Syahirah: Gaul kacau hingga sebati. eh.

Entry About Shout Follow D'Board
 reader(s)

  • Hi ho! Need to know bout me? Seriously?


owner

Contact Me

10:02 PM | 0 Cloud(s)
Gaul kacau hingga sebati. eh.

Hai. asssalamualaikum.

Tajuk seems like nak masak. Hurm.. Bukan lah.
Aku nampak pergaulan antara lelaki dan perempuan semakin melampau. Agak kasar bunyinya,
Iyalah. Tak rasa segan nak berpegang-pegang tangan nak peluk bagai. Semua mula dari berpegang.
Aku ada jugak ramai kawan-kawan lelaki. Tapi, tak adalah sampai nak pegang-pegang. Selagi aku boleh elak, aku elakkan. Jangan sengaja. Nak kena nasihat, nak berbuih mulut. Nanti meluat pulak,
Antara lelaki dan perempuan, ada batasnya, Semua yg belajar pendidikan Islam haruslah tahu kan.

Sabda Rasulullah
“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).

Zina Hati
Jika dilihat dari terjemahan melayu yang lainnya pula ada yang mengatakan merindui dan mengingini. 

Baiklah, mari kita lihat dulu mengapa ia dinamakan zina hati. Berbalik kepada Al-Qur’an: “janganlah kamu mendekati zina” (al-isra’:32)

Lalu, apa yang dikatakan hadis tadi semuanya menjurus kepada zina dan semuanya adalah dilarang dalam Islam bertepatan dengan ayat ini dalam kalimah “mendekati”. Dari sini, kita dapat faham bahawa apa yg dikatakan sebagai zina hati itu ialah “perasaan dalam hati yang mendorong ke arah penzinaan”. Harap maklum.

Kemusykilan : “Adakah apabila kita minat seseorang, lalu hati kita asyik teringat padanya, itu termasuk zina hati?”

Al-jawab: Islam adalah agama yang menghormati fitrah manusia. Rasanya semua maklum. Namun fitrah itu juga bukanlah sewenang-wenangnyanya diikuti sehingga menimbulkan fitnah. Dalam keadaan ini, perasaan minat pada manusia itu adalah fitrah. Lalu, adakah itu termsuk fitrah yang dilarang atau yg dihalalkan?

Jawapannya, perasaan minat kepada seseorang itu bukanlah termasuk zina hati. Ianya termasuk dalam fitrah manusia yang mana amat dihormati oleh Islam dan halal jika tidak secara berlebihan (contohnya x makan, x minum, samapi tinggal solat, termenung x tentu pasal, dan lain2). Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menjaga wara’nya ataupun amat takut dengan taqwanya akan rosak, lalu eloklah dijauhkan. Ini kerana, walaupun perasaan itu tidak haram ianya boleh merosakkan kesempurnaan ibadah seseorang dan kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan, ianya halal selagi tidak memudharatkan diri.

Kemusykilan : “Abeh tu, apakah yang termasuk dalam zina hati?”

Al-jawab: Perasaan minat juga boleh termasuk dalam zina hati. Aikk? camne lak tuh? tadi cakap tak…
Ia boleh jika kita minat padanya sehingga kita terbayang-banyang pada minda, ataupun kelopak mata kita. Inilah yang ditafsirkan oleh hadis tadi sebagai membayangi. Membayangkan seseorang yang kita minat pada otak akan membawa kepada benda yang lebih melarat. Lebih-lebih lagi jika kita membayangi aurat si dia. Lalu, itu secara jelasnya termasuk dalam zina hati. ianya adalah HARAM dan dilarang keras dalam Islam.
(Rujukan: Minhajul ‘Abidin karya Imam Ghazali dan Hikam ibnu ‘Atoillah)

KESIMPULAN
Sesuatu yang kita wajar jaga semestinya kita perlu jaga. Begitu juga perkara-perkara yang dikatakan halal dalam islam tapi boleh mendatangkan kepada haram. Sekiranya kita mampu dan berdaya untuk menjauhkan daripadanya, jauhkanlah dan jagalah dirimu.

Seperti juga kemusykilan tadi. Perasaan minat tidak boleh dilawan kerana ianya akan meletup dan memudharatkan diri serta orang lain. Tapi, sebaiknya DIKAWAL. Contoh terbaik ialah bagaimana Imam Syafie’. Ketika dia mengadu kenapa pada hari itu dia susah untuk mengingati hafalannya. Apabila disuruh mengingati dosanya, lalu teringat dia tatkala dalam perjalanan, dia TERnampak betis seorang wanita yng kainnya ditiup angin. Seperti kita maklum, pandangan pertama itu bukanlah haram, tapi walaupun halal, tetapi ianya tetap mendatangkan kesan kepada hatinya.

Namun, bagi mereka yang sudahpun dilanda oleh perkara-perakra seperti ini dan tidak dapat lagi menjauhkan diri, lalu disarankan janganlah terus sahaja melawan perasaan dengan alasan tadi. Sesudngguhnya, apa halal itu tetap halal sekiranya kita dapat KAWAL. Tiada salahnya memendam perasaa pada seseorang. Tetapi janganlah sehingga berlaku kesan pada diri sendiri dan manusia skeliling yg tidak elok.
TAPI, PERASAAN ITU TIDAK SALAH.. YANG SALAHNYA IALAH PERBUATAN YANG LAHIR DARIPADA PERASAAN ITU.. 

Jadi, kenalah jaga setiap perhubungan tu. Jangan sampai boleh menimbulkan fitnah.
Aku takut perhubungan yg tidak diredhai Allah, takkan kekal lama. Mari kita saling mengingati.
Kalau tidak, apa guna kawan, kan? Jagalah. :)

//ps: esok paper maths. Doakan semua calon spm smkbs berjaya dgn cemerlang. InsyaAllah. Fighting!
-syirahusna.

sumber maklumat: Blog Dahagakan Ilmu Islam

0 Comments: