Monday, May 30, 2016

Tempatan Fest 2016

assalamualaikum.

Cuti semester aku dah pun nak habis. Lagi seminggu je nak balik Arau. Jadi, aku habiskan masa tersisa ni dengan pergi jalan ke mana hala pun tak tau, ikut je kengkawan aku. Kali ni yang rajin teman aku jalan si Adam lah. Mangsa ajakan aku. hahaha! Maafkan aku adam. :P

Sabtu lepas aku pergi tempatan fest bertempat di Ipoh, Taman DR apebenda tah. Dulu parents aku pernah duduk ipoh setahun tapi time tu aku masuk asrama, so tak tau sangat jalan sampai pakai waze, then balik mak aku gelak sebab "tu pun nak pakai waze". Kfine!

Dari pandangan aku bila pergi sana, nampak bebudak hipstur, acah-acah hipster, outfit semua nak hitam. Mostly girl, pakai shawl nak singkat, baju tight in, seluar singkat. Waddeee. Aku pulak balik kenduri, pakai skirt, blouse, tudung bawal. Macam pelik sikit pegi situ. Sebelum ni aku ade dah pegi event macam tu, dan aku bukan jenis pakai pakaian macam diorang tu. Aku dengan selekeh aku lah. Well kengkawan aku ade ugak gelak tengok minah-minah yang dekat sana pakai macam tu, aku balas je "biarlah, diorang konfiden kot pakai macam tu" Malas aku nak cakap banyak. Ikut korang lah. Rasa selesa orang tengok atas bawah, pakailah. Macam aku kesah. Memang tu fesyen zaman sekarang. Aku je kot yang tak berapa ikut. lol. Tu dari pandangan aku yang perhati orang dekat sana.

One more, Barang LOKAL. Aku tak minat barang lokal sebab harga yang teramat mahal tak padan dengan barang. Kata local, supposedly murah la untuk orang local membeli. Tapi compared to barang imported lagi murah dari local. Dah kenapa? Setakat cop je kot. -_-

Aku pun tak faham dengan culture malaysian youth nowadays. Aku tak berapa terjebak lah dengan semua ni. Aku sekadar memerhati. Nak tengok apa pulak trend lepas ni. :)

Plan this week, nak pegi frenzy! Mandi yuk.

xoxo

Wednesday, May 25, 2016

new life

Bismillahirahmanirrahim.

Hari yang bagus untuk aku menulis. Entah mana datangnya spirit yang semalamnya serabut bukan main sampai nangis teruk. Biasalah. Perempuan. Tadi aku baru baca buku Equation by Mr. Apis. Terima kasih sebab bagi aku semangat baru untuk mulakan kehidupan baru. :)

Hidup aku pernah rasa macam tak mampu nak buat apa dah. Sampailah semalam, aku fikir balik apa yang aku dah lakukan sepanjang hidup. Teringat zaman sekolah, yang sangat banyak mengajar aku tentang ilmu, persahabatan, cinta. Pasal cinta tu, banyak jugaklah cinta monyet aku sampai sekali aku betul-betul jatuh cinta pada orang yang salah. Aku sangat kesal sebab masa aku banyak tergadai, untuk perhubungan yang tak tahu penghujungnya. Tapi kita mana tahu, rencana Tuhan. Dan sekarang aku mahu mulakan hidup baru. Buat apa duduk bersedih sedangkan dia dah bergembira bahagia tanpa kita. hahaha!

Jadi mulai sekarang, aku betul-betul akan terus move on. Jangan fikirkan orang yang tak pernah fikir pasal kita. Sampai masanya untuk kau bahagiakan diri kau sendiri Alhusna. Moga kau istiqamah.

xxx


Monday, May 9, 2016

feeling good

hi assalamualaikum

takde benda aku nak cerita pun tapi sesaje feeling like typing. Hidup aku sekarang okay makin terurus walaupun agak hambar, bosan, sebab aku taktau nak share story hari-hari aku dengan siapa. Sapa la nak dengar cerita aku. haha

Tadi tetibe aku teringat, betul apa dia pernah cakap dekat aku, semua tindakan dia buat untuk kebaikan aku jugak even that time aku deny sesangat nya. hahaha! Gila betul.
Alhusna is a good gal now. Shouldn't be like before. tersangat malu ingat perangai aku dulu. Sangat childish.

Oh btw, sekarang aku dah rasa gian nak hiking. Dua bukit aku dah tawan. ewah. Bukan tinggi mana pun. Takat Bukit Busu, dengan Bukit Vale tu. Btw, tempat vale tu sangat mencabar. Dan aku suggest sangat sesiapa suka adventure pergi situ. Dua kali naik puncak, patah balik naik bukit takde pokok tengah hari rembang. That was crazeyhh! And paling sadis, phone aku rosak sebab letak dalam poket seluar, then aku masuk laut. Whthfuck am i thinking that time. Oh! Thye only thing i think was am i going to die. But then phone tu yang mati. What a stupid husna there. T_T
Jadi, phone alhusna dah rosak. Huaaaa

So, afterthis, geng macha nak daki bukit larut pulak. We'll see then. cant wait!

XO