Tuesday, July 30, 2013

again?!

hallo peeps. assalamualaikum.

This week suppose to have a task force from PPD. Penat la exam. Dah la paper BM+Sejarah. Why sejarah?! Aku sanggup baca buku biologi dari sejarah. Benda dah lepas. Alasan pelajar. Semalam punya BM paper pun tak habis buat. Sabar je lah. Kenapa suka sangat orang atasan buat exam mengejut. Don't u know we students take it as a burden. Oke, Condemn sesaje aku kan. Tak peduli ah!



Bebudak trial PMR tengah berjuang untuk exam depa. Heish. Jangan la memain jawab trial. Aku rasa aku tak dapat mana dulu sebab trial aku teruk kot. Mau idak 1A je dapat. -_-''
Exam.. exam..

Tadi tusyen addmath dengan cikgu Jalal. Cikgu ni kalau dapat perli menusuk kalbu. Nasib bukan aku sorang je. Melawak dia, orang lurus memang tak paham lah. Una. Una. haha!
Sembang-sembang dengan dia, pasal masalah semua study semua, then dia kata macam tu la belajar. Macam tu la dia dulu. Sampaikan nak tidur pun, mata dah tutup, tapi otak still berjalan menggerakkan neuron-neuron. Itulah apa yang aku rasa. Sampai sakit kepala. Hebat sungguh penangan SPM. Then, dia tak habis-habis ceramah suruh buat exercise addmath. Past year book should already done, and buku aku masih bersih. Haishh. Tak buleh jadi nih. Challenge accepted! XD



Then, again the virus attacking me. Dear virus, I thought we're done. Why don't you stay away from me. I hate you. Sincerely, me. 


Jadi sekarang, nak bukak buku sejarah dan bersedia untuk tidur. Layan sampai masuk mimpi. 

Hah! Lupa, Amin, aku mintak maap awal-awal hari tu kan. Dan kau marah kat aku, aku tak mention nama siapa-siapa. Lepas tu nak kate aku macam-macam. Its up to you lah. Bukan cari pasal dengan kau. Aku janji, dan aku tak mungkir janji pun. Dan, siapa je yang baca blog aku nih? Nak terasa. Maaf lah bulan-bulan puasa buat kau hangen. Oke, done. Terima kasih. Kau kawan aku, jangan nak touching sangat lah dengan apa yang aku kata. 

Monday, July 29, 2013

9 days left!



Upgrade and increase your du'as, charity, prayers and doing good deeds
Source: OSM

Sunday, July 28, 2013

hidup aku lebih baik.

assalamualaikum.

Hari ni lepas habis semua benda nak dibuat, aku dok senyap-senyap. fikir.....
hmm. hidup aku kekadang serabut, tapi nak banding dengan orang lain,
mungkin ada yang lebih teruk.
alhamdulillah ada life macam ni dari takda life macam ada orang yang takda life.
Semua benda ada depan mata. Apa yang aku nak, alhamdulillah dapat. Atas usaha.
Usaha yang tak berapa banyak, tapi berbaloi.

Tapi, kadang-kadang aku terfikir jugak,
mungkin ada yang tak senang tengok kesenangan aku.
Ah, biarkan lah. Siapa mereka nak tentukan hidup kau.
Sakit aku sendiri, hanya aku yang tanggung.
Peduli apa orang lain pasal aku.
Hanya lihat luaran. Dalaman, Allah saja yang tahu.
Terdengar aku ceramah petang tadi,
mengadu pada manusia, sekali mahulah mendengar.
Lama-lama, haih, naik menyampah. Kata setia mendengar..
Alah, manusia memang begitu.
Nak mengadu pada siapa?
Allah kan ada. Lagi kita mengadu padaNya, lagi dia sayang.
Rahsia kita, hanya Dia yang tahu.
Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Ya Allah, bantulah aku..
Aku hanya mampu tersenyum di sebalik kedukaan.
Aku tak mampu untuk meluahkan. Aku hanya memapu simpan sendiri.
Pandang ke belakang, untuk melihat kesilapan lalu.
Itu sakit. Sangat sakit. Pernah ditikam, parutnya, masih ada.
Hilang? Takmungkin. Itu pengajaran untuk kau.
Jangan kau ulang. Tapi KALAU kau ulang juga?
hurmm. Kau tak pernah belajar daripada kesilapan kau dulu.
Tapi kalau ia terjadi tanpa sedar?
Maknanya kau lakukan sesuatu yang sia-sia.
Kenapa macam tu ya?
Aku tiada jawapan.

Sudahlah. Semua ni, penghibur.
Apa guna kau hanya gembira sentiasa, tak pernah rasa sedih. tak pernah rasa pedih.
Ini lah kehidupan, ada naik turunnya.
Apa pun, kau dah lakukan yang terbaik. Seharusnya untuk hidup kau sendiri.
Berterimakasih kepada mereka yang pernah mengajar kau erti kehidupan.
Alhamdulillah.

Ghayaaaaa..

heyya. Assalamualaikum.
Hari ni kira dah masuk 10 hari terakhir ramadhan rite. 
Sekejap ja dah sebulan. Dah nak raya. 2 minggu lepas tu, dah trial SPM.
Kira-kira dari sekarang tinggal lagi sebulan. fuhh! Masa.. Masa..
Esok exam lagi. exam.. exam..exam...
Tahun ni semangat nak raya tak berapa nak ada. bosan jee.
Tapi, dalam tak semangat tuh, baju raya beli dahh.
This one

 OR this one?

Nak tau tunggu raya nanti. haha!
Bab maaakaannnaaann, pulak, semangat membuak-buak. Dalam bulan posa ni ja rasa macam-macam dah aku buat. Hari ni, cheezy wedges+kek batik. InsyaAllah.
Memang terlioq aku la ni. Perut dah dendangdendut lapaqq! Sabaq husna. Sabaq.
Hah. Semalam fesbuk, twider dok penuh dengan PLKN. 
Aku salah sorang yang dapat. Tanya cikgu haritu, 2 Ogos baru keluar result orang-orang yang terpilih nih. Tapi aku ni sah-sah la kot dapat. Tah dapat ceruk mana la nanti. Ayah dok kata pi la Sabah ka Sarawak. Thats some crazy idea. Jangan la doa tu termakbul. huhuk

Ni pun penat pusing cari baju adik-adik yg jongos tuh. Payah betui nak cari baju. banyak songeh. -...-  berapa kali dah kena marah. HAHA!
So now, the chef gonna make some noise!
 jom masak untuk berbuka. chauchinchow. 

Want or Need?

Just now i've found some pictures. quite interesting.
Doncha think so?




Most people “want” everything, but they only “need” enough to survive.

Friday, July 26, 2013

Thursday, July 25, 2013

happi hoppo


Hooolaa uollz.
Assalamualaikum.

Hoyeah! Hari ni baru lepas test Peningkatan Akademik ape tah kat sekolah tadi. 
2 paper je puns. BM easy as cheesecake. huahuahua
Sejarah banyak soalan KBKK je. Bak kate cikgu Rozila semua pakai kepala hotak.
PI? Bolee laa~ Gigih meminjam buku rujukan. Ade ke patut dua-2 buku rujukan PI aku kena curi? Haremmmm.
Btw, thanks a lot Danial lend me the book. Hoyeah!
Barter system katenyee. hoho

Esok cuti! Ramai sungguh sembang nak balik kampung. 
Aku pun tak terkecuali. Tapi balik sana hari Sabtu. Esok? hurmm. apa nak buat eh..
Plan nak masak sumthing special. 
Lets googling for recipe! ;)

16th Ramadhan


Alhamdulillah still alive till today.


Saturday, July 20, 2013



i need you. aku takut ulang kesilapan yang sama. aku taknak benda yang sama jadi dekat kau. aku perlukan kau. untuk sentiasa ingatkan aku. so its done. 
aku penat. relationship masa sekarang memenatkan. otak. badan. semualah. lepas ni?
apa kata aku buang dulu subjek tambahan kau ni, 10-1
dari jawapan kau ditolak. dari ada jawapan terus tak ada jawapan. penat.

i need to buy a new biological clock. mana ada jual eh? -.-

lost.


apa benda tah dah jadi. sakit hati doh. hergh. 
ape benda aku buat. heh. makin lama makin sakit pulak tuh. 
jangan tanya aku kenapa aku tak jawab tuh. 
every time i'm trying to answer, u'll cut it off. 
mencintai seseorang hanya memerlukan 1 minit. untuk melupakan, 
memerlukan seumur hidup. cliche.


you know hurt it is when you are trying to confess it, then it is like shit they cutting off your words. maybe they have give you the opportunity, but you didnt take it at that time.
Then, when you want to take it, thay would say times up. its over. and you know how ot feels like? sheit.


dont want the same thing happened again. its tiring.



see? -.-
random mode.

Thursday, July 18, 2013

Madu. Manis kah?

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
Ini adalah puisi isteri Ashraf Muslim. Pelakon yang ala-ala muka macam Abang fahmi tuh. hihi. Takde lah. Alia dengan Ira dok sembang pasal hal ni. Kat Twider pun nama Ashraf Muslim dah masuk trending. Pasal ape? Pasal dia kawin lagi satu lah. Hari tu dia kawin dengan doktor. Cantik sangat. Then, taktau pasal apa Ashraf kawin satu lagi. Mungkin pasal anak?Kawin dekat siam pulak. Biarlah. Adalah sebab dia buat macam tu. Tapi, sebagai seorang Hawa, mana ada perempuan sanggup di madukan. Memang ganjaran payung emas di syurga. Tapi... tah lah. Aku rasa aku muda lagi kot nak sembang pasal ni. hehee
Tapi, waktu PI, bab kawin kecoh gila depa dok sembang. Tambah kes cerai talak bagai semua tuh. Aku? diam dok tesengih tengok depa gaduh. For guys, who will be a husband one day, please be considerate, fair and faith to your wife.

Ingat! "Walaupun lelaki berhak untuk berpoligami.Tetapi si isteri juga berhak tahu bahawa dia dimadukan.Tidak sepatutnya membelakangkan pihak isteri."


Siapakah kita untuk menilai kesilapan mereka.Mereka juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. :)

Saturday, July 13, 2013

fasting fever.

Hari ni dah masuk hari ke-4 puasa. dan nak ucap la Selamat bpuasa dekat sape-sape yang baca blog aku ni hah. Dan aku dah TERponteng 2 hari. Demam punya pasal. Tak tau kali ni demam teruk sangat. Tapi, aku memang tiap kali demam teruk. Dah jarang sangat sakit, bila sekali kena, dendam habis virus ni kat badan aku. Antibodi pun dah tak larat nak lawan. Ni gara-gara dayah la bersin kuat-kuat. Luaskan kuasa virus nya. Hampeh! Aku yg demam. 
Semalam nyaris aku tak KO lepas makan ubat, TERminum Nescafe. Ni gara-gara tak tahan tengok nescafe sejuk je duduk dalam fridge. Siap showoff lagi dekat skype dengan Danial layan nescafe. hihi. Aku benci makan ubat keh. Kalau pil tu lagilah. hergh! 
Hari ni badan masih tak sihat. Sakit+lenguh+lapar+macam-macam lagi la. Mata pedih kot. Badan panas. Allah uji hambanya tanda Allah rindukan rintihan kita. Baru demam sikit, merungut macam-macam. InsyaAllah tak lama lagi baik. Husna kan kuat. 
Awak awak, saya janji dgn tangan kanan saya, saya akan makan ubat. *ala-ala gewdix!
Pray for my health ya! 

Thursday, July 11, 2013

Tiga segi bermuda.

Assalamualaikum. :)

Ni bukan cerita ke ape. Cuma terfikir. 
Persahabatan ni indah. Sangat indah. Tapi macam mana kalau sikap yang membuatkan ia jadi buruk. Buruk? istilah tu tak kena. 
Make the relationship between the friends seems bad. kot?
Contoh bila bertiga. Susah sebenarnya kalau bertiga. 
Pasti ada  seorang akan rasa tersisih. Mungkin? Aku pun tak tahu.
Kadang-kadang mungkin akan rasa cemburu. Mungkin?
Salah faham. Pun mungkin boleh berlaku.
Kadang-kadang perkara yang ingin dicerita tidak dapat dikongsi bertiga. 
Hanya berdua. Pasti ada yang terasa.
Akhirnya, pasti akan ada yang ambil keputusan untuk mengundur diri. 
Mungkin tak perlu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya dengan cara, boleh menggambarkan yang dia mengundur diri. Dan pada waktu itu, baru akan ada yang tersedar, dan terus menerus bertanya, Apa kesalahan atau apa yang terjadi. Hooh.
 Sangat menjengkelkan. Dan aku rasa, mungkin amat menyakitkan. Tak semua benda boleh diluahkan dengan kata-kata. Sakit. Tak semua boleh kongsi. Mungkin hanya dia yang tahu.
Berdua? mungkin akan bosan. haihh. entahlah. 

ini bukan kisah aku atau sesiapa. mungkin ada sesiapa yang pernah merasa. Mungkin?
Aku? tidak. 

Persahabatan itu ibarat 'isi dengan kuku',,bagai 'aur dengan tebing'
kalau ada perselisihan ibarat 'sedangkan lidah lagi tergigit'
sakit sahabat kita ibarat 'cubit peha kanan,peha kiri turut rasa sakit'-Lyssa Faizureen


Sunday, July 7, 2013

Banjar? Random.

It Happens!

Tahun 1990an.

A: Kamu ni kulaan, orang Banjar kan?

B: Eh, tak! Saya Jawa.


Tahun 2000an.

A: Kamu ni kulaan, orang Banjar kan?

B: Errr....


Wayahini.

A: Kamu ni kulaan, orang Banjar kan?


B: Hiih, saja kulaan. Banjar, pang!

iamNeeta. Terima Kasih :)

Tidak pernah ku rasa perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu
Semua kerna dirimu ku berubah
Hidup kini penuh dengan senyuman

Oh sayang datanglah ku inginkan dirimu
Dekatlah padaku ku rindukan pelukmu
Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri amat ku hargai
Semua ku simpan di dalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati

Siapa sangka kan bahagia
Bila dulu pernah luka
Cinta datang tak diduga
Bawa hingga syurga



Zati suruh dengar lagu ni. layan~

Friday, July 5, 2013

Trial SPM?!

believe or not. percobaan SPM dah dicepatkan dari bulan 9 ke bulan 8 seminggu lepas ghaye. Tak pecaye, kena pecaye jugak la. Dunno why la JPN cepatkan. Mybe nampak calon-calon ni semua macam bizi main je lagi. 
Hergh! And preparation aku, tak sampai halfway pun lagi.
 Sebulan lebih je lagi na oii.. (╥﹏╥)


Jadual gila nih. Haihh...
Macam biasa, pecut hingga ke garisan penamat. perjalanan masih jauh. ◕ ‿ ◕