Syahirah: kita bertemu kemudian berpisah

Entry About Shout Follow D'Board
 reader(s)

  • Hi ho! Need to know bout me? Seriously?


owner

Contact Me

10:10 PM | 0 Cloud(s)
kita bertemu kemudian berpisah


Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Itu aku tahu. Memang lumrah kehidupan.
Walau lama mana kita kenal, kalau ditakdirkan berpisah, kita tak mampu buat apa dah.

Sungguh aku rindu kita yang dulu. Aku akan cerita semua perihal hari-hari aku. Tak pernah langkau walau sehari. Tapi, banyak kesalahan aku buat, makin lama kau sudah sampai tahap tertinggi dalam kesabaran. Aku faham. Jadi aku cuba ubah, cuba buat macam-macam untuk kau terima aku. Tapi, tak berhasil. Jadi aku abaikan rasa dibuang. Aku tetap mengejar. Tapi sayangnya, kau sudah ada pengganti aku. Aku faham. Kau perlukan teman sebelum tidur. Sama juga aku. Tapi aku tak mampu untuk cari pengganti kau. Pastinya memang takkan ada yang sama seperti kau. Jadi, i'll try to move on.

Tapi, aku rasa sakit sangat bila dengar kau cakap "Biarlah dia buruk ke apa. Biar saling melengkapi"
Habis aku? kau boleh terima keburukan dia kenapa tidak aku. Aku yang sacrifice too much thing untuk kau. Yang ada tiap masa kau susah dan perlukan pertolongan, aku sentiasa ada dengan kau. Tapi kau tak nampak. Cuma nampak aku bila kau perlukan sesuatu. Bila aku susah, minta tolong kau, ada je alasan  yang kau bagi. Kau kata kau sibuk. Aku faham. Aku tahu kau memang sibuk. Walhal aku pun sibuk tapi tetap cari masa untuk kau.

Kau injured minta aku beli bandage, aku pegi cari. Kau nak makan sebab sibuk teater, aku belikan. Kau nak makan itu ini, aku carikan. Kau bosan ajak keluar, yes. Aku curi masa jugak keluar dengan kau. Apa lagi yang tak lengkap dalam hodup kau? Aku bukan nak ungkit semua ni. Tapi kau sedar tak semua ni. Please learn how to appreciate people.

Sungguh kau ajar aku macam-macam. Untuk aku lebih berhati-hati dengan manusia sekeliling aku.
Singguh aku tak mampu nak tengok kau bahagia dengan orang selain aku.
Aku doa, moga jodoh milik kita. Kita berpisah hanya sementara.
Moga Tuhan beri aku kekutan dan ketabahan.

0 Comments: