Syahirah: hidup aku lebih baik.

Entry About Shout Follow D'Board
 reader(s)

  • Hi ho! Need to know bout me? Seriously?


owner

Contact Me

11:36 PM | 0 Cloud(s)
hidup aku lebih baik.

assalamualaikum.

Hari ni lepas habis semua benda nak dibuat, aku dok senyap-senyap. fikir.....
hmm. hidup aku kekadang serabut, tapi nak banding dengan orang lain,
mungkin ada yang lebih teruk.
alhamdulillah ada life macam ni dari takda life macam ada orang yang takda life.
Semua benda ada depan mata. Apa yang aku nak, alhamdulillah dapat. Atas usaha.
Usaha yang tak berapa banyak, tapi berbaloi.

Tapi, kadang-kadang aku terfikir jugak,
mungkin ada yang tak senang tengok kesenangan aku.
Ah, biarkan lah. Siapa mereka nak tentukan hidup kau.
Sakit aku sendiri, hanya aku yang tanggung.
Peduli apa orang lain pasal aku.
Hanya lihat luaran. Dalaman, Allah saja yang tahu.
Terdengar aku ceramah petang tadi,
mengadu pada manusia, sekali mahulah mendengar.
Lama-lama, haih, naik menyampah. Kata setia mendengar..
Alah, manusia memang begitu.
Nak mengadu pada siapa?
Allah kan ada. Lagi kita mengadu padaNya, lagi dia sayang.
Rahsia kita, hanya Dia yang tahu.
Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Ya Allah, bantulah aku..
Aku hanya mampu tersenyum di sebalik kedukaan.
Aku tak mampu untuk meluahkan. Aku hanya memapu simpan sendiri.
Pandang ke belakang, untuk melihat kesilapan lalu.
Itu sakit. Sangat sakit. Pernah ditikam, parutnya, masih ada.
Hilang? Takmungkin. Itu pengajaran untuk kau.
Jangan kau ulang. Tapi KALAU kau ulang juga?
hurmm. Kau tak pernah belajar daripada kesilapan kau dulu.
Tapi kalau ia terjadi tanpa sedar?
Maknanya kau lakukan sesuatu yang sia-sia.
Kenapa macam tu ya?
Aku tiada jawapan.

Sudahlah. Semua ni, penghibur.
Apa guna kau hanya gembira sentiasa, tak pernah rasa sedih. tak pernah rasa pedih.
Ini lah kehidupan, ada naik turunnya.
Apa pun, kau dah lakukan yang terbaik. Seharusnya untuk hidup kau sendiri.
Berterimakasih kepada mereka yang pernah mengajar kau erti kehidupan.
Alhamdulillah.

0 Comments: