Syahirah: Raya Kampung Style.

Entry About Shout Follow D'Board
 reader(s)

  • Hi ho! Need to know bout me? Seriously?


owner

Contact Me

1:09 AM | 0 Cloud(s)
Raya Kampung Style.

Assalamualaikum semua!

The day after segerombolan people came to my house, its time for Halyubi's family going beraya! OKe berhenti rosakkan bahasa.

Mula dari pagi, jalan ke Bruas. Akhirnya dapat jumpa akak-akak sedara yang dah btahun tak jumpa. Jumpa jugak anak sepupu aku, sama form la pulak, Lisa, sembang pasal trial. Haishh.. Memang kacau otak pikir. Tapi raye tetap rayee.

Then, pusing ikut Bota pegi Teluk intan. Open house katenye pakcik aku nih.
Macam-macam la dengan sate, mi rebus, dan bagai-bagai lagiii..



video

Dah macam raya cina pulak

Anak cucu hj masaruni memang suka bekumpul ramai-ramai. Alhamdulillah adik beradik tak bepecah even mak ayah dah tak dak kan. Kami still balik rumah nenek, nasib ada adik bongsu ayah nak duduk situ. Ada yang jaga rumah tu. 
Habis makan-makan kat sini, balik rumah nenek. Sembang-sembang dengan sedara sepupu sepapat semua, sampai pukul 2 pagi, baru nak tidur. Esok pagi lepas subuh lentok balik kat bawah rumah. Sedar-sedar pukul 9, ma ajak keluar beraya. Tengok ramai lagi dok lepak-lepak. Aku dah tidur macam ape dah atas sofa tuh. Si haikal sampai kaki nak atas kepala aku pun tak sedar dah. Nasib lah tempat terhad untuk tidur sejuk-sejuk bawah rumah kan, leher pun sakit-sakit. Balik beraya tengah hari, ingat nak sambung lagi, tapi letih sangat, tidur lagi. Waa! Penat siaaa.

Petang tu, semua pakat balik. Sunyi la kampung semula.
Setahun sekali beraya. Sampai rumah pukul 9, dengan lapar nya, tak ada makanan. Maksud aku nasik. Yang ada kuih raya je. Lapaaaarr!!
Tunggu esok jelah ye. 




0 Comments: