Thursday, August 30, 2012

Ogos - Bulan Hadiah?

HyeHye!! Asslamualaikum

Bulan September bakal menjelma. Tapi Ogos belum habis lagi tauu. Sebab ape aku rasa macam bulan untuk bagi-2 hadiah je? Sebab aku dapat banyak hadiah tau. HEHE :) Kau hado? 
Aku ni memang lah jarang dapat hadiah. Tapi kalau orang dah bagi, ambik jelah kan. Tak baik menolak rezeki. Wahaha! Alasann..

One of the reason maybe sebab raya dalam bulan ni kot...?? Orang bagi duit raya lah kan. Tu hadiah ke? Tak kot. Biasalah kan dapat duit raya. 
Tapi,aku raya-2 nih, dapat banyak sangat makanan yang merongakkan gigi a.k.a COKELAT! Feberet aku wehh. Takkan nak tolak kan. Dapat  yang BIG SIZE pulak. *saya suka,saya suka~


Aku tak kesah ape jenis pun. Dah bagi ni pun aku gila suka! Wahaha.
Siapakah gerangan pemberi yang  baik hati ni? Jeng..jeng..jeng..


Manusia yg dekat sebelah aku tuh.
Name die Fizi Gemok. HEHE
Ade lagi.. Yang ni terbaru


Terima kasih yee Amar Cisdel~ Budak awesemm lah katekan. Dapat skali dengan duit raye.

Kenapa korang tak bagi time birthday aku yg akan datang tak lame lagi nih? HAHA
(orang dah bagi tu kire bersyukur lahh) 
Papepon, thanks sangat korang sebab bagi aku hadiah. Tau la aku raye ni dapat turun 5KG. Tak makan nasik punye pasal. Nak kurus, try lah yee. :)

Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima 

Wednesday, August 29, 2012

Seminggu Ber-Hari Raya!

Assalamualaikum.
Tak jawab dose. Kalau jawab sayangg.. (pinjam tagline yea kak Maghia!)

Raya tahun ni memang TERSANGATlah sibuk. Dari 1 Syawal sampai lah dah 5 Syawal ni.
Memang tahun Terbaik Raya macam Boboiboy tuuhh.
Kawan-2 yg jauh2 semua dah pakat balik kampung. Ape lagi, bile dah jumpe merayap lah jadinye.

Di sini TENTATIF PERJALANAN nya -->

1 Syawal
Bermula di rumah. Dan tertanya-2 nak pergi ke mana. No idea lah. Jadi, kite balik kampung kejap. Pergi rumah sedara-2 sebelah ayah. Motif balik lambat: 'Ketua Penjalan' balik raya ke-2. Kami pun raya sendiri-2 jelah. Lepas ke Sg. Manik, Teluk Intan. terus ke Beruas. kemudian ke Ayer Tawar pulak. Pusing dan pusing sampai lah ke rumah sendiri balik.


This is my Family! Hye there!


Aku je tetibe action camtuh. *abaikan.


Dengan family kakak sedara aku. Jarang jumpa weyh!


2 Syawal
Pagi-2 mak dah kejut. "Mai tolong mak masak! Sat lagi ramai orang nak mai." HAHA 
So, aku pun dengan rela hati pergi jelah. Bukan ade buat ape pun. Tapi, before aku pergi ke dapur, aku baru ingat ade janji dengan kawan nak pergi beraya. Ape lagi, tak jadi lah tolong mak. Aku pun siap-2 pegi la ke rumah kawan aku yang kire paling dekat lah. Then, diorang pulak datang rumah aku. Sampai-2 rumah, Ade dah sedara aku sampai. Tapi ni yang unexpected. Orang lain yang habaq nak mai, orang lain sampai dulu.



Ni mami  Tepen mari.. (tepen=Taiping)

Kulaan Banjar.



Malam tu pulak aku balik kampung. Semua yang datang ni balik ke sg. manik buat BBQ . Sape taknak weh. Aku pun nak join jugak! Kemas rumah sikit-2 then terus balik kampung.

3 Syawal
Ada kenduri dekat Kuala Kangsar (KK). Abang sedara belah emak. Dari sg manik balik rumah, terus ke KK. Dah la jumpe kakak-2 sedara aku punya la ramai, dan-2 tahun ni jugak semua dapat baby. Sampai 3 orang lagi.


Kini mereka adalah ibu mithali. LALALA~


Macam-2 ragam budak-2 tu weh..
Lepas tu, ade pulak BBQ dekat rumah kire sedare la jugak. Memang 2 hari berturut lah aku berBBQ. Bukan senang nak berkumpul ramai-2 kan.


Pergh! AYAM!!

Dan masing-2 lepas habis makan-2, balik ke rumah. Ada makcik aku dari kedah mai. Tak bawak baju punya pasai, balik la kedah.

4 Syawal
Pi beraya rumah BFF ku! Mardhiah Hasan,Izati Ridzuan dengan Fizi Helmi. Thanks ye korang bagi aku makan banyak-2!
Nadrah jugak sebab bagi pinjam moto dia buat merayap. HEHE

5 Syawal
Beraya lagi dekat Kampung Tersusun Batu 8. Habis rumah cikgu-2 kami serang. Bukan selalukan cikgu?


Rumah Cikgu Mior


Rumah Cikgu Mariam / Megat


Tuan rumah kire ape tuhh? HAHA 
Then,pusing punye pusing. Memang letih la satu hari berjalan. Non-stop beb makan!

6 Syawal
Sekarang giliran rumah aku pulak diorang serbu. Memang ramai la aku jemput, Aku risau makanan tak habis je. Tak ke membazir namanya? Mi kari pulak tuh! Last-2 tak cukup la pulak. Nasiblah kedai dekat je nak beli barang. Semua kawan-2 lama, sekolah rendah ade datang. Bukan senang nak berkumpul. *Again ayat sama.
Tapi yang penuh nye, lelaki je lah. Korang memang  terbaik! Yang perempuan, paham-2 jelah. Payah nak keluar diorang kate. Whatever lah kan. Pape pon, terima kasih sudi datang.


Mior (bajumerah) penggemar mi kari masakan mak aku sampai mintak bungkus. Thanks alot!


Dont know what she had  done to my phone. Lalala~


MRSM dude. Areef and Fizi
(tangan ke dada mata ke atas. daa~)

My besties sister ever!


They are my besties ever. Caayaanng korang!


Like my lil' sis. HAHA
Jangan maraa aa~


7 Syawal
The day for my parent to invite their friends after mine.
Jemput jiran-2 dekat rumah je. Zati dgn Dania pun ada datang jugak. Disebabkan tak dapat datang sebelum ni. Then, aku pegi keluar beraye kat rumah Areef pulak. Bihun sup! yumyum.


Thats all the story of my RAYA for a week. Not a COOL as yours derr.
Duit raya? Quiet awesome! Got RM300 at this age is like precious. (macam la tua sangat kan) HAHA
OKE daa~ 

Friday, August 10, 2012

semangat

Assalamualaikum pembuka bicara.

Semangat Exam

Exam selaras 2 dah habis. Sekarang, tunggu result. Dapat-2 pergh! Memang 'terbaekk' wokk! Padah tak baca buku. Dapat dekat cikgu Mior, pedih menusuk kalbu kata-2 beliau akibat keputusan yang amat teruk itu.

Balik rumah,aku pun muhasabah diri sikit. Tak pernah-2 aku buat melainkan kalau pergi jem motivasi. Tu lain cerita lah. Sampai nangis-2 aku dibuatnya. Jarang tau aku nak nangis. Ha! Teringat mak aku pernah cerita, dulu time aku baru keluar dari perut mak aku, aku tak menangis. Ingatkan aku bisu. Tapi yang lawak nye, baby yang comel bernama syahirah al husna tuh just bunyi "trrr..trrr.." Mungkin sebab tu sampai sekarang aku payah nak nangis kot.
Oke lari tajuk.

Jadi, lepas ni tinggal satu je peperiksaan. HUHU "Peperiksaan Hujung Tahun"
Gila kau! OKE aku tahu. Banyak nak kena backup balik.

Semangat Puasa

Puasa tinggal lagi seminggu je. Cepat sungguh masa berlalu. Memang tersangat cepat. Dunia akhir zaman. Tahun ni memang aku semangat nak puasa. Terasa nak diet pulak. Ramai sangat orang tegur aku dah 'gemuk'. HEHE
Tapi faham-2 jelah. Perempuan tak dapat nak puasa penuh. Nak buat macam mana kan..

Semangat Raya!

Rumah aku minggu ni memang bersepah tahap 4 bintang dah. Bukan lawa ye. Sedang beroperasi mengubah perabot. Ni semua mak aku yang plan. Jadi, kami sebagai anak-2 ikut jelahh. Asalkan lawa sudah. Mak jadi designer rumah pulak. Macam-2 lahh. Kuih raya tahun ni rasenye buat kat kedai jelah. HAHA
Ni ragam adik-2 aku bila mak aku suruh cabut bunga-2 yg ada kat rumah tuh.

Nak jadi Harry Potter lah kononnye tuhh..

Oh my!!gewwdixx

Peace! Ni bunge tuk akak tersayang. hahax!
OKeh. InsyaAllah esok nak pergi Ipoh shopping-2! HEHE
Mesti ramai orang kan. Haduih.. Kami ikot cakap mak ayah jee..
Layann..

"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."

Sunday, August 5, 2012

Tahniah Dato' Lee Chong Wei!




Tahniah Datuk LCW, walaupun tewas kepada Lin Dan. Kami tetap bangga dengan Pingat Silver 


yang DTCW dapat. Berapa LIKE nak berikan kepada HERO kita yang telah berusaha sehabis 


tenaga sebentar td..




Baru je angan-2 nak dapat aiskrim Baskin Robbin FREE dengan tambah Selasa ni cuti.. Adeii
Kalah bape mata je tadi tuh. 21-19.. Takpe lah. Takde rezeki lagi untuk Malaysia dapatkan Emas. 
Ada lagi harapan untuk Azizulhasni Awang! Doa-2 tu, dia dapatkanlah pingat Emas. Maruah MALAYSIA!!

Selamanya Sokong Malaysia!!



Wednesday, August 1, 2012

Depressed Situation

Assalamualaikum.

This was happen to me yesterday which is the last day of July 2012.

Petang tu, aku tengah baca-2 nak buat revision lah konon nya petang tuh. Sampai tertidur aku dibuatnya. Tetibe, adik aku ketuk pintu bilik. Punya la kuat macam nak pecah pintu tuh. Aku ingatkan ape, rupenye ada orang call. Adik aku kata tu kawan aku. Aku takde lah fikir something yg aneh.

Then, aku dengan mengantuk-2 tuh, pegi lah angkat. Rupanya, tu bukan kawan aku. Even aku kenal pun tak! Entah siapa aku pun tak tahu. HE just called himself as 'Pakcik ...'.
Otak aku dah fikir bukan-2 dah. Siapa dia nih? Mane dapat number fon nih? Fon rumah pulak tuh. 
Macam-2 dah belegar-3 kat dalam otak aku. Kemudian, dia tanya kenal tak sorang Minah ni. Aku memang tak kenal. Even dengar nama tu pun tak pernah. Mulalah hati ni takut je rasa, 
Cerita punya cerita, lagi buat aku takut. Kenapa ada lelaki yang macam tu kat dunia ni? Dalam bulan puasa nih, ada jugak manusia yang BODOH macam tu. 

Should a girl give something that supposed to be to a guy that she even know? Isn't it a relly Shitty Dumpfull decision? I didnt meant to aggravate the girl, but cant she think the future effect. Even if she desperate for money, how can you mortgage your dignity. 

Lelaki, kalau iman dah takde, ikutkan nafsu yang satu tu tanpa memikirkan kewarasan akal, macam-2 boleh jadi. Tak ke kau fikirkan pasal family kau? Dah buat, baru nak menyesal. Sudah lahh. Jantan tak guna macam kau patut tembak mati campak ke laut je. Maaf kalau penulisan aku ni ayat agak biadap. Tapi tulah hakikat. Siapa-2 je akan marah kalau benda ni jadi dekat diorang. 

Semalam lepas habis conversation tuh. aku tak tahu kenapa aku tiba-2 menggigil dan aku just fikir dekat siapa aku nak luahkan. The only one friend Izzati, u're my savior. You akways cam make me cool down. I cant handle it myself. Plus,the only I was think about exam today. 

Sampai sekarang aku masih fikirkan hal ni. Betul ke cerita tu atau rekaan semata-2 dari manusia yg tak ku kenali. Maybe got something bad plan to impose me? Only Allah knows it.. 
Perempuan, jagalah diri anda sebaik mungkin.