Syahirah: KeEmpat Raya

Entry About Shout Follow D'Board
 reader(s)

  • Hi ho! Need to know bout me? Seriously?


owner

Contact Me

2:11 AM | 0 Cloud(s)
KeEmpat Raya

assalamualaikumwarahmatullah.
Hari ni dah masuk raya ke lima. Tengok jam :P

Siang tadi penat beraya weh! Pepagi lagi dah jalan rumah Dania. Dan aku dengan tak makan apa dari rumah, Atul dengan Zati dah ada depan rumah baru bagitau, Kelamkabut la aku siap. 10.30 gerak keluar terus.

Malam sebelumnya aku dah bagitau ma nak keluar beraya, pagi tadi baru bagitau nak pegi Ipoh. Aku dengan mamai baru bangun tidur waktu tu, sambil hentak-hentak kaki kata "sapa kata nak keluaq duluu? Na nak keluaq hari nihhhh!" Then ma kata oke. Tapi balik awai. Aku baring balik atas katil and ingat balik, ape menda aku buat tadi woih?! Asal bebudak sangat aku pagi buta nih. -..-''



Macam ni la ghupe dekat rumah Nia. Dapat le belasah roti jala dengan kuah durian.
Emm dap!!

Dengan hujan renyai-renyai nya, jalan pergi rumah Danial! haha
Actually, nak pegi rumah Amin, tapi katenya nak keluar. Takde rezeki la nak pergi kan.


Nampak kehijauan. haha!
Then kena balik before 12 sebab nak ke rumah Nazrul lagi. haish..
Tapi kena paksa makan. aiyak! Jamah la soto kejap. Nanti apa pulak kata tuan rumah dah penat masak.

Sampai rumah Nazrul pukul 12.45. Bajet jauh sangat. Ni sebab taktau rumah la.
Anak tokey ayor, mak dia masak kemain macam kat kedai. Sembang-sembang dengan ada Amu, Cumi, then ayah hantar mesej suruh balik. Actually, nak kasi revenge tambah scandal tak dapat. Rushing punya pasal, sadisssss.
Yang tak bley bla tu, Atul dgn Zati tak tahan nak pegi toilet. Bayangkan dari rumah Danial. Suruh singgah rumah taknak. Suka hati lahh.

On the way to ipoh, memang bad mood habis tahap maximum aku. Bebudak yang bising memang kena sound, senyap terus. Argh! Hanya perempuan yang tahu macam mana sakitnya, opps! Tak semua perempuan. Hanya orang yang kena je rasa. Period pain!
Sampai kat rumah Mamu Ram kat Ampang, makan pun tak lalu, ingat nak baring je. Masuk kereta terus aku nangis, nak ma ada. Tolong urut kalau tak, aku taktau ape jadi. T_T So guys, kalau dah ada wife nanti, please treat them well. Jangan ingat sesaje perempuan nak marah-marah time period. Sakit tau tak. SAKIT!

Pergi pulak rumah Pah Su kat Manjoi takde orang, so, alang-alang rumah dia dah dekat Mydin, masuk la beli barang sikit. Shopping punya shopping, tak sedar sakit aku dah hilang. Yeah! Alhamdulillah. :)
Dan ingat! aku tak dapat nasik lagi satu hari nih kecuali dapat 2 3 ketul nasik impit soto kat rumah DD. -.-
Kat mana tah tadi singgah makan, Ya Allah, kemain lama gila nak sampai makanan dia. Dekat 1 jam, memang starving nasik!!! pukul 8 order, 9.45 baru dapat. Pukul 10 blah, balik Lekir. Penat siaaa.. Dah, malas nak jalan jejauh dah raya nih. But worth la, duit raya hari ni cecah RM120.00. weehuu~ Rezeki. masyuukk ;P



0 Comments: