Syahirah: Si Tempang dan Telur.

Entry About Shout Follow D'Board
 reader(s)

  • Hi ho! Need to know bout me? Seriously?


owner

Contact Me

11:19 PM | 0 Cloud(s)
Si Tempang dan Telur.


Kenapa telur dengan tempang?

Ni berkenaan dengan peristiwa yg pernah terjadi ke atas diri aku.
Sebenarnya tempang jadi dulu sebelum telur.

Tempang.



Satu hari tu, hari minggu masih aku ingat.
Memang lama aku tunggu daripada hari Isnin sebab mengantuk sangat.
Bagi pelajar menengah macam aku ni hanya hari tu dapat tidur lama sikit.
Tetibe pulak, mak aku ketuk pintu.
Aku dengan kelam-kelibutnya membuka pintu.
Dan.. Dangg!!
Aku terlanggar katil. Sakitnya Tuhan je yang tau. *sobsob
Aku pun pergi sekolah dengan kaki terhincut-hincut.
Kawanku Amirah (bukan nama sebenar) memanggil aku dengan panggilan tempang.
2 minggu jugak jari aku warna biru+pepel.
Tapi bengkak nya, sampai hari ni tak hilang lagi.
Dan si Amirah memanggil aku pesara tempang.


Telur.



Kisah telur ni terjadi pada hari ini.
Sebelum ke sekolah, aku mesti bersarapan.
Tak kiralah roti sekeping pun jadi.
Dan hari ni mak aku rebus telur separuh masak untuk aku makan dengan roti bakar. 
Makan punya makan, tertumpah juga atas tundung sekolah.
Tak sah kalau aku makan tak tumpah.
Macam budak kecik. Adik aku pun kalah.
Kemudian, aku pun cuci lah sampai hilang warna. Tapi bau masih ada.
Aku peduli ape dah, nak cepat ke sekolah. Jam menunjukkan 7.20 pagi.
Hari ni pulak kertas PI. Malam sebelum ni, aku dah bace sampai migrain.
Sadis sungguh tadi. Dalam kelas bila berdiri aku rasa macam bangunan nak runtuh dah.
Tetibe pulak aku asyik terbau darah. Jeng..jeng.. jeng..
Aku tanya jugak dekat budak sebalah aku ada terbau darah ke?
Fikir-fikir kenapa aku sorang je yang dapat hidu.
Rupenye dari tudung aku. Bekas tumpahan telur tadi.
Sekali lagi Amirah (bukan nama sebenar) panggil aku telur.
Sesuka hatimu je kan.

Ni lah kisah tempang dan telur.
Tah kenapa aku rasa macam nak menaip malam ni.
Padahal, esok ada kertas Matematik Tambahan a.k.a Add Math..
Jadi, marilah study habis malam nie.
Babai. Assalamualaikum. :)

Labels: , , , , , , ,

0 Comments: