Syahirah: Peliks tengok DP dekat FB coklat??

Entry About Shout Follow D'Board
 reader(s)

  • Hi ho! Need to know bout me? Seriously?


owner

Contact Me

11:28 PM | 0 Cloud(s)
Peliks tengok DP dekat FB coklat??

 Assalamualaikumm..

Hari ni lambat pulak bukak fesbuk. Letih sangat jawab soalan Sejarah tadi kot. haha
Bile dah petang-2 tadi, baru la rase nak bukak fesbuk. Aik?? Apesal sume DP Fesbuk friends aku same je. Warne coklat bagai. Aku pun tertanya-2 apekah semua ni? Then, keluar la dekat wall aku post dari satu group ni jelaskan kenapa semua letak gambar ru sbg Profile Picture.



Simbolik Penukaran Default Picture (DP) ialah :

1. Gambar di atas adalah simbolik kepada tahanan Palestine yang dipenjara.

2. Coklat adalah warna pakaian yang dikuatkuasakan oleh Perkhidmatan Penjara Israel ke atas tahanan Palestin.

3. Logo di sebelah kanan bermaksud "Shabas" dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel.

4. Tujuan kita menukar DP menggunakan avatar tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang nasib saudara Islam kita yang kini sedang dipenjara di Israel dan sedang mogok lapar. Kalau korang nak tau ini adalah Mogok lapar terbesar dalam sejarah. #Fakta

5. Memang benar penukaran DP ini tidak dapat membantu mereka secara langsung. Tapi yang pastinya akan membuat semua orang tahu apa yang sedang berlaku dan mungkin semua orang Islam akan mendoakan mereka. Doa adalah senjata kita sebagai umat Islam.

6. Anda tak tahukan pasal ni sebelum ni? Sekarang anda sudah tahu. Ini membuktikan motif penukaran DP kami telah berjaya mencapai matlamatnya.

Apa hukum mogok lapar?

Pilihan yang ada bagi seorang muslim untuk menentang kezaliman ialah puasa bukan mogok lapar. Mogok lapar adalah salah disisi syara' bagi ummat Islam. Akan tetapi, dalam hal mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel, Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan :

“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka!

Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka!"

Jadi, mogok lapar dibolehkan dalam hal tersebut kerana mogok lapar mungkin satu-satunya pilihan yang ada pada mereka disebabkan keterbatasan ruang dan keupayaan yang dimiliki oleh seorang tahanan untuk membebaskan dirinya. Hanya itu pilihan yang mereka ada bagi mendesak Israel membebaskan mereka sekaligus memberitahu dunia tentang kekejaman Israel laknatullah.

Credit:: belog orang


 Nak lagi gambar DP coklat?--->  gambar

0 Comments: