Thursday, August 29, 2013

Hari koku terakhir. :)

assalamualaikum earthings!

penat hilang lepas dapat tidur lepas balik sekolah tadi. Feeling heaven lega. This year, aku tak jaga gerai langung. Setakat tolong-tolong gerai member waktu pagi, then blah merayap+makan+tangkap gambar -.-''

Dah 5 tahun dah aku dekat sekolah ni. Nak SPM dah pun. Takut jugak rasa nak keluar dari zaman sekolah ni. Permulaan kehidupan. This year, sambutan meghiiahh sangat boleh laa..
Alhamdulillah, aku duit aku hangus RM10 JE. Tu pun belanja orang. Aku, orang belanja pulak. haha! Macehh bangat belanja aku. Muka tak maluuu. >.<


Balik tadi, sunyi je ghumah. Bosan. Ma pun puasa. Mula plan dengan zati petang tadi nak pi rumah dia buat Sej Paper 3. So, lepas mandi sume, landing tidur jap, nak pegi la. Pulak dapat text dia kata buat petang esok. Nak pegi tusyen Bio pun, haishh. Letih ya amat. Tak pegi, sambung tidurr. Hehee.

So, lets get ready for SPM trial bebeyh! Wish me luck


p/s: err.. abang, can i have the picta in ur camera? tak baik kedekut. okeh.

Saturday, August 24, 2013

Broken Angel ❤

i think i'm in love with the voice of the singer. Helena~
and the arabic guy, Arash

I'm so lonely, broken angel
I'm so lonely, listen to my heart

من... دوست دارم
به چشمِ من... گریه نده
نه نمیتونم
بدونِ تو... حالم بده


I'm so lonely, broken angel
I'm so lonely, listen to my heart

One n' only, broken angel
Come n' save me, before I fall apart


تو هر جا که باشی... کنارتم
تا آخرش... دیوونتم
تو... تو نمیدونی
که جونمی... برگرد پیشم


I'm so lonely, broken angel
I'm so lonely, listen to my heart

One n' only, broken angel
Come n' save me, before I fall apart

لالا لیلی... لالا لیلی... لالا لالالا

I'm so lonely, broken angel
I'm so lonely, listen to my heart

One n' only, broken angel
Come n' save me, before I fall apart



Friday, August 23, 2013

Jamuan Ghayaa


Aku tak habis lagi dengan ghaya aku. Syawal belum habis lagi. Errr. Dah over dari budak yang tak ambik spm taun ni pulak. lama tak update blog.
As i know, semalam cikgu sembang ada jamuan raya. bukan jamuan sangat la, just bebudak kelas bawak sikit-sikit makanan, kuih-kuih raya bagai, makan kat kantin. Pagi tadi aku bawak sesikit kuih yang ada kat rumah la. Simpan terperap sapa nak makan.

As aku tau, sekolah ni tak pernah buat jamuan raya untuk students. Kesian kan.
Sampai je kelas, depa ajak pi kantin. Ikut je ah. Tengok-tengok cikgu Ros dah bagi barang suruh siapkan sandwich. Picnic apekah pepagi nih? Then datang cikgu rozila dengan lemang dan rendang daging. Ya Allah. Memang lama dah aku kempunan lemang nih. Siap semua, makan time lah! So sad. All the pictures only can saved in our mind. Jamuan terakhir mungkin di sekolah? haha. Dah dengan lemang, sandwich, ada pulak truffle maklong Dayana buat aka Ustzh. Fazilah. HAHA! Layannn~ Then yang lain-lain, kuih raya biasa lah. Kami makan tak tengok orang lain dah. wee~

Cikgu amri tak boleh blah dia bising kat kami kata dah ambik meja kelas dia.
Then kelas dia semua lepak kat pentas kantin tuh. Time kami makan-makan, Amri's class sedang mendengar ceghamah ghaya. Tak nampak pulak depa bawak makanan. haishh. Dah habis kemas semua, cikgu Amri mai kat kami kata, dah ambik meja kami, hulur sikit apa pun dak. And weolls like =0='' pebenda la. Una pun hulur la kuih raya kat diorang. Dah la budak-budak form 1 kot. lalala~

Dan sekarang sampai ke petang aku tak rasa sebutir nasik pun lagi. Lemang tu pulut kan.
Mak posa, so, aku malaih masak. Tunggu la maghrib nanti. Lapaqq~
Nak pi tolong masak-masak. hoho
Adios amigos!
Assalamualaikum ^_^V

psstt. lagu baru aku tukar ni best tau! got it from ma girlfrendd, zatie. again -.-


Sunday, August 18, 2013

Raya terakhir.

Halluu

Hari ni hari Ahad, means hari terakhir cuti beghaya. Dah 2 minggu cuti, nak cuti lagiii!!
Pak Jib! Bagi la cuti lagi untuk pekerja awam ni, hikkhok.

Tadi, Ira dengan Syak kemain suwit-suwit datang bedua naik Honda City. Kemain! haha
Then, Alia pulak sampai. Dah kata mai ghumah aku hujung-hujung cuti, makan kuih ghaye je ah. Nasib ada mak buat pecal, makan je lah. Geram dengan Syak oih. Perli aku kemain. Grrr..

Then, hoho! Adib pulak sampai dengan membe dia, nama pun aku tak tau. Kate, panggil kembar Adib je, so, nama dia Adibah. haha! Adibah tu, sentuh hape pun idak. Saba je ah. Puasa katanya. Nantak kau lahh. Sembang-sembang, tetibe la Ira tanye, Adib balik Teluk Intan ada lesen ke naik moto tuh. Jawabnye, "Lesen Agung". Aku. Alia, Ira pun tah tak paham pe benda la lesen Agung tuh. Bila tanya, katanya, lelaki je tau. Pebenda lesen agung tuh??????????? Mencari jawapan bukan dari Google.

Hari ni dah rasa macam hari buah dan sayur sedunia pulak. Depa datang makan jagung, mangga, pecal. Haha! Kat ghumah aku je ade tau.
Syak pulak kena balik awal. Kata nak jogging ape tah. Bakal ahli Sains Sukan, Macam tu le. Tinggal la Ira sensorang. haha!

Sempat snap-snap gambar. :P


Adib: Tidakk!
haha!



Hihik! Lawak lawak >_<


Syakirah Syakirin
Muka makan kamera. Macam ni ah. -..-
oke daa. bubye. esok sekolah dah wehh.
Sekian. macehh. :P

Saturday, August 17, 2013

Makan lagi!

Alhamdulillah. Hari ni kenyang sesangat+gilagila kenyang!

Know what? Pagi tadi bangun tidur, terus cakap kat ma suruh hanta gi rumah Atul. oke. Waktu tu dah pukul 11. So, agak-agak sendiri aku bangun pukul berapa. :P
Ma kate, lepas ma dengan ayah pegi kenduri ekat sini baru ma hantar.
What?!! Kat belakang rumah ni je 2 kenduri. Mane dengan sembang-sembang lagi, makan lagi. tengok-tengok. dah pukul 12. Baru la pegi rumah Atul. Fine.

Sampai-sampai, ada Una dengan Zati. Je oke Je. Tah suke hati la nak ajak berapa ramai pun Atul kan. Janji dapat spagetti kau. ihik! Atul masak spagetti sedap kot! Boleh bukak kedai dah. Challenge aku nih. Sampai 2 pinggan la aku belasah tadi. Tapi tu kira kurang la sepinggan dari Una. >_<
Aku pun ingat nak balik la. Dah habis sembang sume kan. Dan-dan mak dia tahan ajak makan nasik pulak. Aku dah tahap tak boleh masuk dah, kena makan jugak. Una dah kata sampai nak meninggal rase. Pun bolehh. Mati kekenyangan. -..-

Then, pegi rumah zati tunggu ma dengan ayah balik kenduri kat Venice. Janji denga Asya pukul 3. Pukul 3 ma tak sampai-sampai lagi. Then, call la. Bolleh pulak time tuh ada dekat kedai Tiles. Hampehh. Lama jugak la tunggu. Sampai rumah pukul 3 lebih. Then, call Afiq suruh ambik. Ni pun nasib ada Una. Kalau tak memang ma tak bagi tumpang Afiq. Pulak mamat ni sembang macam keling. Pukul 4 lebih baru sampai rumah aku. Sabaq je lah.
Huntong la Afiq boleh bawak viva dahhh..

Ramai jugak la kat rumah Asya, kengkawan abang dia la. Kengkawan Asya? Aku, Una, Afiq, Amin, Adam. sahaja.
Layanla bihun sup, roti jala, Kuih raya bagai. Nak meletop peghut woih! -.-
Murah rezeki hari ni. Kenyangg. Malam ni, lauk dah siap ada. Pakcik yang kenduri kawin belakang rumah ni bagi lauk free. hehehh. Terbaek!

p/s: aku tak tau macam mana boleh sama kaler dengan Afiq. Dia nak marah aku pakai same kaler dengan dia. Dia nak sama dengan Asya. hahak! AKu dah pakai baju ni dari pagi okeh!

Paksa rela makan!



Tau la kaki kau putih kan Adam.haha 

Kau timbang ape Afiq? 

Tuan Tanah.Sememeh katenye.

Erkk. krik krik


Dengan tuan rumah.

Babai! Balik duluu..

Ahaha! comel comel!
Malam ni, ke Ayer Tawar pulak. Rumah paklong. winkwink ;)

Friday, August 16, 2013

GTA Malaysia


Aku nak beli. Tapi fikir 8-9 kali dulu. design dia gempak kot.

"Syukurlah Malaysia Masih AMAN" 

sarcasm.

order here

Wednesday, August 14, 2013

Makan Makan.

hyehye.

Semalam ada la buat makan-makan sikit kat rumah. Tak plan pun, aku setakat mengajak je sape nak datang, aku ade je kat rumah. Tak expect boleh ramai yang datang.
Tengok ma masak macam banyak, mula la aku contact kengkawan "mai rumah aku lepas zohor!" Nasib ada jugak nak datang. Kalau dak aku meghajuk dengan hampa sampai SPM.

Orang yg mula-mula sampai, member lama tak jumpak, Fazatul Hazirah. Orang jauh nih.
Lepas tu, zati pulak sampai. Depa dua ni dah jadi tuan rumah ke-2 la. hewhew :3


Then, tengah hari, sampai la geng junior sekolah. Bebudak form 4. Kinda spoting jugak depa nih. Lepas ni kalau kat sekolah sombong jugak memang nak kena luku la.


Selesai depa ni balik, mai pulak kengkawan satu batch.
Makan kemain. Nak balik cepat sangat, tak sempat capture gambar reramai kan.









Macam-macam la depa buat. Setahun sekali je kan nak datang ramai-ramai macam ni. :)

Last group sampai pukul berapa tah. Ni kengkawan skolah rendah. Payah nau nak jumpa skang nih.


Alhamdulillah. Settle satu hari punya cerita. Penat memang penat, nak bejalan ke dapur, ke depan dengan kaki sakit sebelah. Saba je la. Lepas ni, tak ke mana la. Stadi woi!


Mekaseh sangat sudi datang rumah aku yg tak seberapa nih. Maap zahir batin. :P

Tuesday, August 13, 2013

Beraya dengan Tempang

Hallluuuu..

oke. hari ni sangat memenatkan. dah berjalan sampai ke kampung tersusun batu 7. main house, Zati's! sampai jugak rumah dia dalam pukul 12. ramai juge yg dah sampai. kengkawan adik dia lah. izat!

Makan kemain sedap lah kan. haha! Habis seperiuk ayah dia masak untuk kami je.
Then until lepas zohor, start journey beraya rumah orang. Tapi, dengan kaki aku tempang sebelah. Sadis. :'(
Rumah zati>Fizi's>Nani's>Madiah's>Nadiah's>Zati's back!

madiah kecik!
Jauh pun jauhlah. Asal jumpa jugak kengkawan. erk!
makanan pun macam-macam masuk. Sampai rumah last, rumah zati, aku cek kaki aku rupanya ada haiwan yg gigit. Ergh! Nak cabut tu, meraung jugak la. Sampai depa kata menjerit macam nak beranak. eh! Sakit siaa.
Aku ingatkan sakit sebab terlanggar kerusi sehari sebelum raya tuh, tapi awat effect dia lambat sangat? -..-



Tempang of the year -..-''

Monday, August 12, 2013

KeEmpat Raya

assalamualaikumwarahmatullah.
Hari ni dah masuk raya ke lima. Tengok jam :P

Siang tadi penat beraya weh! Pepagi lagi dah jalan rumah Dania. Dan aku dengan tak makan apa dari rumah, Atul dengan Zati dah ada depan rumah baru bagitau, Kelamkabut la aku siap. 10.30 gerak keluar terus.

Malam sebelumnya aku dah bagitau ma nak keluar beraya, pagi tadi baru bagitau nak pegi Ipoh. Aku dengan mamai baru bangun tidur waktu tu, sambil hentak-hentak kaki kata "sapa kata nak keluaq duluu? Na nak keluaq hari nihhhh!" Then ma kata oke. Tapi balik awai. Aku baring balik atas katil and ingat balik, ape menda aku buat tadi woih?! Asal bebudak sangat aku pagi buta nih. -..-''



Macam ni la ghupe dekat rumah Nia. Dapat le belasah roti jala dengan kuah durian.
Emm dap!!

Dengan hujan renyai-renyai nya, jalan pergi rumah Danial! haha
Actually, nak pegi rumah Amin, tapi katenya nak keluar. Takde rezeki la nak pergi kan.


Nampak kehijauan. haha!
Then kena balik before 12 sebab nak ke rumah Nazrul lagi. haish..
Tapi kena paksa makan. aiyak! Jamah la soto kejap. Nanti apa pulak kata tuan rumah dah penat masak.

Sampai rumah Nazrul pukul 12.45. Bajet jauh sangat. Ni sebab taktau rumah la.
Anak tokey ayor, mak dia masak kemain macam kat kedai. Sembang-sembang dengan ada Amu, Cumi, then ayah hantar mesej suruh balik. Actually, nak kasi revenge tambah scandal tak dapat. Rushing punya pasal, sadisssss.
Yang tak bley bla tu, Atul dgn Zati tak tahan nak pegi toilet. Bayangkan dari rumah Danial. Suruh singgah rumah taknak. Suka hati lahh.

On the way to ipoh, memang bad mood habis tahap maximum aku. Bebudak yang bising memang kena sound, senyap terus. Argh! Hanya perempuan yang tahu macam mana sakitnya, opps! Tak semua perempuan. Hanya orang yang kena je rasa. Period pain!
Sampai kat rumah Mamu Ram kat Ampang, makan pun tak lalu, ingat nak baring je. Masuk kereta terus aku nangis, nak ma ada. Tolong urut kalau tak, aku taktau ape jadi. T_T So guys, kalau dah ada wife nanti, please treat them well. Jangan ingat sesaje perempuan nak marah-marah time period. Sakit tau tak. SAKIT!

Pergi pulak rumah Pah Su kat Manjoi takde orang, so, alang-alang rumah dia dah dekat Mydin, masuk la beli barang sikit. Shopping punya shopping, tak sedar sakit aku dah hilang. Yeah! Alhamdulillah. :)
Dan ingat! aku tak dapat nasik lagi satu hari nih kecuali dapat 2 3 ketul nasik impit soto kat rumah DD. -.-
Kat mana tah tadi singgah makan, Ya Allah, kemain lama gila nak sampai makanan dia. Dekat 1 jam, memang starving nasik!!! pukul 8 order, 9.45 baru dapat. Pukul 10 blah, balik Lekir. Penat siaaa.. Dah, malas nak jalan jejauh dah raya nih. But worth la, duit raya hari ni cecah RM120.00. weehuu~ Rezeki. masyuukk ;P



Sunday, August 11, 2013

Raya Kampung Style.

Assalamualaikum semua!

The day after segerombolan people came to my house, its time for Halyubi's family going beraya! OKe berhenti rosakkan bahasa.

Mula dari pagi, jalan ke Bruas. Akhirnya dapat jumpa akak-akak sedara yang dah btahun tak jumpa. Jumpa jugak anak sepupu aku, sama form la pulak, Lisa, sembang pasal trial. Haishh.. Memang kacau otak pikir. Tapi raye tetap rayee.

Then, pusing ikut Bota pegi Teluk intan. Open house katenye pakcik aku nih.
Macam-macam la dengan sate, mi rebus, dan bagai-bagai lagiii..




Dah macam raya cina pulak

Anak cucu hj masaruni memang suka bekumpul ramai-ramai. Alhamdulillah adik beradik tak bepecah even mak ayah dah tak dak kan. Kami still balik rumah nenek, nasib ada adik bongsu ayah nak duduk situ. Ada yang jaga rumah tu. 
Habis makan-makan kat sini, balik rumah nenek. Sembang-sembang dengan sedara sepupu sepapat semua, sampai pukul 2 pagi, baru nak tidur. Esok pagi lepas subuh lentok balik kat bawah rumah. Sedar-sedar pukul 9, ma ajak keluar beraya. Tengok ramai lagi dok lepak-lepak. Aku dah tidur macam ape dah atas sofa tuh. Si haikal sampai kaki nak atas kepala aku pun tak sedar dah. Nasib lah tempat terhad untuk tidur sejuk-sejuk bawah rumah kan, leher pun sakit-sakit. Balik beraya tengah hari, ingat nak sambung lagi, tapi letih sangat, tidur lagi. Waa! Penat siaaa.

Petang tu, semua pakat balik. Sunyi la kampung semula.
Setahun sekali beraya. Sampai rumah pukul 9, dengan lapar nya, tak ada makanan. Maksud aku nasik. Yang ada kuih raya je. Lapaaaarr!!
Tunggu esok jelah ye. 




Thursday, August 8, 2013

Raya punya cerita.

assalamualaikum. 

Puasa suda habis. Raya mai dah. :D
So, start semalam, hari terakhir puasa, dah tolong ma masak. Penat woih. Dengan puasa bau rendang, menggugat iman sungguh. Yang best nya, masak kali ni bukan main banyak!
Yang special dia, tahun ni, aku yang potong paru lembu. Tiap-tiap tahun ma masak. Tapi aku tak pernah sentuh pun. Best jugak. Aku pikir aku potong peparu manusia je. Rupa dah sama dah. Masuk pulak tang Bio bab respiration. HAHA! Macam-macam valve dah jumpak.



AMARAN! Jangan muntah lepas tengok gambar ni.

















































































Heheeee :P

Habis masak+kemas rumah=tidur

Pagi raya! Sibuk sungguh laa. Pepagi dah kena siap hidang makan semua. 
Lepas sembahyang raya, mai dah sepupu dari Beruas. Sedih rasa bila teringat, kalau la aku kat tempat diorang, mak ayah takdak. Nak beraya dengan siapa laa.


Tak sempat geng bruas ni balik, sampai pulak yang dari teluk intan. 
Hwaiyaaa...

Kurang sikit dari tahun sebelumnya. Ramai tak balik lagii..
Tak tahan sampai-sampai mintak password wifi. Sabar jelahh. Tangkap gambar, lepas tu wassap-wassap tayang dekat orang-orang yg tak balik lagi tuh. Terbaek!
Habis ramai balik, tinggal orang-orang shah alam je balik lambat siket, mai pulak mamat-mamat nih. Semangat beraya sampai ke petang berbaju melayu kau!


Kemain makan sakan. hehee 
The best rasa macam fear factor punya challenge. "Makan peparu lembu" Weehu~ 
Tu dah masak tuh. Ada jugak abang tu rasa nak muntah. ye dak. haha!
Len kali makan dengan nasi impit tuh. Aku pun tadi bari 1st time rase. erk! bole laa. hewhew

Tired oredi..

Mereka lah tetamu terakhir untuk hari ni.
Adik aku si Naim tuh dah ikut balik kampung. Duduk la hang lama-lama kat sana. -.-

Kemas-kemas, malam keluar beraya rumah paktam pulak kat Stiawan.
So, total duit raya for today : RM48.00
hurm.. bolehh laaaa.. Esok, balim kampung, InsyaAllah. Duit raya! come to mama. :P


Dengan ini, aku mintak maaf kepada semua, kalau ada yg baca lah 
Halalkan segala benda yg penah bagi kat aku, Selamat Hari Raya! :)

Wednesday, August 7, 2013

Terawikh terakhir.

Assalamualaikum. :)

Bangun pepagi tadi, benda first aku terfikir nak masak macaroni. Rindu nak makan.
Tapi kuciwa hatiku, ma call dari manjung kata "Ma balik nanti, semua dah siap. Nak balik bebuka kat Bruas." And aku pun macam "krikkk..krikk.." Apahal pulak tetibe je nih.
Kemudian, aku mencari penjelasan kenapa tetibe nak balik hari nih. Sebabnya, mula ma nak ambik periuk besaaaaarr arwah opah dekat rumah makcik kak. -.- Nak masak laksa untuk raye katenye. Alang-alang, abang hisham terus ajak bebuka sana. hokehh. baru aku tau. Layan je ahh.

Sampai sana, masak-masak semua, time berbuka pergh! Memang best. Jarang sangat dapat makan reramai macam tadi. Aku ingat dulu zaman bila tah, ada makan ramai-ramai, duduk bersila kat lantai. Sekarang, ramai dah takdak. Arwah dah.. Rindu sangatt. :'(
Rasanya tadi la bebuka terkenyang aku. Lauk pun memang pergh! Mantap. :P

Lepas maghrib, aku join bebudak main bunga api. wee~ sungguh lama aku tak main bunga api.

Nampok muke eksaited. ^_^

Ni siap dengan towel nak pi mandi. -.-
Time ni jugak ade 'orang tu' nak call. sabau je ah. haha
Tak tau pulak this year terawih terakhir di kampung halaman. *ecehh ayatt
Boleh tahan mengantuk jugak la time solat tuh. Imam diaaa. Merdu sangat suara sampai aku nak terlena. -..-

Habis terawih pukul 10, balik, sembang-sembang lagi ma dengan anak-anak sedara dia. Sekarang dah tak macam dulu, kitorang yang balik rumah ni bila raya sebab ada arwah cik kak. Sekarang, anak-anak dia pulak mai lekir. Maklumlah, dah maksu yang bongsu, aishh. Nampak gaye raya pertama duduk rumah je la haih. Semua pakat nak mai rumah nih. T_T


 Ni anak sedara sorang ni. Geram sungguh. Penat jadi baby sitter dia. Nazeef!
Senyum tu nak jugak nampak dimple. Nak sebut Wan Na pun dapat hujung je. Tinggal 'na'
Budak la budak~

Geram betul budak nih.
Nazeef! Kenapa awak comel sangattt?!
update jugak pepagi buta nih. Esok kemungkinan busy, ma dah planning masak rendang, lemang bagai. Anak pompuan sorang, aku jugek la yg kena tolong. Asalkan dapat makan. Ye dak. Horaiitt. Cau cin chauuu. Ingat esok puasa!! ;)

Dah jadi katun.
Sekadar gambar hiasan ;)

Tuesday, August 6, 2013

kenapa lelaki suka moto?

Assalamualaikum!
Haluu. Lagi sekali sahur je wehh! *tetibe pulak.

Ha! Semalam ada suggestion katenya pasal "Kenapa lelaki suka motor?"
And i was like "hmmm.. oke. Lemme think why, research time ........."

Tak kesah la jenis bike yang macam mana. Dari sekapcai cup hinggi sehebat R1.
Motor jugak kan.
Dari sudut 180 darjah pandangan aku, tak semua lelaki sukakan motor.
Sebab aku tau ada lelaki yang lebih minat pasal kereta, so, pasal bike, dia letak tepi. AND perempuan pun ada jugak yang minat. More obvious to guys la kan.

1.Penyebab-penyebab peminat ni minat bike sebab dia minat lah.
2. Sebab nampak macam menarik. MACAM kot?
3. Faktor hormon. mungkin?
    Lelaki lebih hormon testosteron. Hormon ini menyebabkan sikap agresif.
    Motorcycles give people that rush that testosterone craves. See? 

This might satisfy Your demand. Hope so lah! ;)
Okeh?!

Ghaye dah dekat woih! heheee






Sunday, August 4, 2013

Shopping time!

assalamualaikum peeps!

hwaa. penat sungguh hari ni. Dari pagi sampai ke malam tak habis ikut parents aku shopping raya. Aku jadi tukang angkut barang je ah. Bukan membeli pun. Tahpape je.
Dari hujung ke hujung pekan kat CB tu pusing, mak aku beli banyak gila tudung. Untuk baju tu lah, ini lah. -.- Rasa nak nangis aku kat situ tadi. So, lepak-lepak dengan ayah je ah.

Balik rumah terus rushing pegi tuition GPMS. Balik tu, tak sedar ape dah, tidurr.. Sampai la nak bukak puasa baru sedar. Dah la dekat rumah nenek pagi tuh balik dari CB tidur. Petang tidur lagi. Rasa macam dah TERmakan ubat tidur je. -.-
Bila dah malam, mulalah hyper. Haish.

Lepas terawih tadi, ma ajak pegi bazar dekat Giant manjung tuh, punya la ramai orang. Sesak kemain lah. Ma cari tudung lagi. -..-
Adik aku naim tuh, banyak kira cari kopiah dia tak jumpa-jumpa. Dari hujung ke hujung takdak yg bekenan. Hampeh betoi. Awat laki ni, cerewet jugak noh?
Lepas tuh, jalan-jalan-jalan jumpa la pulak orang-orang yg dikenali, tapi buat-buat tak kenal. Dengan cikgunya, budak tusyen, sekolah, jiran belakang rumah, kemainnn..

Esok tah mana pulak nak pi taktau. penat aihh jalan siang-siang.
Nak tidoq ka, nak jaga sampai soq satgi la ni. apa nak buattttt....? -.-


Tayang muka sat. -.-
Cacat siket. peduli hape aku. :)

Saturday, August 3, 2013

semangat kau jah.

hello holla heyhey!
Assalaaamualaikum.

Nampak kegirangan aku di situ. Hari ni bukan main awal aku keluar dari pagar sekolah.
Nak kate eksaited, tak de lah. Tapi tah. Habis jawab paper Sejarah tadi, seram sejuk aku rase. Jawapan tak berape nak konfiden lah. Depa yang lain dengan semangat turun tangga siap bising "Raya! Raya! bagai" hergh -.-'' dan aku nampak penjual kerepek pisang berjaya a.k.a Pika Caah semangat bagi kat sapa tah. Ade yang order untuk raye la kot. 

So now, mood raya datang dah. hehe. Tapi study tetap study weh. Trial 2 hari bulan kot. tak sampai sebulan je lagi. Haish. Risau. risau.

Hah! Esokk. Yeah. Balik kampung juga ku akhirnya setelah ditangguh-tangguh. Motif utama nak shopping kat Chendrong Balai(CB). Bukan selalu dapat balik kempung pepagi nih. Semangat ayah nak balik esok. Hoyeah! Aku pun semangat tengok movie, main game malam nih. Bosan~ Cuti baru start. So, tak dak mood nak pandang buku. Gagagaga..