggu agak terseksa dengan PAT. Disebabkan SMK Batu Sepuluh yg cemerlang terbilang nih periksa lambat. Dah nak tutup sekolah baru habisnye, banyak jugak faedah. Tak payah nak buat *koreksyen, tak payah nak stress. "Nape markah aku rendah.." Dapat tau markah pun pakai internet. Zaman dah maju katenye. HAHA

Buku teks form 5 pun dapat dekat-dekat bukak sekolah nanti. Macam mane kami nak prepare masuk form 5 cikgu kalau buku pun takdak. Aisehhh.. Problem jugak.
Aaaahh. Lek la dulu. Cuti lagi 2 hari. Tapi, dah macam musim sejuk pulak. Semedang je hujan. Syukurlah dari kena ribut Sandy macam kat New York tu kan.

Plan utama, hangout dengan kawan-kawan, then berholiday dengan family. 
Tak boleh tunggu bulan 12 nih. Mesti ohhsemm. HAHA 

Saturday, November 3, 2012

Definisi CINTA


Hari ni, dengan tidak semangatnya aku jawab paper sejarah di pagi Sabtu. Akal dan hatiku masih tertinggal di atas katil dan bantal yang empuk dalam kamar tidurku.. *puitis sungguh aku kan. booo~
Hurm. Ni takde kena mengena.


Baru-baru ni, aku terbaca pasal CINTA. *heihh. Budak sekolah lagi nak cerita pasal cinta.
Cinta bukan hanya pada manusia tapi banyak lagi yang boleh kita cintai dan blablabla... Ayat ni memang selalu dapat dengar dalam mana-mana ceramah motivasi ke, ceramah agama. 
Memang betul. Tapi pernah ke kita cuba buat? Boleh kita cintai manusia, macam mak ayah, cikgu-cikgu, kawan-kawan. 

Kebanyakkan nya akan cakap ya. Tapi mesti ade kekasih. Sampai kekadang budak sekolah rendah pun dah  tau nak cintan-cintun dengan orang yang dianggap kekasih. Perlu sangat ke? Kekadang jugak, ada yang sanggup tepikan kawan, semata untuk "kekasih" dia. 


For me, better be friends and NOT more than that. Sebab? 
Sebab lebih selesa kalau nak dibandingkan dengan couple. Kalau kawan, kita boleh terus-terang. Tak payah lah nak berlakon baik. Cakap pon kena cover-cover. Agak hipokrit mungkin? Tapi dengan sesape pun kita bercakap, kenalah jaga hati dan perasaan orang lain jugak kan.
Waktu sekarang ni, bukan masa nak bercinta. Belum lagi. Cikgu aku ade jugak kate, "Kalau waktu sekolah ni tak nakal-nakal sikit, memang rugi." Yup! Jangan la nak jadi baik sangat. Tak best jugak. HAHA
Aku tak tuju benda ni dekat siapa-siapa. Jangan ada yang terasa.

Orang kata cinta itu buta. Butakah cinta? Cinta membuatkan kita buta.
Hey c'mon laa. Kalau nak bercinta sekalipun, jangan bila dah putus, rase macam dah hilang segala-galanya. Bazirkan masa dengan menangis. Rileks lah! KITKAT  kan ade? Dari nak nangis. Sedih-sedih kate aku tak boleh hidup tanpa kau bagai tuh, baik buat benda berpekdah sikit. Aku pernah la rase perasaan putus dengan boyfriend KONONnya, tapi rileks sudah lah. Siapa dia sebenarnya? Belum tentu orang tu akan jadi isteri/suami korang. Sesungguhnya, kalau bercinta dengan manusia, hakikatnya macam tulah.
Tapi ingat, Allah tak pernah tinggalkan kita, Manusia je yang selalu lupa pada-Nya. Kenape ye?
Selalu kita lalai kan. Manusia tak pernah tinggal dari buat kesilapan.


Dari kita nak fikir benda yang dah lepas, lebih baik kita teruskan hidup kita.
Let bygone be bygone. Hati manusia berubah. Akal sentiasa mencari pembaharuan. Kita yang tentukan hidup kita sendiri. Walau macam mana kita suka, sayang, cinta pada seseorang tu, jangan kita lupa pada Dia yang SATU. 

 People change? 
No, people don't change. We grow old. And some of us adapt. And learn how to enjoy simple pleasures of life. -Pangeran Lautan

Lagu ni masih aku ingat dari cikgu sekolah rendah aku. Cikgu Aizat. Nasyid weh nasyid! HAHA

Cinta kepada Allah,
Cinta Rasul,
Cinta Ibu bapa..
Cinta kepada Ummah,
Cinta kepada Kecemerlangan..
Marilah kita semua,
Cinta 5 perkara.
Cintailah.. 


Thursday, November 1, 2012

Cramp! *Girls

Assalamualaikum. :'(

Hari ni memang takde mood gila babengg.
Kisah bermula pada pagi 1 November.
 Semangat berkobar-2 sebab dah dekat nak cuti. hehehh
Lagi satu, hari ni paper sejarah. Dari malam semalam study gila sampai saket otak.

Paginya, got something on my bed sheet.
Tidak! Darah. 
Ape yang aku tepikir dalam otak, macam mane aku nak jawab exam hari ni..
Jangan lah kau datang senggugut.
Tiap kali kalau kena time hari sekolah, mesti aku tak pegi.
Tak sanggup aku.
Kalau pegi jugak, mau la member-2 aku tengok aku nangis.
Ade ke budak brutal nangis. *kasi booo~

Tapi hari ni, alhamdulillah tak sakit sangat sampai cramp kaki aku sebelah.
Tapi waktu jawab exam tadi. Mak aiiihh.
Tah kenapa aku nak tidur jee. Mengantuk sesangat.
Yang paling aku tunggu hari ni, bile la nak balik.
Lame sangat rase nye. Dah labalik tadi kena jalan kaki. 
Tapi oke laa. Exercise a lil bit.
Haihh. Kalau tiap-tiap bulan nak hadap gini memang tak tahan.
Aku start jadi macam ni since aku form 2.

Tapi ape yang selalu aku buat kalau jadi, minum teh panas. 
Kalau boleh jangan ade gule.
Kalau nak minum air suam sahaje, tawar kot!
Kalau ikut sains, kalau kite minum air yg panas, die boleh lancarkan peredaran darah period.
Sebab air akan masuk ke perut, sampai lah ke usus.
Air tu panas, so darah beku akan jadi cair.

 Letak bantal belakang pinggang sebelum tidur.
Lepas tu tidur. Sampai korang jage balik. Sakit tu mesti hilang. Tapi ikut orang jugak lah. Ade yg senggugut sampai seminggu lame nye. 
Elakkan ambik ubat kaler pink tuh. Bahaye untuk diri korang.
Penat organ-organ dalaman kita memproses. 
Dan aku ta pernah ambik benda tuh. Okeh.

So, aku nak pegi tidur. Penat perah otak jawab sejarah tadi.
Sivik pun same. SUHAKAM ohh SUHAKAM.