Syahirah: Definisi CINTA

Entry About Shout Follow D'Board
 reader(s)

  • Hi ho! Need to know bout me? Seriously?


owner

Contact Me

7:48 PM | 0 Cloud(s)
Definisi CINTA


Hari ni, dengan tidak semangatnya aku jawab paper sejarah di pagi Sabtu. Akal dan hatiku masih tertinggal di atas katil dan bantal yang empuk dalam kamar tidurku.. *puitis sungguh aku kan. booo~
Hurm. Ni takde kena mengena.


Baru-baru ni, aku terbaca pasal CINTA. *heihh. Budak sekolah lagi nak cerita pasal cinta.
Cinta bukan hanya pada manusia tapi banyak lagi yang boleh kita cintai dan blablabla... Ayat ni memang selalu dapat dengar dalam mana-mana ceramah motivasi ke, ceramah agama. 
Memang betul. Tapi pernah ke kita cuba buat? Boleh kita cintai manusia, macam mak ayah, cikgu-cikgu, kawan-kawan. 

Kebanyakkan nya akan cakap ya. Tapi mesti ade kekasih. Sampai kekadang budak sekolah rendah pun dah  tau nak cintan-cintun dengan orang yang dianggap kekasih. Perlu sangat ke? Kekadang jugak, ada yang sanggup tepikan kawan, semata untuk "kekasih" dia. 


For me, better be friends and NOT more than that. Sebab? 
Sebab lebih selesa kalau nak dibandingkan dengan couple. Kalau kawan, kita boleh terus-terang. Tak payah lah nak berlakon baik. Cakap pon kena cover-cover. Agak hipokrit mungkin? Tapi dengan sesape pun kita bercakap, kenalah jaga hati dan perasaan orang lain jugak kan.
Waktu sekarang ni, bukan masa nak bercinta. Belum lagi. Cikgu aku ade jugak kate, "Kalau waktu sekolah ni tak nakal-nakal sikit, memang rugi." Yup! Jangan la nak jadi baik sangat. Tak best jugak. HAHA
Aku tak tuju benda ni dekat siapa-siapa. Jangan ada yang terasa.

Orang kata cinta itu buta. Butakah cinta? Cinta membuatkan kita buta.
Hey c'mon laa. Kalau nak bercinta sekalipun, jangan bila dah putus, rase macam dah hilang segala-galanya. Bazirkan masa dengan menangis. Rileks lah! KITKAT  kan ade? Dari nak nangis. Sedih-sedih kate aku tak boleh hidup tanpa kau bagai tuh, baik buat benda berpekdah sikit. Aku pernah la rase perasaan putus dengan boyfriend KONONnya, tapi rileks sudah lah. Siapa dia sebenarnya? Belum tentu orang tu akan jadi isteri/suami korang. Sesungguhnya, kalau bercinta dengan manusia, hakikatnya macam tulah.
Tapi ingat, Allah tak pernah tinggalkan kita, Manusia je yang selalu lupa pada-Nya. Kenape ye?
Selalu kita lalai kan. Manusia tak pernah tinggal dari buat kesilapan.


Dari kita nak fikir benda yang dah lepas, lebih baik kita teruskan hidup kita.
Let bygone be bygone. Hati manusia berubah. Akal sentiasa mencari pembaharuan. Kita yang tentukan hidup kita sendiri. Walau macam mana kita suka, sayang, cinta pada seseorang tu, jangan kita lupa pada Dia yang SATU. 

 People change? 
No, people don't change. We grow old. And some of us adapt. And learn how to enjoy simple pleasures of life. -Pangeran Lautan

Lagu ni masih aku ingat dari cikgu sekolah rendah aku. Cikgu Aizat. Nasyid weh nasyid! HAHA

Cinta kepada Allah,
Cinta Rasul,
Cinta Ibu bapa..
Cinta kepada Ummah,
Cinta kepada Kecemerlangan..
Marilah kita semua,
Cinta 5 perkara.
Cintailah.. 


0 Comments: