Syahirah: Madu. Manis kah?

Entry About Shout Follow D'Board
 reader(s)

  • Hi ho! Need to know bout me? Seriously?


owner

Contact Me

9:51 PM | 0 Cloud(s)
Madu. Manis kah?

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
Ini adalah puisi isteri Ashraf Muslim. Pelakon yang ala-ala muka macam Abang fahmi tuh. hihi. Takde lah. Alia dengan Ira dok sembang pasal hal ni. Kat Twider pun nama Ashraf Muslim dah masuk trending. Pasal ape? Pasal dia kawin lagi satu lah. Hari tu dia kawin dengan doktor. Cantik sangat. Then, taktau pasal apa Ashraf kawin satu lagi. Mungkin pasal anak?Kawin dekat siam pulak. Biarlah. Adalah sebab dia buat macam tu. Tapi, sebagai seorang Hawa, mana ada perempuan sanggup di madukan. Memang ganjaran payung emas di syurga. Tapi... tah lah. Aku rasa aku muda lagi kot nak sembang pasal ni. hehee
Tapi, waktu PI, bab kawin kecoh gila depa dok sembang. Tambah kes cerai talak bagai semua tuh. Aku? diam dok tesengih tengok depa gaduh. For guys, who will be a husband one day, please be considerate, fair and faith to your wife.

Ingat! "Walaupun lelaki berhak untuk berpoligami.Tetapi si isteri juga berhak tahu bahawa dia dimadukan.Tidak sepatutnya membelakangkan pihak isteri."


Siapakah kita untuk menilai kesilapan mereka.Mereka juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. :)

Labels: , , , ,

0 Comments: